21 December, 2012

Entri tak berfaedah

Saja lah aku bagitahu awal-awal sebab aku hanya bercadang hendak membebel sesuka hati sahaja untuk entri kali ini. Ayat macam entri-entri sebelum ni berfedah sangat lah kan? Padahal merapu meraban sesuka hati jua adanyers.

LUPA
Aku tak tahulah kenapa, semenjak dua menjak hidup dah tak berapa nak keruan ni, banyak benda aku terlupa dengan sewenang-wenangnya. Contoh macam minggu lepas, aku drive sendiri pergi kerja, kemudian terasa hendak balik rumah waktu lunch hour, maka teruslah telefon En.F dengan nada suara macam bagus minta beliau datang ambil aku tajam-tajam pukul 12.30 tengahari. Elok sahaja panggilan dimatikan, aku terus teringat dan segera WhatsApp dibuka;  
Aku : x yah datang amik. lupa hari ni drive sendiri..hihi.
En. F : pulakkk -_-
Bukan itu sahaja, kadangkala aku lupa dekat mana aku parking kereta. Bila sesekali dapat parking dekat basement, masa balik boleh pula aku terus meleju tuju lapangan tempat letak kereta di luar sana, kemudian cuak tengok kereta sendiri tak ada. Nasib baik la tak panik sampai nak buat report polis. -_- lagi.

MENYAMPAH
Aku tak tahulah kalau aku ada buat salah. Hendak kata aku berhutang dengan si minah ini, memang tidaklah. Kami kenal pun gitu-gitu. Tapi sesekali kalau kami berpapasan, berlaga bahu, aku senyum-senyum, dibalas senyuman itu belum tentu. Tengok pada nasib. Ada waktu macam dia nak senyum. Ada waktu dia buat tidak nampak. Ada waktu aku dikerling atau dipandang dengan riak muka menyampah. Eh, aku kah yang bermasalah (sebab suka sangat senyum 'merata') atau kamu (yang nak senyum ada timing-timingnya)? Janganlah ibarat marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Terasa seperti aku lah kelambu ittew. Sadis.

REMPIT
Sesetengah mat rempit ni, bila dikata kurang ajar, marah. Tapi memang ada segelintir yang sengaja mengundang amarah. Aku hendak masuk susur kiri, dia hendak masuk susur kiri juga tapi tunggangannya ketengah ketepi. Rupanya sambil-sambil itu, seronok menyembang dengan awek sampai tertoleh-toleh. Elok aku hendak naik flyover, dia pun naik sama. Motornya ditunggang secara sangat perlahan, mengalahkan kapcai semput. Tapi yang buat aku panas hati, diaorang tak agak-agak menunggang di tengah-tengah lane. Bukan sebiji tapi dua biji motor bergerak seiring dan sejalan kaedahnya.  Bila aku nak buat u-turn, diaorang pun nak buat u-turn, tapi macamkan jalan tu bapak diaorang yang punya. Jalan sehala dengan 2 lane, mereka yang conquer. Masa u-turn, sengaja mereka u-turn rapat-rapat dengan kereta aku, bajet tulang besi urat dawai kot, tak sedar sedang bawa anak orang, kalau apa-apa jadi, macam mana? Lepas u-turn pun masih mengekalkan penungganggan dengan konsep 'jalan itu abah saya yang punya', maka dek kerana tidak sabar lagi, aku hon mereka kuat-kuat, banyak-banyak kali. Nyaris nak melompat masing-masing. Peduli apa aku, macam lah tadi mereka peduli aku ni duduk mengekor aje mereka, sikit tak mahu kompromi. Aku bukan termasuk dalam geng konvoi makan angin tetengah malam buta kamu. Itupun bukan mahu mengalah, diaorang balas hon-hon juga. Bila aku masih hon tak berhenti, barulah hendak bagi jalan. Waktu itu aku tekad aje, kalau diaorang masih nak tunjuk gangster, nak follow aku, aku bawa pergi balai polis terus. Mujur ajelah benda tu tak berlaku. Tapi seriuosly, bila jumpa orang-orang yang tak reti berbudi bahasa di jalan raya macam ini, rasa macam nak langgar-langgarkan aje..eiii. *bajet naik kete kebal la kunun*

Habis.

