16 February, 2012

Bisa lagi membinasakan kah?


Aku ini memang begini; akan bercakap atau memberi respon dengan sesedap ayat yang mungkin. Eh sorry, aku bukan kaki bodek, okey? Bukanlah juga aku kaki menipu tatkala berkata-kata. Aku hanya berusaha, mencuba untuk menjaga kesantunan berbahasa. Contohnya kalau kawan aku cakap dia tak cantik, dia gemuk (kebanyakkan perempuan memang berfikiran cenggini, aku pun!), kalaupun pada pandangan orang lain dia memang 'gemuk', tapi aku jawab, "Eh, kau mana ada gemuklah. Cuma kau berisi." Err, adakah itu jawapan yang tidak menyakinkan? Haih, dah itu yang aku nampak. Aku menilai berdasarkan persepsi aku. Mungkin persepsi kita tentang kegemukan itu tak sama. Jadi salahkah kalau aku cakap begitu? Contohnya lagi, kalau ada kawan aku yang komplen, "Aku tahu aku ni tak cantik." Selalunya aku akan menjawab, "Eh tak baiklah cakap cenggitu." atau "Rupa tu subjektif, kawan." atau "Tak kisah lah pasal rupa tu, janji hati baik, kan?" Agak-agaknya kawan aku akan fikir memang aku ikhlas menjawab atau aku puji (kebaikan hatinya) dalam keji (rupanya)? Dan kalau dia sebenarnya cantik di mata aku, aku akan cakap dia cantik, bukan buat-buat fake. "Eh, ko memang cantik lah, kalau mekap, sure cun dari aku." sedangkan secara halimunannya ketika itu tangan di dada, mata ke atas kerana perasan cantik dari si kawan.

Aku ini dulu, pernah menjadi seorang yang sangat tidak pandai menyuarakan respon negatif yang benar. Dan ketidakpandaian ini pula berkadar terus dengan kemahiran sarkastik aku. Ini kerana aku kadang-kadang terguna ayat-ayat sarkastik untuk menyampaikan pujian. Lagi satu, aku takut orang terasa dengan respon negatif yang aku beri tapi alih-alih bunyi macam hendak bersinis-sinikal T__T Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh undur, terlajak kata, badan binasa..huhu. Bila difikir-fikirkan kita ini kaum sang hawa, kadang-kadang kita sengaja tanya orang itu ini, bukan sebab kita hendakkan sangat jawapan jujur dari mereka tapi sekadar hendak menyedapkan hati sendiri. Tapi lama-lama aku sedar, minda dan hati kita-kita ni bukanlah jumud sangat. Sudah mampu hendak menelan kenyataan yang pahit jika diberi respon yang positif dan membina. Sudah mampu membezakan penilaian ikhlas atau yang memang sengaja hendak mencabar kemurnian hati kita. Jadi, aku sedar kelemahan aku untuk berterus-terang perlu diperbaiki. Dan memang ada perubahan walau mungkin pada penerus-terang sejati aku ni masih lembik-lembik tau fu fa. Tak cargas pada mereka. Tak apa..tak apa. Kan adunan dan acuan diri kita berbeza. Boleh jadi juga sebab aku ini analitikal pada tindak tanduk sendiri, jadi aku akan sentiasa berfikir sebelum bercakap, atau berfikir selepas bercakap tentang apa yang aku cakapkan itu sampai tepat kepada penerima sama seperti apa yang hati aku ingin sampaikan. Apabila komunikasi antara hati & otak tidak berkesan, padahnya aku ini dianggap suka perli-perli orang atau berpura-pura. Contoh; kalau orang puji aku, aku sebenarnya tak tahu nak respon macam mana, serius tak tipu. Aku fikir kalau aku cakap, "Eh, cantik ke baju ni? Biasa ajelah." Aku takut orang interpret, "Eleh, nak berlagak la tu beli kain mahal tapi konon tak nak show-off!". Kalau aku cakap, "Auw, cantik ke? Eh mestilah, kain high quality, beli kat tutttttttt. Terima kasih.", sambil tersengeh-sengeh gedik, menerbitkan perasaan menyampah pula kan?  Tak semua orang boleh menggedik sambil disenangi, aku dah pernah cuba, konon hendak berselamba menerima pujian tapi tak menjadi. Macam orang buang tabiat pulak kaedahnya. Ok, sambung..kalau aku jawab, "Isk, takde la. Takde la cantik mana. Baju awk lagi cantik. Meriah lip lap lip lap berlabuci bagai, glam gitu.", kalau tak kena gaya nanti dikata perli-memerli pula. Ades. Sudahnya, aku pulak jadi prejudis tak bertempat. Dari hendak jaga hati orang & silaturrahim, end-up dengan menyampahkan orang, menyakitkan hati orang secara tidak sengaja. Maafkanlah aku untuk kekhilafan ini. Aku bukan manusia putih. Aku manusia tidak sempurna tetapi alhamdulillah berakal budi.

 Apapun, aku setuju kalau kita cakap baik-baik dengan orang, orang akan jadi segan nak cakap kasar-kasar dengan kita. Sepatutnya begitulah. Sejauh mana sebuah kejujuran itu di kayu ukurkan dengan percakapan secara terus terang tepat kena batang hidung orang, kamu carilah sendiri. Kamu boleh menempelak aku, kamu boleh bersarkastik, bersinis & berpura-pura dengan aku, tapi kamu kena terima resmi sesetengah orang yang cuba bermanis mulut untuk menjaga hati orang lain. Kita CUBA selarikan kejujuran, keberanian berkata benar & kesantunan bahasa sekali.

3 comments:

  1. Kalo org puji ko ckp je mekasih sambil gelak keh..keh.. pastu buat2 bizi.

    ReplyDelete
  2. sy pun x reti nak beri komen tp sboleh2nya sy akan komen yg tdk mengguris hati...bole ke sbb kdg2 cam x jujur huhu

    ReplyDelete
  3. @Lyd : Haha, part yang sambil gelak & buat-buat bz tu macam best. Tengs for the tips! Aku pernah la cuba cakap terima kasih bila org puji, tapi ada pula yang bagi muka lain macam; macam aku dah terperahsantan, agaknya dia expect aku akan cakap; "Eh, mana ada."/"Eh, x lah." Counfuse pulak.

    @Lina : Memang kekadang dilema juga kan. Jujur tu perlu. Cakap secara berhemah pun perlu. Macam tips orang-orang tua, tarik rambut dalam tepung gitu.

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)