21 November, 2011

Bergedil yang gagal

Kalau kita makan soto, sedap di'kawan'kan dengan bergedil kan? Be it bergedil ayam atau daging, dedua pun sedappp kan? Kan? Tapinya aku kecewa kerana sudah 2 kali mengalami kegagalan membuat bergedil. Sebelum-sebelum itu, tetiap kali aku buat bergedil, menjadi je. Tapi itu aku guna ubi kentang yang digoreng. Bila aku cuba guna ubi kentang yang direbus, terus 'failed'..haih! Konon nak kurangkan penggunaan minyak la, tapi end-up bergedil aku jadi benyek. Rasa pon 'kureng'. Keadaan ini sangat mengecewakan..huhu. Kenapa aku makan bergedil yang kawan aku buat guna ubi kentang rebus, sedap je eh? Kenapa bergedil aku tidak ha? Makanya aku pon cuba mengkaji sebab-musababnya dan aku dapati sebab-sebab dibawah adalah jawapannya.

1. Aku rebus ubi kentang terlalu empuk, lalu adunannya akan menjadi lembik, susah digentel/dibulatkan even telah ditambahkan tepung. Ok..aku baru tahu, tambah tepung bukan alternatif terbaik sebab adunan tersebut masih akan lembik dan benyek. Rasa asli bergedil juga akan 'spoiled'. Err, kalau tambah tepung jagung macam mana pulak eh? Jadi ranggup tak? Haha.

Erms..sebab kedua dan seterusnya, adalah sebab pertama itu juga..hihi.

Jadinya, tahulah aku bahawa ubi kentang itu boleh direbus tetapi jangan dibiarkan terlalu empuk. Kalau ikut resepi, banyak yang suggest goreng kan? Dan kalau digoreng, jangan terlalu empuk juga kerana bergedinya akan menjadi terlalu berminyak.
Hurms..sesungguhnya misi masak-memasak ini adalah satu misi cuba-jaya..sekurang-kurangnya untuk aku. Dapat, tak dapat? Oh ya, kamu-kamu ada tips masak-memasak especially bergedil untuk dikongsi bersama? Sila..sila.

18 November, 2011

Terima kasih Tuhan

Ini lagu nasyid kanak-kanak yang si kinting & the gang performed masa Hari Graduasi & Apresiasi tempoh hari. Suka pulak aku dengar :-)

17 November, 2011

I love you like a love song baby

Berpenampilan muslimah di Hari Graduasi & Apresiasi :-). Aku ingatkan hari tu hari konsert semata-mata sebab cikgu si kinting mintak aku sediakan baju kurung kuning 'ang' & tudung hitam untuk si kinting sebab katanya si kinting join konsert. Maka gigih lah aku mencari kain kaler kuning seperti yang dimaksudkan. Tudung pun konon nak beli tudung awning tapi nak cari tudung hitam plain saiz kekanak riang tidaklah semudah yang disangka maka penyudahnya aku belikan kain kosong hitam & minta tailor buatkan tudung sekolah. Tapi sayangnya tudung itu labuh di depan & pendek di belakang..hadoi la T__T

Malu-malu miaow pulak dia. Keadaan tudung agak tidak semenggah di situ. Konon nak bagi tudung si kinting yang tak berapa cukup sifat tu tak nampak pelik sangat, aku sematkan pin. Tapi, masihlah jugak nampak pelik. Wut to do, belasah je lah nak. Yang penting kamu nampak sangat kiut di mata ibu. Hihi.

Persembahan dari si kinting & rakan sekelas. Bebudak perempuan lain semua kemas je mak bapaknya pakaikan tudung, comel-comel belaka. Sampai kat si kinting, macam minah sambal la pulak gayanya. Dan-dan aku rasa bersalah. Kalau aku pinjamkan tudung awning aku pun takpe kot, jahitkan sikit tang leher bagi kecik tapi bila mengenangkan si kinting takut aku pakaikan pin, tu yang tak jadi nak buatkan. Apapun nak, i love you like a love song bebeh! Masa si kinting buat persembahan ni, si omaknyo jadi sobak tibo-tibo. Hahah. Torharu bonar keknyo.

Usai persembahan, 'terbang' sudah tudungnya. Haih. Itu aksi menayang piala pusingan sempena prestasi yang agak memberangsakan bagi peperiksaan penggal kedua. Alhamdulillah :-)

Tahun depan macam mana pulak la gaya & ceritanya eh?

16 November, 2011

Kamus hidup aku minggu ini

Kudis buta / Kudis Malam / Kerapu (Scabies) : Sejenis masalah / iritasi kulit yang disebabkan oleh hama Sarcoptes Scabiei. Hama ini adalah sejenis parasit berkaki 8 yang membenamkan dirinya ke dalam kulit (di bahagian stratum korneum) seterusnya meninggalkan tinja dan menghasilkan telur yang menyebabkan kegatalan dan reaksi imunologi pada kulit. Apabila digaru dengan kerap, kawasan yang gatal (selalunya berupa taburan benjolan merah) akan luka dan bakteria akan menjangkiti luka-luka ini lalu menyebabkan kudis dan nanah. Bahagian badan yang biasa dijangkiti adalah celah-celah jari, di sekitar pergelangan tangan, di bahagian luar siku, ketiak, perut dan kemaluan. Ia juga boleh muncul pada kulit kepala, muka, tempurung lutut, telapak tangan, sisi-sisi dan tapak kakinya.
Mangsanya adalah si kinting :-(  Sudahlah kulitnya sensitif, mudah alergik, maka mudahlah dia menjadi mangsa. Ini masuk kali ke-2 dia kena. Selang sebulan dua aje kulit dia okay, kemudian jadi balik. Mungkin dia terdedah pada habuk & hama masa keluarga aku buat house renovation hari tu. Bila dia balik semula ke Putrajaya, aku buat operasi pembersihan secara klinis kat rumah pula (jemur tilam & bantal kat cahaya matahari, basuh cadar, sarung bantal & pakaian si kinting dengan air panas, pastikan rumah bebas dari habuk - walaupun masa nak membuang habuk secara cemerlang adalah terhad & rumah aku pulak bebetol tepi jalan). Plus, potongkan rambut dia hingga pendek. Sebabnya sampai ke kepala pon berkudis. Si kinting pun semacam serik berambut pendek, tapi apakan daya wahai anak. Hurm..nampak gayanya kena ulang operasi yang sama lagi. Semoga kali ini cepatlah kudis-kudis itu baik. Awas kamu Sarcoptes Scabiei!!
Lexical Analysis : In computer science, lexical analysis is the process of converting a sequence of characters into a sequence of tokens. A program or function which performs lexical analysis is called a lexical analyzer, lexer or scanner. A lexer often exists as a single function which is called by a parser or another function. Sumber : Wikipedia
Question : Write a lexical analysis specification for JFlex to recognize token used the JAVA language specifically to construct program for the statistical problem. Bla..bla..bla..Tugasan kedua subjek Teknik Pemproses Bahasa yang menemui kebuntuan. Sekali missed kelas adalah penyesalan. Dan ye, aku sudah merasai penyesalan itu. Killer subject semester ini.

04 November, 2011

Menangani anak yang nakal

Untuk perkongsian bersama :-)

1. Baca "Ya Latif" sebanyak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur

2. Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk

3. Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak

4. Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati

5. Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu

6. Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

7. Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar

8. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"

9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.

10. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.

11. Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.

Antara doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan:

1. Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa

2. Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102

3. Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya' ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24

4. Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5.

5. Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali.

Insyaallah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik. Jika ada kesalahan mohon betulkan.