12 December, 2012

Bila tiada cerita

Sejak akhir-akhir ini, aku takde idea nak update blog. Bukan sekali, bukan dua kali, tapi dah berkali-kali aku klik ikon entri baru, tulis tajuk, taip sepatah dua kata kemudian padam. Lagi sedap melahu ke blog orang, cuci-cuci mata, baca itu ini & gelak geli hati. Terus ralit. Kemudian, melayan gegambar di Instagram. Seperti ketagihan, mungkin sebab minat jadi aku suka tengok gegambar yang difotokan igers sekalian alam. Tak kurang juga tengok gegambar artis..ahaks. Btw, benda yang susah orang hendak bosan adalah perihal makan. Maka ini aku kongsikan gambar makanan HMI; hidangan minggu ini..jemput tengok :-)

Seafood dimsums; segera & kek cawan dari Bisou.
Dalam gambar letak 3 ketul aje dimsumnya, padahal aku makan 6 ketul kot. 
Hihi..sedaplah hoi.

Croissant bersama salmon salai berlada hitam. Menu makan tengahari hari Sabtu lepas.
Dasar malas masak, buat yang ringkas-ringkas aje janji kenyang.

Ikan celup tepung; enak diratah panas-panas di hari hujan. 
Selera pantai timur gituh. Na..na..na..na...ganu kiterrrrr. Tetibe sangat khenn.

Gandingan mantap budu & seulas durian. Dikawankan dengan ulam-ulaman. Diperkenalkan oleh kawan seperantauan waktu aku kerja kat Pekan dulu. Sorang orang Kelantan, sorang orang Besut. Sesekali dapat, pergh layannn. Lagi ngam kalau ada pucuk putat. Demo loni tok supo mulo...eh, dan-dan.

Pais ikan tenggiri. Buat pedas-pedas, cukup masin, masam dan manisnya, memang sedap dimakan dengan nasi panas-panas. Diratah pun syahdu. Aku guna resepi dari Mat Gebu.

Habis cerita tentang makan. Eh?! Takde ceritalah sangat kan?

28 November, 2012

Puan atau permaisuri

Picture Google-ed
Diceritakan oleh rakan sekelas aku tentang seorang rakan sekelas lelaki kami. Beliau tinggal di Dengkil dan kebetulan seorang lagi rakan sekelas kami; wanita, bujang dan non-muslim tinggal di dalam daerah yang sama. Oleh itu, rakan sekelas wanita non-muslim tersebut telah meminta untuk menumpang rakan sekelas lelaki kami ini untuk ke kelas. Atas dasar ingin membantu, rakan sekelas lelaki kami yang ini bersetuju untuk menumpangkan rakan sekelas kami tersebut. Disebabkan rakan sekelas lelaki kami ini sudah berkeluarga dan sedar tidak berapa manis untuk seorang wanita bujang menumpang kereta dia, maka dia menggunakan cara tersendiri supaya keadaan yang tidak manis itu tidak menjadi-jadi tidak manisnya. Maka beliau membuat tawaran, "Kalau u duduk depan, u jadi Puan, kalau u duduk belakang, u jadi Permaisuri. U pilihlah nak jadi apa." Dan eh, siapa yang tidak mahu jadi Permaisuri, bukan? Makanya setiap kali rakan sekelas wanita non-muslim kami itu menumpang, dia memilih untuk duduk di bahagian belakang.

19 November, 2012

Misi Bantuan Krisis Kemanusiaan Syria

Kepada anda yang berkemampuan, marilah kita sama-sama berinfaq untuk saudara seIslam kita di Syria yang memerlukan.


"--- On Fri, 9/11/12, Isa Maaroff <isa.maaroff@yahoo.com> wrote:

From: Isa Maaroff <isa.maaroff@yahoo.com>
Subject: [IKRAM Selangor] Krisis Kemanusiaan Syria + Flyers
Date: Friday, 9 November, 2012, 3:08 PM
Salam, Tuan/Puan/Cik yg saya kasihi dan lebih dikasihi oleh Allah SWT,

Disaat saya sedang menulis email ini kepada tuan/puan, sedang ada anak-anak kecil, orang tua, wanita, lelaki dan pelbagai lapisan masyarakat di Syria sedang diambang maut dibawah kezaliman regim Basyar Al-Assad. Mereka disembelih, dipotong tangan/kaki, diculik dan dirogol, dizalimi dengan pelbagai cara sewenang-wenangnya hanya disebabkan keinginan mereka untuk bebas daripada pemerintahan diktator yang sangat zalim selama lebih 40 tahun.
Tambahan pula sekarang ini, musim sejuk telah tiba di Syria dan kebanyakan mereka hanya berlindung dibawah khemah-khemah nipis atau lebih teruk hanya berteduh di bawah pohon-pohon zaitun.Mereka sangat-sangat memerlukan bantuan baju sejuk, selimut, dapur, makanan, dan keperluan asas lain untuk meneruskan hidup. 

