28 February, 2012

Cerita-cerita sengal dolu-dolu II

Cerita-cerita sengal dolu-dolu part I --> klik sini

Kali ini adalah koleksi cerita sengal zaman aku bercintan-cintun dedulu.

Cerita I
Aku rasa ini kisah yang terpaling sengal. Rasanyalah. Kalau dikenang-kenang rasa macam "Eii, sungguh tak ingin hendak dikenang. Mengots!" Haha. Al-kisahnya aku hendak memutuskan ikatan percintaan, *puii..percintaan lah sangat kan, padahal baru 19 tahun, tergedik-gedik mencuba cinta. Cintakah itu? Sangatlah bukan. Cintaik mungkin.* Justifikasi pemutusan? Si mamat itu saiko, gaduh sikit hantuk-hantuk kepala, bila dah benjol, aku jugalah tukang tuamnya. Kalau tak menghantuk atau berdrama untuk cederakan diri, dia akan baling/buang semua benda sampaikan telefon bimbit pemberian ayah dia pun jadi mangsa. Susah-susah bapak engkau belikan untuk engkau, senang-senang je engkau nak membuang ye. Dek kerana menyampah dengan perangai mengada dia, aku tong-sampahkan gelang silver pemberian aku untuk dia yang dia acah-acah baling depan kolam dekat taman Suria KLCC. Ambik kau. Tapi itulah, bila hati dah hangat, bergaduh dekat situ pun jadi.  Hurms..ada lagilah perangai saiko yang bukan setakat membuatkan aku, hatta kawan-kawan aku pun turut cuak dengan mamat ni. Liat sangat dia nak 'rela & redha'kan aku pergi. Bila dah jenuh melayan dia ber'amuk'an baling-baling barang depan kolam tu, aku masuk ke KFC. Order makan untuk aku sorang aje. Tak kuasa hendak orderkan untuk dia. Dalam hati keras berkata, "Kau tak boleh pau aku lagi!!". Dia pulak buat-buat tidak tahu bahasa, mengekor aku sana sini. Elok aku duduk & suap ayam, sambil tak menghiraukan dia yang duduk berdepan dengan aku, aku dikejutkan dengan tindakan drastik dari dia. Amarah aku mengunung dengan tak semena-mena. Dengan muka yang comot-momot disapukan sos cili Life, aku berlari keluar dari KFC. Ya, dia calit sos cili kat muka aku!  Hebatkan dia? Gila bernas idea main calit-calit sos cili macam tu. Nasib baik tak terkena mata. Nasib baik botol sos cili tu aku tak buat pelangkung dahi jendul dia. Nasib baik kesedihan dan kejatuhan air muka aku diperlakukan begitu lebih terasa berbanding perasaan ingin membalas serangan. Cepat-cepat aku cari toilet, cuci muka bersih-bersih. Keluar dari toilet, aku cari public phone, nak call mak aku mengadu kononnya. *Alololo* Mamat tu masih ikut aku. Macam cilabi. Dalam hati aku dah berguni-guni makian untuk dia. Tahu pulak dia cuak bila aku bercakap dengan ayah aku *nak cakap dengan mak aku tapi masa tu mana ntah Makcik Juli ni pergi*. Aku tunggu bas untuk balik pun dia masih ikut. Masih hendak aku lupakan hasrat untuk putus. Waddahel! No way!!  Dengan tekad & azam yang tinggi, akhirnya kami putus juga setelah aku melalui beberapa lagi kejadian yang sangat annoying. Even sekarang dia hendak add aku dalam FB pun aku tak sudi. I can forgive but never forget *pis*.

Cerita II
Encik boyfie (read : ex-bf) yang ini baru tukar kereta. Dia sangat murah hati membenarkan aku memandu kereta dia walaupun pada mulanya aku enggan sangat-sangat sebab aku tak biasa bawa kereta lain selain dari semut hitam aku. Tapi setelah dipujuk-pujuk, aku mengalah dan memandu. Mula-mula aje rasa takut, kemudiannya rasa enjoy pula, sedap aje tekan minyak & clutch. Smooth & silky gituh.Al-maklumlah, kereta baru kan. Tengah sedap-sedap memandu melalui sebuah selekoh yang agak tajam dengan kelajuan yang agak tak berpatutan, kereta si encik boyfie berpapasan dengan sebuah lori dari arah bertentangan. Dan selamatlah bahagian sisi pemandu kereta encik boyfie disagat ekor lori hingga mengorbankan cermin sisi & pintu. Gamaknya tatkala itu, tersagat jugaklah hati si boyfie. Kami berhenti. Pemandu lori pun berhenti. Muka aku sudah pucat tidak berdarah. Berasa kesal tak sudah-sudah. Orang sekitar sudah mula menghampiri tempat kejadian. Dan kebanyakkan dari mereka sangat bermulut puaka. "Huii, teruk nih. Habis la awok, kena cerai talak 3 la pas ni.", " Isk..isk..isk..mesti boypreng awok mintok putus la lepas ni.", "Mengamok la kekasih dia, makwe bagi jahanam kete dia,naya..naya." Siap pemandu lori tu pun gelak-gelakkan aku. Pfftttt. Bukannya dioarang nak tanya keadaan kami ok ke tak, atau tolong apa-apa yang patut. Mujurlah encik boyfie berjaya kaw tim dengan pemandu lori, bayar gantirugi secara tunai sebab lori tersebut hanya mengalami kecacatan minimal. Hanya lampu belakang yang pecah. Alhamdulillah selesai. Alhamdulillah juga encik boyfie tidak marah, tidak juga mintak gantirugi. Tapi kalau dalam hati, dia maki-maki..aku redha saja.

Cerita III
Dia kantoi (lagi). Hati dia tiba-tiba berubah. Dia baru sedar, i'm not his cup of tea. Dia rasa aku tak cukup bagus, tak cukup cantik, tak cukup stailo, tak cukup komersial untuk dia. Dia sudah jumpa seseorang. Dia mahu batalkan perkahwinan kami tetapi dia tak cakap terus-terang, aku yang menemukan jawapan itu sendiri. Kami putus, dengan erti kata yang lebih tepat, dia yang memutuskan thru YM. Ok fine. Aku terima. Aku khabarkan pada Pakcik Harun & Makcik Juli. Meroyan sekejap orang tua aku. Tinggal 3 minggu saja lagi majlisnya. Biasalah orang tua, mahu sesuatu yang dimulai dengan beradat, di akhiri dengan beradat juga. Dia tuntut cincin yang 2 bentuk tu, satu cincin risik & satu cincin tunang. Cincin yang pernah kemek aku baling sebab dia kantoi bermesraan secara pesanan ringkas dengan seseorang. Dia kata, "Okay, nanti i datang dengan gf i amik cincin tu". Silakanlah. Walau aku di Kuantan, engkau jumpalah dengan orang tua aku. Rupanya nan hado. Sampai ke sudah tak datang-datang. Sabar jelah. Dan sekarang dia pun sudah bahagia, dengan his cup of tea tetapi bukanlah dengan gf yang dia bangga-banggakan sangat bagus, cantik,  stailo & komersial itu. Tak kisahlah, janji bahagia, good for you.

No comments:

Post a Comment

care to drop a comment? thanx! ;-)