17 January, 2012

Erti hidup

Ada seorang wanita dalam lingkungan umur 40-an (pada pandangan aku lah) datang menghampiri aku sewaktu aku sedang beratur di ATM, di dalam Warta, Bangi beberapa minggu yang lepas. Berbaju kurung berwarna kelam kelabu tanah, berkulit sawo matang dengan uban yang galak menumbuh di rambut, dia bertanya, " Kak, akak nak pakai pembantu rumah tak?" Suaranya sayu, riak mukanya duka & mukanya ditundukkan. Aku memandang dia dengan perasan bercampur baur. Aku cuba menatap wajahnya tetapi dia tidak sekalipun memandang aku. Pandangan matanya dialih ke lain sambil bercerita kesusahan hidupnya - dalam dompet suami hanya ada RM 6, barang-barang sekolah anak tidak terbeli, stokin tidak berganti, kasut sekolah takde. Kebetulan dalam masa yang lama, seorang budak lelaki yang elok rupa paras, sihat tubuh badan datang menghampiri wanita itu sambil menarik-narik tangan wanita itu, ibunya. Disebabkan wanita itu masih cuba meminta simpati dari aku, si anak tidak berlama-lama & berlalu, entah ke mana. Aku membalas, "Maaf kak, saya tak pakai pembantu rumah. Saya tak perlu pembantu rumah." Wanita itu membalas, "Kasihankanlah saya, saya perlukan duit, saya runsing barang-barang sekolah anak tak berbeli lagi, anak saya nak pergi sekolah." Aku cuba meminta wanita tersebut bertanya kepada orang lain, mungkin nasibnya baik. Mungkin ada yang sudi menerima khidmatnya sebagai pembantu rumah, tetapi dia tetap berdiri di sebelah aku sambil merayu-rayu; aku menjadi serba salah. Di dalam kepala & hati berkira-kira sebenar & sejujur mana niatnya. Kalau benar dia memang betul-betul mencari kerja, tidaklah semudah itu untuk aku atau orang lain juga menerima tanpa usul periksa. Dalam pada aku cuba menelaah lanjut situasi wanita itu, aku menoleh kepada kakak penjual jamu dari gerai berhampiran yang rupanya asyik memerhatikan kami dari tadi. Dia menggeleng-gelengkan kepala. Aku seolah faham dengan signal itu. Wanita itu masih berdiri di sebelah aku. Motifnya? Aku rasa dia mengharapkan huluran ikhlas tanda simpati (atau tertipu?) dari aku. Kakak jamu menggeleng-geleng lagi. Dan tiba-tiba si budak lelaki tadi datang dan berbisik kepada si ibu dan mereka terus berlalu. Dan aku kelegaan. Akhirnya mereka pergi. Bukan lah tidak simpati, tetapi sebagai manusia yang hidup di dalam suasana yang penuh hipokrasi, aku jadi prejudis. Tetapi situasi itu juga buat aku insaf (sekejap? :P). Kalau aku di tempat wanita itu bagaimana? Aku akan merasai apa yang dia rasa. Aku akan menjadi seperti dia menerjakan diri memohon simpati manusia. Beginilah duniawi. Tidak semua bernasib baik, akan tetapi semua pun boleh mengubah nasib sendiri menjadi baik. Semoga wanita itu dimurahkan rezeki dari-Nya supaya dia tidak perlu melakukan apa yang telah/sedang dia lakukan itu walau apapun niatnya.

2 comments:

  1. takut zaman skrg nie .. manalah tau dia ada niat lain..kalau betul dia nak keje betul2 oklah ..

    ReplyDelete
  2. @Diana : Itulah, kita pulak yg jadi serba salah. Kalau bebetol dia susah & nak cari kerja, nampak macam Chem tak prihatin pulak. Tapi nak terima bulat-bulat, takut Chem yang terkena. Kalau nak tau kebenarannya, kena bersoal selidik bagai la gayanya.

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)