Salam Syria, adalah salah satu daripada entiti di bawah Jawatankuasa Pembelaan Ummah Pertubuhan IKRAM MALAYSIA (IKRAM) yang cakna kepada isu dan kemelut yang berlaku di Syria. Kami ingin mengajak tuan puan untuk infaq sedikit daripada harta yang Allah berikan kepada tuan/puan/cik untuk membantu saudara Islam kita di Syria.

Kini terdapat 30 buah NGO yang telah bersama-sama bergabung berada di dalam Pertubuhan GSS (Gabungan Selamatkan Syria) dan berusaha kearah meringankan penderitaan rakyat Syria.
30 NGO dibawah GSS ini sedang mengumpul dana untuk keperluan saudara-saudara kita disana di bawah satu misi yang dinamakan 'Life Line 4 Syria' (LL4S). Jumlah kutipan yang dianggarkan akan dibawa ialah sebanyak RM2.5Juta dan Pertubuhan IKRAM mensasarkan untuk mengutip sebanyak RM1 Juta. Untuk pengetahuan pihak tuan/puan/cik misi LL4S akan bergerak pada 20 November 2012 yang akan datang. Jadi hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.
Dengan rasa rendah hati, saya memohon jasa baik tuan/puan/cik untuk infaq kepada mereka melalui akaun dibawah:

                            Pertubuhan IKRAM Malaysia
                            BIMB : 120 290 100 635 12

InsyaAllah resit sumbangan tuan puan akan dikeluarkan (mohon scan dan email slip bank kepada Encik Khalil bin Khamis (Biro Publisiti Salam Syria): abuadham1969@yahoo.com.my ATAU khalil@medivest.com.my )
Moga-moga sumbangan tuan puan dapat meringankan sedikit keperitan yang ditanggung oleh mereka selama ini dan moga ianya menjadi amal jariah yang berpanjangan buat tuan/puan/encik/cik sekeluarga hingga ke akhirat sana. Amin..

Mohd Isa Bin Maaroff
019 2117211
Pengerusi JKPU IKRAM Gombak---"


16 November, 2012

Lelah

Ada perkara-perkara yang aku geramkan
Ada perkara-perkara yang aku marahkan
Ada perkara-perkara yang aku kesalkan
Semuanya menjadi duri dalam hati
Semuanya menjadi racun dalam diri
Semuanya menjadi bisa bak ditusuk belati
Mungkin ada yang cemuih
Mungkin ada yang menyampah
Mungkin ada yang benci
Biarkan kerana aku sudah lelah
Diam lah aku selagi aku boleh diam
Pendam lah aku selagi aku boleh pendam
Hadap lah aku selagi aku boleh hadap
Walau mendung sentiasa berarak
Walau hari sentiasa kelam
Walau tiada siapa yang faham
Ada perkara-perkara yang aku geramkan
Ada perkara-perkara yang aku marahkan
Ada perkara-perkara yang aku kesalkan
Kerana sukar untuk aku melupakan
Kerana sukar untuk aku memaafkan
Bila hanya aku yang berbuat begitu

11 November, 2012

Cair hati jadinya


Malam tadi aku telefon mak aku. Lepas tanya itu ini, mak aku buka cerita pasal si kinting. Ceritanya, petang tadi si kinting tengok-tengok gambar dalam album yang disimpan dalam bilik ayah aku. Dalam pada dok belek-belek tu, dia ternampak gambar aku & En.F. Tiba-tiba dia cakap pada atuknya, "Anim rindulah kat babah & ibu, tapi Anim sayang atuk sangat-sangat.Macam mana ye?" Huii, hati siapa tak meleleh dengar luahan sebegitu kan? Maka si atuk pun bagitahu yang adik aku akan bawa dia balik sini. Alolo. Aku ingatkan kami aje yang rindukan dia sejak seminggu dia habiskan masa kat Kuantan nun, rupanya dia pun sama. Tapi dek kerana tak mahu kecilkan hati si atuk yang sentiasa nak berdampingan dengan cucunya itu, pandai pulak si kinting berdiplomasi. Meleleh air mata aku dengar cerita mak aku tu. Eii..tak sabar nak tunggu dia balik sini esok, nak peluk budak gebu! Minyo-minyo gum-gum!

09 November, 2012

Misi diakhiri..!

