30 September, 2011

27 September, 2011

Penchuri

..ada di mana-mana. Baru-baru ini, family in law kepada sepupu aku telah kehilangan 2 tas tangan yang dilesapkan oleh si 'panjang tangan'. Dah letak dalam bilik pun boleh hilang. Walaupun kejadian kehilangan sebegitu sebenarnya bukanlah perkara asing, maka kalau ada sebarang majlis keramaian di rumah kita, barang-barang berharga haruslah disimpan dan dikunci rapi, mungkin tuan rumah tidak menyangka akan ada jemputan yang sewenang-wenangnya berani menceroboh ruangan privasi si tuan rumah. What were they thinking? Pergi majlis orang untuk mencuri? Haih, macam-macam taktik pencuri zaman sekarang kan? Asal ada peluang, copet sana..copet sini. Yang kita ni, walau berada di rumah saudara-mara ke, sahabat handai ke, waktu-waktu majlis jamuan atau kenduri kendara tak boleh 'lepa' akan barang berharga kita. Kalau boleh kena jinjit ke sana ke mari. Peluang hendak beramah mesra dan menjamu selera dengan tenang pun jadi tak berapa nak tenang. Itu kalau majlis kenduri kendara, hatta dalam surau atau masjid pun, kita berada dalam situasi yang sama. Asal boleh aje ye kamu si pencuri? Memanglah malang itu tidak berbau. Tapi wahai si pencuri, mungkin hari ini hari kamu, esok lusa siapa tahu! Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga :P Shame on you!

22 September, 2011

Nasihat

Sewaktu dalam perjalanan pulang dari taska selepas mengambil si kinting, beliau berkata, "Wah, ibu bawak kete laju & pantas!"  Erms..pujian ikhlas yang menusuk kalbu, huhu. Terima kasih anak atas 'nasihat' itu. Btw, sejak bila kamu belajar perkataan 'pantas' itu haa?

21 September, 2011

Wordless Wednesday #8

  
klik untuk tumbesaran ;-)

19 September, 2011

It's complicated

Dalam FB, adalah menjadi pemandangan biasa jika seseorang itu bertukar status. Dari "single" jadi "in the relationship", dari "in the relationship" jadi "engaged", dari "engaged" jadi "married". Adalah menjadi pemandangan biasa juga kalau dari "in the relationship/engaged" menjadi "it's complicated/single". Kalau hendak lebih drama boleh letak status "divorced". Kira bajet bercerai-bertalak & turun-naik mahkahmah bagai padahal "break" pakwe makwe saja. Dan kepada yang tunang-bertunang, kalau dari "it's complicated" tiba-tiba terus bertukar menjadi "married", marilah kita pakat doa-doa semoga rumahtangga mereka aman damai, permai & bahagia. Tak payah lah nak kondem, "Hari tu kata dah takde harapan, macam nak putus sesangat, tup-tup kawin pulak. Ntah pape." *cebik mulots* Eh, terima ajelah itu sudah jodoh mereka. Kalau pun tetiba mereka bertunang dengan orang lain kemudian berkahwin dengan orang lain, tak perlulah susah-susah nak argue kenapa jadi begitu. Semua itu bukan aturan kita. Tapi kalau kepada yang berkahwin, tiba-tiba status jadi "it's complicated", ini akan mengundang tanda tanya, maka ramailah yang akan memasang speku kannn?? (Kalau yang "single but not available" bertukar status kepada "it's complicated" pun, ramai yang berspekulasi, x gitu?) Bukankah, status "married" itu lebih baik remain as "married" selagi tiada kata putus untuk bertukar menjadi "single" (read : i'm available!(again))? - walaupun ada yang akan kata, ala..mulut orang ni tukar apa-apa status pun kalau dah dasar mulut tempayan, yang baik-baik pun akan diburukkan tapi sekurang-kurangnya tak perlulah kita bagi peluang untuk mereka berbuat demikian.

*entry cermin diri*

18 September, 2011

Mat Deng


Tasnim : Ibu, Anim tak suka la Mat Deng duduk kat umah kita.
Ibu : Kenapa?
Tasnim : Anim tak nak kawan ngan Mat Deng. Suoh la dia duduk ngan atuk erm, atuk apa tu?  Aaa..Atuk Nohan (merujuk kepada Atuk Johan, pak mertua aku).
Ibu : Kenapa? Sian Mat Deng (saja la aku bagi ayat pancing).
Tasnim : Mat Deng tido tak tutup mata.

* Mat Deng ni tikus getah. Bapak mertua aku saja bagi sebab dia tau si kinting geli gila babas kat menatang ni (nasib ko la Tasnim dapat atuk kuat mengusik). Motif dipanggil Mat Deng? Ntah, aku pun tak tahu.

