06 February, 2012

Bila si kinting merajuk

Benda alah yang menyebabkan si kinting merajuk dengan aku. Al-kisahnya semalam dia ajak aku main bendalah di atas yang rupanya seperti ping pong tetapi tertulis badminton *huh, apakah?*. Di waktu yang sama, aku sedang seronok melayan TV, maka aku bermain secara acuh tak acuh sahajalah. Sekejap sekejapan permainan kami terhenti sebab aku kena selotapekan bat raket? plastik yang meleweh macam patah tengkuk, haih..masa nilah bat tu buat hal nak patah mematah bagai.  Kemudian, bingit pulak telinga ini menadah gesaan si kinting supaya cepat-cepat baling bola bila aku terleka menganga melayan filem inggeris di saluran Citra. Sudahnya, aku bosan & suruh kinting baca buku or buat aktiviti mewarna. Si kinting pun akur dalam kehampaan & terus geledah buku-buku dia dalam laci kat rak TV.  Dek kerana kasihan melihatkan gelagat si anak, aku pun cuba la memujuk, aku cakap, "Rajin anak ibu, Anim..i love you!". Dan pantas si kinting membalas..
"Apa ailebiu, ailebiu? Hmmphh!"
Eh? Eh? Terkedu aku dengan respon si budak kecik ni. Alololo..merajuk betul rupanya dia. Hihi.

Dan petangnya, demi tidak mahu lagi menghampakan dia, kami buat aktiviti ini pula.
 Budak kinting yang over excited :-)
*abaikan pemandangan di belakang yang bersepah-sepahan itu ye*

2 comments:

  1. salam kenal..

    patutlah panggil kinting..sangat lah kerintingnya rambut dia mcm mage mee..hehehe

    ReplyDelete
  2. @nyanyisunyi : salam kenal kembali ;-) haah, itu le sbbnya. thanx sebab sudi singgah sini.

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)