2 minggu lepas Makcik Juli & Pakcik Harun telah menyedari bahawasanya terdapat 'Cik Menti' enak-enak menginap di dalam sofa rumah aku. Kemain elok dia buat lubang di bahagian bawah sofa tu untuk bersarang. Memang tak sangka lah dia nak berumah dekat situ sebab selama ni jarang sangat aku terserempak dengan 'Cik Menti'. Lagipun aku pernah letak racun tikus dekat luar rumah makanya ingat dah takde yang hidup lagi. Rupanya yang seekor ini bukan main berani. Siap boleh ke hulu ke hilir mencicit depan kami.

Makanya Pakcik Harun & Makcik Juli membelikan racun tikus sebagai langkah membasmi.  Racunnya diletak di kawasan persiaran tikus (sudut dapur dan bahagian belakang rumah) dengan harapan kojol lah si tikus itu nanti. Malangnya, misi ini gagal. Lubang di bawah sofa semakin besar.

Maka diletakkan pula racun tikus itu di dalam bahagian bawah sofa, dengan harapan yang sama. Tapi waktu itu aku harap janganlah 'Cik Menti' hembuskan nafas terakhir bawah sofa, nanti hazabedah nak menguruskan bangkai tikus & membersihkan sofa supaya bersih & bebas kuman. Tetapi, sekali lagi, misi membasmi tetaplah gagal. Pandai kau ye 'Cik Menti', tak layan bongkah macam kapur warna biru. Nak layan buah mangga, lauk kari atau ikan pari masak asam pedas aje ye. Cess. Tak memadan kan?  Pantang ada lauk pauk dalam periuk atas dapur, walaupun bertutup, keesokkan pagi mesti ada isi lauk yang terjelepuk di lantai, hasil kerjaan 'Cik Menti'. Terus teringat watak tikus dalam animasi Ratatouille. Hanya comel sebagai watak animasi tetapi tingkah laku sebegitu di alam realiti tidak boleh dibiarkan.

Jadi, ikhtiar seterusnya adalah memasang perangkap jerangkap samar. Tukang siapkan perangkap adalah En.F. Dia beli perangkap bersama sotong kering kerana menurut tauke kedai tempat beli perangkap tikus tu, tikus suka makan sotong kering. Potong sotong kering kecil-kecil & bakar supaya bau sotong tersebut tersebar & menggoda nafsu si tikus. Kemudian sangkutkan pada perangkap.  Oh ye, sotong kering yang dimaksudkan adalah seperti di bawah;

 
Bukan sotong kering bergula seperti ini ye;

Tapi En.F ada beli juga, katanya dia ingat sotong kering yang ini *facepalm* Kalau yang ini daripada dibagi pada 'Cik Menti' baik kita yang 'CEKIK'. *dengan nada suara ala Aziz Zatar dalam Filem Bujang Lapuk*

Akhirnya, usaha di atas membuahkan hasil. 
Sepandai-pandai engkau 'Cik Menti', akhirnya masuk perangkap jua.

Seterusnya adalah misi pelupusan. Yelah, takkan nak bagi 'Cik Menti' ni lepas bebas pulak kan? Huhu. Maka aku bertanya pada En.F, macam mana nak bagi tikus ni mati. Dia jawab nak jirus dengan air panas je. Huii, gila Zionis. Aku cadangkan En.F bagi lagi sotong kering bakar pada 'Cik Menti' tapi bersama racun. Biar dia bersemadi dengan aman.

Lepas ini,  kena operasikan sofa pula, tutup lubang. Haih.

08 November, 2012

My little Minah Minachi





Abaikan cara duduknya itu T__T
Tahun ini si kinting buat persembahan tarian hindustan, Ladki Badi Anjani Hai dari filem Kuch-kuch Hota Hai. Tiap-tiap hari pergi sekolah, dia lagi teruja nak berlatih menari dari belajar. Masa buat raptai pun bukan main seronok lagi dia. Mungkin sebab buat raptai dekat dewan, suasananya lain dari sekolah. Sampai putus-putuslah selipar beraptai bagai, jadi kerja la pulak si cikgu nak kutipkan selipar dia tu & aku terpaksa dokong kanak-kanak ribena 21kg ini ke kereta. Huii..macam nak terjatuh peranakan rasanya. Tapi kan, kalau tengok dia buat ulang tayang tariannya tu memang senak perut lah ketawa. Mana taknya, dengan keadaan badan yang gebu-gebu itu, dia melutut sambil henjut badan, sambil putar tangan ala agogo, kepala terangguk-angguk macam bersungguh sangat..hihi. Kemain lagi dia. Hurm..tahun depan apa pula la persembahan kamu ye nak? :-)

04 November, 2012

Sesekali menghiburkan hati si anak

Ini darmawisata sewaktu cuti Aidilfitri yang lalu. Memang ini entri yang outdated tapi yelah, bukan selalu dapat menghiburkan hati si jantung hati begini.













