12 February, 2012

Membaca itu jambatan elmu



Inilah hasil penebusan baucer buku. Selamat sudah aku perhabiskan.
Mula-mula aku survey MPH Alamanda, dua tiga kali pusing tak ketemu dengan buku-buku yang dicari. Belek itu ini pun tak ada yang berjaya menambat hati. Mungkin sebab aku pening ramai orang masuk MPH tu untuk tujuan yang sama. Sudahnya pulang dengan tangan kosong. Kemudian, aku ke Sunway Pyramid. Konon nak jengah MPH juga tapi dek kerana aku jumpa POPULAR dulu, terus tertewas di situ. Niat di hati hendak cari buku-buku IT (programming/networking/computer science) tetapi yang banyaknya buku tentang Adobe Photoshop, Ms. Office, Sistem operasi Windows dan yang seumpamanya. Haih. Buku tentang jahitan manik pun tak ada. Kena tempah dulu agaknya. Maka, novel-novel di ataslah jadi hasil sambaran. Si kinting juga jadi 'pana' bila aku bagi peluang dia pilih mana-mana buku yang dia suka. Semua pun dia nak. Huhu.

Ini pula hasil sambaran hasil ikhsan diri sendiri kepada diri sendiri.
Buku KTN itu sepatutnya aku beli masa awal-awal masuk tempat kerja aku yang sekarang ini tetapi hati ini lambat benor lah nak mendapat hidayah tentang tanah. Sedangkan ilmu KTN ini, di tempat lain sukar nak dapat dan aku tak ada rugi apa-apa pun kalau cuba mendalami & mempelajari. Sekarang baru nak sedar. Punyalah merata aku mencari, akhirnya ketemu dekat kedai buku Pustaka Mukmin, Presint 15 aje. Anak Apak & I, Am Too A Malay masih belum terusik. Sudah kerap dijeling-jeling tetapi mahu cari waktu yang benar-benar senggang untuk membaca * ASALAN ALASAN*  Buku Andrea Hirata itu aku sudah khatam, memang enak dibaca. 2 cerita dalam 1. Dan Langit Vanilla; buat aku kagum dengan bakat susastera Wani Ardy. Pada aku dia adalah seorang penulis yang jujur.

Oleh kerana seumur hidup belum pernah si penulis mencoret catatan penghargaan buat aku, maka hati adalah sangat kembang terharu & suka untuk catatan ini. Terima kasih kembali Wani Ardy.
 
Ini adalah hasil belian di atas talian. Koleksi pertama untuk aktiviti artsy-craftsy. Bab menjahit manik yang aku mampu buat setakat ini hanyalah manik beriring, itupun main hentam ikut skill sendiri. Tengok orang lain pandai jahit manik menjalar  lah, manik tabur lah, crumble/scattered beads lah, shimmering flower lah, 3D lah..wallahweh, hebatnyaa! Mujur juga kawan-kawan aku yang pandai menjahit manik tak kedekut ilmu, jadi sikit-sikit tu bolehlah nak berguru. Minat memanglah minat tapi seru nak join kelas kena tangguhkan dulu.

** Semoga jejambat ilmu ini tidak menjadi pameran sahaja - Pesanan khidmat masyarakat untuk diri sendiri ;-)

4 comments:

  1. bestnya da abeskn baucer tu,nana xguna pn lg..huhu...xbkesemptan lg nk shopim buku:)

    ReplyDelete
  2. @nanakimie : tu la, bila tahu apa-apa jenis buku pon boleh tebus guna baucer + stationery, giler punya rambang mata. Baucer tu valid sampai ujg bulan 3 kan? Still ada masa lagi. Selamat menebus ye..hehe!

    ReplyDelete
  3. Dah beli buku sulaman manik tu, jangan tak jahit plak manik. Aku beli gak buku sulaman manik, tpi lepas beli terus rasa mcm... errr.. nanti2 la jahit manik. hehe. Semoga ko tak macam aku.

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)