05 September, 2011

Eid Mubarak 1432H/2011

Giliran beraya bersama keluarga En.F. Rezeki dia tahun ni dapat cuti lama. Tapi nyaris-nyaris officemate dia nak 'kecek' cuti dia, padahal tahun lepas beria dah berjanji tahun ni giliran En.F sebab tahun lepas officemate dia tu awal-awal dah booking nak cuti raya lama. Tup-tup tahun ni dia nak cuti lagi, mementang lah tahun ni 3 hari straight dapat cuti free, itu tak masuk cuti Sabtu & Ahad. Memang berbaloi-baloi. Tapi apa hal plak nak sibuk-sibuk suruh orang pilih nak cuti Isnin ke Jumaat kan sedangkan En.F dah entitled untuk cuti raya tahun ni & big boss dia pun dah bagi lampu hijau untuk dia cuti hari Isnin & Jumaat tu. Kalau En.F cuti hari Jumaat, maknanya kami kena balik SP malam raya, kalau dia cuti hari Isnin, maknanya hari raya ke-3 dah kena bergegas balik KL sedangkan aku pulak ambil cuti hari ni sebab mengenangkan nak bagi 'can' En.F beraya sakan dengan keluarga dia, yelah sepanjang 6 tahun dia kerja kat MAB tu, baru tahun ni dia dapat cuti raya. 2 tahun lepas, even kami beraya dengan keluarga dia kat Terengganu, dia tak dapat cuti cuma kebetulan hari raya pertama & kedua dia 'off', jadilah kan. Janji dia dapat beraya dengan keluarga dia. Tahun ni pun, En.F bagi aku pilihan sama ada nak beraya ngan keluarga dia atau keluarga aku (lagi?). Musykil juga masa dia memula tanya tu, yelah..aku dok pikir apa motif dia buat baik plak bab giliran balik raya ni. Huhu. Dia kata dia tak kisah beraya kat memana pun. Eh, aku kisah..okeh? Dia kata dia ok. Pada aku, itu tak ok. Dah tahun ni dia dapat cuti panjang & sepatutnya tahun ni giliran beraya dengan keluarga dia, jadi sepatutnya dia kena guna kesempatan yang ada sebaiknya. Chewah. Bunyi macam isteri solehah aje kan? Bajettt la sangat, huahuahua. Aku tak nak lah dia fikir aku suka ambil kesempatan membuta tuli tanpa hati perut & perasaan. Aku suka aje beraya dengan keluarga mertua (eh serius tak tipu okeh! :P), yelah kami bukan selalu ada kesempatan nak berkumpul & berjumpa.

Alamak, macam termembebel la pulak..walhal itu baru mukadimah cerita raya je. Oklah, tahun ni seperti tahun-tahun lepas..kami ada warna tema. Selalunya aku akan decide nak pilih kaler apa tapi selalu juga akan end-up pilih warna lain sebab bila dah ke kedai kain, belek-belek kain, mesti terberkenan dengan warna yang bukan pilihan. Jadinya tahun ni, kami (sebenarnya aku je yang kuasa nak pilih warna-warna bagai ni) memilih gabungan blok warna - hijau emerald & merah hati. Hijau emerald tu macam ala-ala hijau Petronas kot. Sepatutnya tahun ni aku beraya dengan 3 pasang baju raya tapi hanya sepasang aje yang siap sebab akak tukang jahit bagitau aku, dia dah kena tipu. Dia ada 'sub'kan pada tukang jahit lain separuh dari tempahan yang dia terima, alih-alih last minute si tukang jahit tu hantar balik semua kain-kain tu kat dia. Memula aku frust juga, aku hantar tempah hujung bulan 6 gitu, dia janji pertengah bulan puasa dah boleh ambil, alih-alih 3 hari lagi nak raya baru baju aku siap, itupun sepasang. Nasib baik, baju yang aku tempah untuk majlis nikah adik aku bulan 12 nanti, dia dah siapkan. Kain tu aku hantar sebulan awal dari tempahan baju raya hari tu. Dapatlah aku 2 pasang baju raya. Dia janji 2 pasang lagi dia akan siapkan secepat mungkin & bagi diskaun even dia ada komplen, salah satu kain yang aku hantar tu susah nak jahit sebab batu-batu kilat susah nak ditanggal. Dia kata kalau tukang jahit lain dah tak terima kain macam tu. Aku cakap dalam hati, kalau tak terima, pulangkan ajelah kak. Aku pakai buat sari. Kalau kain macam tu tak boleh buat baju, takkan ada orang jual pulak. Haih. Tapi akak tu sambung, dia kata boleh buat sebenarnya cuma leceh sikit nak kena iron lama-lama kat tempat batu-batuan tu. Hah, pulak. Dan aku hanya mampu member senyuman kambing sebagai respon. Yelah, kau tukang jahit, kalau tak boleh buat, cakap bebetol, kalau rasa boleh buat, buatlah, kita yang buat dia kan? Kalau rasa nak charge lebih, kaw timlah dengan aku. Asalkan tak melampaui batas, aku akan bayar jerih perih dia nak menjahit baju aku tu. Isk, pakkal lah dalam banyak-banyak tukang jahit kat area Putrajaya ni, jahitan akak tu yang aku selesa pakai. Tapi aku dah berkira-kira nak usha tukang jahit lain pulak lepas ni sebagai alternatif. Hurm, kita tutup cerita pasal baju raya.