Dari anak bawa ke mak bapaknya, semua teruja, semua gembira. Keesokkan harinya si anak ajak pergi lagi. Err..kamu ingat ini macam kita pergi taman permainan depan rumah ke nak? Itu boleh la nak pergi hari-hari. Huhu.. pitams seketika.




31 October, 2012

Produk Penjagaan Wajah Everlynn

*Sila skroll ke bawah untuk entri terkini*

IKLAN!!

Siapalah yang tidak mahu punya wajah licin, halus mulus dan gebu, bukan? Wajah yang licin, halus mulus dan gebu itu dapat menjadikan wajah kita lebih berseri dan lebih muda berbanding usia, betul tak? Sesetengah wanita pula mendambakan wajah yang cerah nan suria pagi, tak gitu? Tapi pada saya, cerah itu subjektif kerana cerah tanpa cacat cela itu bonus tetapi cerah nan kusam, bermasalah dan tidak bermaya apa gunanya? Apapun, tidak kira apa warna kulit wajah anda, wajah tanpa pigmentasi, jeragat, noda hitam, lembap dan segar sepanjang biasa bukanlah sekadar angan-angan sahaja.

Anda pernah dengar Everlynn? Anda pernah mencuba Everlynn? Atau adakah anda pengguna setia Everlynn? Kini anda boleh mendapatkan produk tersebut daripada saya!! Hubungi saya di 013-2770270 atau stobericupcakes[at]gmail[dot]com

Kepada mereka yang berminat mahu mencuba keberkesanan produk ini, Everlynn adalah produk yang diformulakan dari Perancis & Switzerland dengan menggunakan ekstrak buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan. Everlynn ada menawarkan set percubaan yang terdiri daripada:

Deep cleansing foam
Deep hydration refreshing toner
Day solution / Day Cream (BB Cream)
Multiperfection Cream (Night Cream)


dan boleh diperolehi dengan harga RM 125 (dengan Multiperfection cream) atau RM 90 (tanpa Multiperfection cream).

Set besar pula terdiri adalah tanpa Multiperfection cream dan dijual dengan harga RM 190. 


*Nota : Multiperfection cream sangat sesuai untuk membantu menghilangkan berjeragat.
Harga : RM 35

Untuk kulit wajah yang mempunyai masalah jerawat yang serius, anda disyorkan untuk mencuba Everlynn Purifying Treatment Set yang terdiri daripada pencuci muka & krim.

Anda adalah digalakkan untuk melengkapkan set rawatan ini dengan penggunaan Deep hydration refreshing toner  (RM 32.90 untuk 35ml & RM 69.90 untuk 160ml) :-)

Selain itu, terdapat jugak produk Everlynn Sheet Mask & Everlynn Collagen Serum seperti foto di bawah:

Everlynn Sheet Mask
Meningkatkan tahap oksigen & kelembapan kulit, Menambahbaik tekstur dan menyuburkan kulit serta membuang sel-sel kulit mati. 

 Everlynn Collagen Serum, RM 120 sekotak (8 botol)
Mengecilkan liang-liang roma & mengurangkan garis-garis penuaan (nama pun collagen serum kan? Sudah semestinya!) 

Mari kita lihat keberkesanannya :
 
Hasil selepas penggunaan Skincare set, collagen sheet mask & serum selama sebulan, jeragat berkurangan dan tona kulit menjadi lebih sekata.

Tiada lagi jeragat!

Hati terdetik mahu mencuba? Ianya amat dialu-alukan, apa salahnya mencuba. Oleh itu, diulangi..sila hubungi saya di 013-2770270 atau stobericupcakes[at]gmail[dot]com untuk pesanan okay!

13 October, 2012

Dialog si kinting

Dialog satu :

Perbualan di antara 2 sepupu :

Tasnim : Yaya, dah besar nanti Yaya nak jadi apa? Kucing ke mouse?
Yaya : Dah besar nanti Yaya nak jadi tikus lah!

Ibu : *tepuk dahi*

Dialog dua :

Tasnim : Ibu, Anim dah taknak makan roti ni.
Ibu : Tak baik tak habiskan makanan. Kesian roti tu, mesti dia kata "Apalah Anim ni, tadi beria sangat nak makan saya, sekarang tak nak pulak. Ngade lah. Huh, malas kawan Anim dah!"
Tasnim : Okay lah - okay lah..saya makan awak.
Ibu : *Dalam hati; kikiki..menjadi taktik aku.*





08 October, 2012

Tahukah anda?

