10 February, 2012

Manger, manger, manger

Kraker keju lapis krim keju
 Hendak membuatnya memang mudah. Beli aje biskut keju (cheese craker), rendamkan dalam susu segar/susu sejat (rendam sekejap aje, agak-agak biskutnya bersalut susu gitu), susun dalam bekas kemudian lapiskan dengan krim keju ( putar krim keju + gula + esen vanilla + *perahan lemon hingga kembang). Buat berselang seli hingga habis. Kemudian, sejukkan dalam peti ais sebelum dipotong. Alah, lebih kurang macam kita hendak buat kek batik jugalah kaedahnya. *perahan lemon tu optional, kalau suka aje ye.


Roti bawang putih & sup ayam cendawan
Kedua-duanya adalah produk segera. Macam roti bawang putih tu, aku just balutkan dengan aluminium foil & bakar 3-5 minit. Sup ayam cendawan adalah dari Campbell's. Huhu.

Paprik ayam. 
Tetiba tekak teringin nak makan nasi putih panas-panas dengan paprik. Burpp, alhamdulillah. Itu sendawa 2 hari lepas punya.

Sauteed veggies. Ada telur hancur juga.
Saja aku campur baki telur untuk celup bergedil dalam sauteed veggies ni, sayang weh membazir.
Bergedil ayam.
Cubaan yang kesekian kali menggunakan ubi kentang yang dikukus rebus (dulu-dulu aku ikut ajaran makcik Juli, gorengkan ia). Alhamdulillah tak benyek macam yang sebelum ni. Penyebab kepada bergedil aku benyek sebelum ini adalah aku terlebih letak daging/ayam kisar & ikut ajaran salah tambah tepung gandum. Mengots, haha. Untuk bergedil ayam di atas, aku letak 1/2 kiub ayam, garam, serbuk lada sulah & serbuk lada hitam secukup rasa. Kalau untuk soto, aku suka masukkan rempah soto dalam adunan bergedil tu. Ada kelainan untuk rasanya ;-)

Nasi kebab
Caranya : Cuci beras hingga bersih & isikan air ikut sukatan. Kemudian, campaklah hirisan bawang besar, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga (atau gantikan dengan sup bunjut, boleh jugak ye), stok/kiub ayam sesedap rasa, garam secubit dua, serbuk lada sulah & lada hitam ikut suka, 2 @ 3 sudu besar marjerin atau minyak sapi, daun pandan untuk wangi & kacau rata-rata. Tanaklah seperti biasa. Tak perlu hendak tumis-menumis bagai ceritanya.

Santapan tengahari hari ini : Ayam masak merah, bergedil ayam, sauteed veggies & nasi kebab.

4 comments:

  1. Oit. banyak gila makan. Heheh.. Aku suka ini. Sesuai utk org debab cam aku.

    ReplyDelete
  2. @Lyd : Ala Lyd,debab benor la ko tu kunun. Tapi bab makan-makan nih, memang kesukaan ramai kan? Aku ni masa makan tak henggat, bila dah kekenyangan baru sibuk nak rasa bersalah..haha!

    ReplyDelete
  3. bagi ler rasa biskut rendam tue kita dah keje putrajaya skrg hehehe

    ReplyDelete
  4. @anna : haha, tu la..dah dekat dah kita tapi x penah lagi jumpa-terjumpa kan? 1st edition da abes, kena tunggu next punya eh.

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)