Ini gambar raya seluruh ahli keluarga mertua.

Tahun ni macam merata juga kami beraya. Seperti biasa, kami beraya kat rumah adik En.F dulu sebab rumah dia yang paling dekat dengan rumah mertua aku. Senangkan bila anak beranak duduk dedekat ni? Kemudian, hari raya kedua, kami beraya ke Gurun - rumah makcik saudara En.F, kemudian ke Alor Star - rumah keluarga adik ipar En.F (yang pakai sedondon dengan En.F tu). Hari raya ke-3 pulak, diaorang plan nak turun Taiping, bermalam kat sana sebelum kami semua ke KL sebab nenek En.F ada kat Cheras - rumah pakcik En.F. Dalam perjalanan nak ke Taiping tu, kami singgah beraya di Kepala Batas, rumah pakcik saudara adik ipar En.F (yang berbaju melayu hitam tu). Sampai di KL, kami stay beramai-ramai di Cheras. Memang meriah sebab sepupu sepapat En.F pun ada. Kemudian, dari Cheras, family mertua aku berangkat ke Putrajaya pula untuk bermalam di teratak kami sebelum mereka bergerak ke Melaka untuk menghantar adik ipar aku yang bongsu balik ke kampus dia kat Lendu semalam. Hari ni, aku hanya memalaskan diri di rumah sambil melayan si kinting, heaven sungguh..huhu.

 Okay, aku 'up'kan 1 gambar aku & si kinting :-)

 Yang lain, aku tempek di FB.

Kalau ada jarum yang patah, jangan di simpan di dalam peti, 
Kalau ada silap & salah,aku mohon semoga dimaafi.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H/2011 untuk semua yang mengenali aku di alam maya ini :-)

04 September, 2011

Ketuk-ketuk Ramadhan 2011 Bhg Akhir

Haih, sudah masuk bulan Syawal pun masih hendak bercakap soal masak-memasak di bulan Ramadhan. Tetiba aje dari bahagian satu terus ke bahagian akhir. Nampak sangat dapur ahkak tak berapa nak berasap bulan lepas. Ate setakat goreng cincai boncai, tumis ayer atau panaskan lauk tu, al-paham ler kan..itu aktiviti standard di dapur untuk wanita berkeroje & belajo cam ahkak ni kan, di tambah pula tak berapa nak gigih berkuntau di dapur saban hari. Sebenarnya ini entri ter'kepam', sayang pulok le teman nak mendeletnyer. Ate nak nunjuk kat kome kerajinan teman yang tak seberapa tu kan..maka teman hapdetkan entri ini. Lepeh ni kita cerita pasey ghaye le pulok ye. Moh kita layan :))

Mi goreng sehangat mentari - nama kemain over, rasa sedang elok aje..eceh-ceh, terpuji masakan sendiri pulak. Ala..mi goreng je pun.

Nekbat - sebelum disira dengan air gula. Dah 3 tahun aku mengidam nak makan pencuci mulut orang pantai timur ni time bulan puasa. Tahun ni baru berhasil mendapatkan. Itupun sebab member pejabat En.F bagi. Alhamdulillah, dapat juga aku merasa.

Gini le rope nekbat yang telah disira. Kembang semangkuk gitu. Tengok, daun pandan pun tak dibuang, tukang masak pemalas kaedahnya. Konon stail la kan nak amik gambo. Aku buat air gula ni cair sikit sebab takmo menanggung risiko terkena kencing manis. Sebenarnya nekbat ni memang sedap dimakan manis-manis. Kalau air gula dia lagi pekat & manis, lagi sedap la tapi sendiri mau ingat la itu kandungan gula haaa.

Aglio olio. Selera mat saleh la pulak. Tu pinggan jiran (motif bagitau? saja :p), sebelum bertukar juadah berbuka, kita amik gambar dulu.

 Salah Salad kentang dengan tuna mayo. Kurang mendapat sambutan. Rupa pun 'kusam' semacam je kan, tak membangkit selera. Aku je yang tala. Erm..aku prefer salad kentang letak telur, sedap lagi kot.

Kerutuk ayam, telur rebus & pulut kuning. Mujur tak keneneng makan pulut time berbuka, yelah perut tengah kosong dilawan dengan makanan berangin, memang saja cari penyakit la kan tapi disebabkan teringin sangat punya pasal. 3 kali aku ulang makan. Siap tapaukan pada jiran sebelah & makcik Juli sebab aku buat banyak. Tapi tang pulut tu kena kasi lemak lagi baru menepati piawaian makcik Juli. Aku malas nak buat lemak-lemak sangat, nanti nak makan banyak-banyak tak boleh sebab muak. Hahah..alasan..alasan.

Kek buah - buah tangan balik rumah mertua. Konon tahun ni nak buat projek 'baking with joy' secara gigih tapi disebabkan aku ni 'cekap' sangat buat kerja 'baking-membaking' ni, maka yang terhasil hanyalah sebiji kek marble trio untuk buah tangan family aku & kek buah untuk family En.F, selebihnya aku bawakan kuih muih raya tunjuk-tunjuk aje.

Sekian,wassalam :))