Tahukah anda akan tahap ketahanan tubuh badan standard manusia? Tahukah anda di mana titik badan kita akan berkata tidak? Ok-ok, sila bagi peluang kepada aku untuk menulis entri yang berciri ilmiah sekali-sekala, boleh? Kerana aku rasa info ini berbaloi untuk dikongsi kepada pencinta ilmu alam, kepada pemikir yang ingin tahu.


Air 
Kita digalakkan minum air 2-3 liter sehari kan? Lagi banyak minum (maksud aku minum air suam/kosong/mineral/jus tapi bukan todi ye) lagi bagus untuk tubuh badan. Tahukah anda bahawasanya badan kita mampu menampung cairan sehingga 10 liter dalam masa sejam tanpa mencairkan tahap elektrolit badan. Kalau rasa mampu minum air lebih dari itu dalam masa sejam, anda mungkin berhadapan dengan risiko meninggalkan dunia serba fana ini.

Darah
Tubuh badan manusia dapat bertahan dengan kehilangan darah sehingga 50 peratus tanpa mengalami kejutan. It's somewhat surprising, isn't it? Tapi janganlah pula menawarkan sang nyamuk hatta sang vampire untuk hisap darah kita suka-suki dia. Baik pergi derma darah aje, pahala dapat, badan makin sihat, mudarat tak lekat. (Kempen kepada diri sendiri juga yang masih tak berjaya untuk menderma darah :-<)

Alkohol
Ini boleh dijadikan info berguna kepada pemabuk di luar sana. Dengan tahap kandungan alkohol 0.4 peratus dalam badan, ianya dapat membunuh sebahagian daripada anda. Ini bersamaan minum 9 - 10 gelas minuman beralkohol dalam tempoh sejam.

Kuasa elektrik
Kalau rasa hendak terkena kejutan elektrik dengan kadar 27 000V, sila lakukannya dalam keadaan tubuh badan anda kering, pakaian pun kering. Insya Allah, selamat. Kalau melecur satu badan aku tak jamin. Jika tidak, dengan hanya kadar rencatan elektrik berkuasa 10 kali lebih rendah, anda adalah tidak selamat, harap maklum.

Udara
8.0 kilopascals adalah kadar separa tekanan oksigen terendah yang surviveable untuk manusia, or else manusia (kita) akan menghadapi kerosakan otak secara progresif dan tidak dapat dipulihkan. Kepada sesiapa yang berjaya menjejakkan kaki ke puncak Gunung Everest (di Zon Maut), anda memang heiiibatttt kerana paras tekanan di situ adalah 6.65 kilopascals. Siapa-siapa yang mahu cuba, perlu ada bantuan alat pernafasan untuk memastikan misi berjaya.

Sejuk
20 darjah Celcius (bersamaan 68 darjah Fahrenheit) adalah teras suhu minimum yang mampu ditahan oleh badan sebelum jantung berhenti berdegup. Tiba-tiba aku teringatkan cerita animasi Ice Age, err..motif??

Tumbukan
Lengan manusia mampu menahan kuasa tumbukan sehingga 50 kN tanpa menyebabkan tulang berkecai. Kuat sungguh tulang kita kan? Tapi itu kalau tak berkecai, patah riuk harus dah. 

Lari pecut
Kelajuan maksimum yang mampu dicapai oleh manusia sewaktu memecut larian adalah 43.06 km/j tanpa mengoyakkan tendon quadriceps di lutut anda. Kalau risau tercedera, jogging ajelah, kalau tak mampu juga, lari setempat sudah.

Sekian perkongsian ilmu hari ini. Salam bahagia semua.

05 October, 2012

Gaya bergambar raya pilihan tahun ini




Gejala gaya yang dibawa oleh si kinting. Katanya cikgu dia yang ajar. Kami pun terjebak. Bajet 'princess' kononnya. Haha.

18 September, 2012

Pic-O-Memory II

 Gambar yang diambil sewaktu hari raya pertama. Ye, hari raya pertama. Baju raya hanya sempat disarung tak sampai separuh hari. Sudahnya beraya dengan t-shirt & seluar steng. Gaya ala diva memang tak boleh blah.
Peminat karakter Cookie Monster. T-shirt adalah dari Sempoi Shoppe. Jemputlah singgah cuci mata di  FB. Boleh request nak design yang disukai. Ewahh, sambil menyelam minum air bunyinya, ahaks.

