27 February, 2012

Chickenpox | Serba biru | Ayam ber'buttermilk'

Sisa-sisa chickenpox. Penyakit yang sangat klasik buat kanak-kanak bukan?  Dulu-dulu istilah yang lebih glamer pada aku tentang jangkitan ini adalah cengkering atau cacar air. Memang hazab lah kalau dah terkena. Demam kuat-kuat, pening macam mahu tercabut kepala, paru-paru rasa sempit, badan berbisa-bisa, gatal sana sini, makan tak lalu, badan menggerutu..memang derita habislah waktu tu. 2 minggu lamanya keadaan aku begitu. Tapi itu aku. Si kinting pula telah menghidapinya selama 6 hari sehingga hari ini. Mujur juga dia tidak demam-demam atau gatal-gatal badan sehingga tidak membetahkan hidup. Mungkin bekalan ubat dari klinik sangat berkesan.  Makanya si kinting ; masih boleh tidur dengan lena, masih boleh makan & minum susu dengan berselera serta masih mampu bermain (dalam erti kata lain menunggang-balikkan basikal, membaca + mewarna + memunggah buku-buku, mengasah pensel warna merata-rata dan menikmati saluran 613 sambil menyanyi, menari & mengajuk percakapan kartun-kartun yang ada). Macam bukan orang sakit, syukurlah kan.

Sekelas menegur kami bertiga. Ada yang kata macam kumpulan nasyid. *nasyid la sangattt ye* Ada yang kata macam boria *tunggu kami pakai kain selempang & tarbus berjambul ye* Ada juga yang kata macam penanggah kenduri. Haha. Apa-apa jelah. Memang sudah semacam 'trademark' begini, sedondon setiap kali ada presentation, terutamanya sewaktu presentation secara besar-besaran. Selalunya semua akan sedondon, termasuklah ahli kumpulan lelaki. Tapi kali ini tak sempat hendak pakat-pakat sama si bujang tunggal itu. At least, sebelum ini dia dah merasa dipanggil geng gagak hitam, mujur kami tak pakai stokin jaring-jaring aje time tu..hihi. Alhamdulillah, presentation kami berjalan dengan lancar. Mendapat feedback yang baik dan membina dari penyelia juga pemeriksa. Maka secara rasminya, berakhirlah sudah semester pertama, tahun kedua sesi 2011/2012. Sangat-sangat lega walau untuk merealisasikan projek berkumpulan ini mengundang pelbagai rasa dan emosi. Juga sedikit sebanyak harus menjerih-perih. Eh, bukan harus tapi wajib. Adatlah menimba ilmu kan?


Hidangan makan malam hari ini. Buttermilk roast chicken bersama sos buatan sendiri ala Thai. Dimakan bersama baki garlic bread & onion rings Domino's. Layannnn. Plus senang hati sebab berjaya untuk tidak membuat sebarang pembaziran. Huhu. Anyway, nanti-nanti aku kongsikan resepinya yek.

No comments:

Post a Comment

care to drop a comment? thanx! ;-)