 Bercanda bersama rakan sepermainan. Mujurlah BFF dia tak lokek ajak dia mandi kolam sama-sama tapi ayat si kinting takmo kalah, "Wah, besarnya kolam Aqil..tapi kolam Anim lagi besarrrr." Padahal kolam dia takde la besar mana, dah koyak rabak pun.

 Waktu tido memang dia seksi selalu/sokmo.

 Gembira dapat balik dari sekolah awal. Kemain tepi cikgu dia sikatkan rambut. Maka meh kita retrokan dia dengan shades aviator.

Owh dan ini adalah little Mr. Mc Dreamy. Anak buah aku edisi terkini. Namanya Aisy Faris Al-Rasshid. Lahir pada 31 Ogos 2012. Yerp, angkatan baby merdeka. 3 sudah cucu Pakcik Harun & Makcik Juli.

10 September, 2012

Pic-O-Memory I

Aku dipangkuan nenda, lebih kurang 32 tahun dahulu. Bila tengok muka sendiri sewaktu bayi, teringat rupa si kinting kecik-kecik saling tak tumpah macam aku.

Pakcik Harun di kala muda. Ehems. Masa aku upload gambar ni kat FB, sepupu aku komen, "Jambu nyer rupa Pak Ngah muda-muda dulu". Oh well, mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? kan? *kelip-kelip mata* Padahal diri sendiri kemain berkerak berkat main tak hinggat bawah panas terik.

Yang berdiri disebelah bapa aku tu adalah pakcik aku yang usianya muda 3 tahun dari aku. Memang dia masa kecik dulu tak lekang dengan puting tapi dah besar panjang ni takde la dia bergigi jarang/pendek/jongos seperti dakwaan sesetengah orang pada budak yang berputing. Sekarang bukan main sedap mata memandang lagi. Anak sulung dia pun sebijik rupa dia kekecik dulu. 

Aku ada juga terpikir, bila kita tenung anak, kita rasa senang, kita rasa tenang juga rasa takjub dengan kejadian Allah. Makanya secara tak langsung kita rasa senang, tenang dan takjub tengok muka sendiri, hehe.

Aku bersama adik-adik dan sebahagian sepupu-sepapat. Masa ni umo aku 18/19 tahun kot, zaman baru masuk kolej. Aku tak berapa pasti waktu ni kami baru balik beraya atau kenduri tapi memang set-set perempuan dari anak bawak ke mak berpakat pakai jubah. Disebabkan badan aku kus semangat lagi masa tu, maka padanlah aku menyarung jubah makcik aku. Tengok la tudung kami pun sepesen je. Boria sungguh la. Sepupu aku yang duduk atas tangga muka berkilat pakai baju pink tu bukan main terkekeh lagi tengok gambar ni. Dia gelakkan kakak dia yang sandang beg biru tu, dia kata kakaknya macam nak pergi umrah, aku pulak bajet islamik, tapi aku rasa dalam ramai-ramai muka dia la paling tak boleh blah sekali. Adik aku pulak (yang berjubah hitam muka tembam kemain tu), dulu masa kecik bukan main kurus kedengking tapi bila dah meningkat remaja, amik kau, lebar pinggan dengan muka sama je. Dulu kemain ngata aku gemuk kan. Haha. Pastu bajet stailo letak spek atas dahi, apa kes? Kemain ber"oh-no-oh-no" bila aku upload gambar ni kat FB. Sekor-sekor muka sakai katanya.

Ini pun kenangan. Kenangan bergraduasi. Sebenornya gambar ni penuh sampai ke kaki tapi bila edit kat Instagram, ini je la yang muat masuk frame. Gambar aku dengan salah seorang coursemate aku dulu. Sekarang pun dia jadi coursemate aku. Kami ni adalah antara yang lepas habis diploma dapat rezeki tawaran kerja & sambung belajar, dan dedua pilih untuk kerja atas sebab tersendiri. Bunga yang aku pegang tu bukan hadiah dari mana-mana pakwe, tapi BFF zaman sekolah-sekolah dulu. Matching dengan baju kurung aku lagik tu. Terharu aku.

30 August, 2012

Cepat dimasak, sedap dimakan


Lagi resepi campak-mencampak.
Aku guna drumet & kepak tengah bersalut dari Ayamas (nak guna ayam biasa pon boleh je). Goreng garing-garing dan ketepikan. Kemudian, tinggalkan sedikit minyak untuk menumis. Masukkan beberapa helai daun kari, goreng hingga naik bau. Masukkan 2 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih, 1/2 inci halia (yang telah dikisar/ditumbuk) dan tumis sehingga naik bau juga. Kemudian masukkan 2 sudu besar cili boh dan goreng hingga garing. Selepas itu, masukkan sos cili Thai &  sos tomato secukup rasa. Tambahkan setengah cawan air. Masukkan seketul kiub ayam & garam secukup rasa, kacau hingga sebati.  Setelah kuah agak pekat, masukkan drumet & kepak yang telah digoreng tadi. Gaul sebati. Taburkan hirisan bawang besar & daun sup. Boleh juga gantikan daun sup dengan daun ketumbar dan daun limau untuk rasa yang lebih authentic. Gaul rata untuk rasa sekata.
 Siap untuk dihidangkan :-)

29 August, 2012

Kehilangan dan pengorbanan

Semalam aku dikejutkan dengan khabar kematian isteri kepada seseorang yang aku kenali. Walaupun aku sekadar mengenali beliau atas dasar kerja sahaja, perkhabaran tersebut cukup membuatkan aku terharu. Isteri beliau meninggal di dalam kemalangan pagi semalam. Kereta arwah terbabas hingga menyebabkan kereta tersebut remuk teruk dan terbalik dan arwah meninggal di tempat kejadian. Kesayuan jelas terasa sewaktu aku dan rakan-rakan sepejabat hadir melawat di Bilik Mayat, Unit Forensik, Hospital Serdang semalam. Melihatkan wajah sugul seorang suami yang tidak mampu menahan perasaan setiap kali didatangi dan didakapi oleh ahli keluarga,saudara-mara & rakan taulan, membuatkan naluri kami tersentuh. Nampak jelas beliau terasa dengan pemergiaan isteri tercinta. Paling tidak tahan, sewaktu kami hendak pulang dan menyampaikan ucapan takziah kepada beliau, dengan air mata yang masih bersisa dan mata yang bengkak merah sambil mendakap anak si bongsu berumur 9/10 tahun, beliau mengangguk lemah. Sungguh la kami terasa hendak menitik air mata. Masing-masing berfikir, bagaimanalah perasaannya kalau keadaan seumpama itu terjadi kepada kami. Mampukan kami menghadapinya. Masing-masing terbayangkan suasana beliau suami isteri sebelum kejadian yang sama-sama sibuk bersiap menguruskan anak untuk ke sekolah, menyiapkan diri untuk ke pejabat dan mungkin sarapan bersama. Mungkin mereka juga bersembang seperti biasa tanpa mengetahui semua yang mereka lakukan itu adalah yang terakhir untuk mereka. Insaf rasanya kerana ajal maut itu hanya Dia yang tahu. Timbalan Pengarah aku ada bercerita, katanya sewaktu bulan puasa lepas, sewaktu beliau dan Encik tersebut bersembang kosong selepas mesyuarat, Encik tersebut ada menyatakan mungkin tahun ini dia tidak dapat membuat rumah terbuka seperti Syawal-syawal yang lepas kerana isterinya tidak larat. Siapa kan menyangka tanda-tanda itu sudah ada. Kami terus muhasabah diri. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-fatihah, amin.

Semalam juga aku ada terbacakan sebuah kisah pengorbanan tidak berbelah bahagi seorang suami yang beliau abadikan di sini. Kisah Abang Abil yang begitu gigih dan optimis menjaga isteri kesayangan yang mengalami penyakit saraf otak akibat dari serangan asma yang beliau hadapi pada Jun 2011. Aku doakan semoga abang Abil sentiasa diberi kekuatan, kesabaran dan kemudahan dalam menempuh hari-hari mendatang untuk terus menjaga dan menguruskan Kak Gee. Semoga Allah makbulkan doa Abang Abil untuk melihat Kak Gee kembali sihat. Amin ya rabbal alamin. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul dan kepada hamba-hamba Allah sekalian alam yang ingin turut membantu meringankan beban Abang Abil, boleh lawati fanpage Dana Sinar Fauziah atau hubungi beliau di alamat & no. telefon berikut :

En. Abil Fikri Ahmad,
36, Taman Sri Putih,
Jalan Tok Ungku,
70100 Seremban, 
Negeri Sembilan Darul Khusus

Landmark: Berdekatan Tol Seremban - Port Dickson.

No. telefon : 016-2634258

Juga boleh terus salurkan sumbangan ke akaun bank CIMB beliau : 0506-0040577-52-1 

Picture credit to Fanpage Dana Sinar Fauziah
Picture credit to Fanpage Dana Sinar Fauziah
 Marilah kita sama-sama doakan untuk mereka :-)