07 February, 2012

Tiada sivikkah begini?

1. Anda berada di dalam pasaraya, orang ramai dan anda adalah salah seorang pelanggan yang sibuk mencari barang keperluan harian. Apa perasaan anda sekiranya anda berjalan menyorong troli di satu lorong membontoti orang lain yang berjalan terhegeh-hegeh membelek barang sambil cuci-cuci mata dan buat tidak tahu akan kehadiran anda dibelakangnya? Adakah anda mahu terus menjadi tunggul di situ? Atau mohon laluan secara hormat atau rempuh sahaja mereka dengan troli lalu terus hantar mereka ke kaunter bayaran untuk dikira?

2. Anda sedang memberi kerjasama kepada penjual roti john dengan mencari duit kecil yang diminta dalam keadaan tangan penuh menjinjing beg plastik. Tiba-tiba salah satu bungkusan yang dijinjing jatuh dan orang disebelah anda hanya memandang anda yang sedang kekalutan, sepertinya dia seorang yang helpless atau  err..anda yang helpless eh? Aku rasa orang itu elok jadi orang-orang. Bukan hina pun memberi bantuan dengan mengutip bungkusan yang jatuh di hujung kaki. Bukan anda nak sepak/terajang dia pun kan?

3. Anda memandu di jalan besar menggunakan lorong kanan untuk masuk ke susur parkir kereta dan kelihatan ada kereta dari simpang yang ingin menuju ke jalan besar. Kepala kereta tersebut pula macam sengaja dijulur-julur hingga 'makan' separuh ruang lorong kanan sedangkan anda elok sahaja memandu di lorong itu, dan kedudukan anda bukanlah 1km dari kereta terbabit tetapi hanya beberapa meter. Kereta terbabit juga bukanlah dah berjanggut menunggu giliran hendak masuk ke jalan besar, malah baru sahaja menunggu di simpang  tapi  dah tak sabar-sabar sampai kereta anda yang di jalan besar pulak terpaksa mengelak secara tiba-tiba. Bila anda mengelak, sudah tentulah anda terpaksa masuk ke lorong tengah secara tiba-tiba bukan? Persoalannya, adakah anda rasa elok dibagi 'can' sahaja pada si driver atau hon kuat-kuat dengan muka geram atau tunjuk isyarat  ala 'samseng jalanraya' (peringatan: tak elok tunjuk samseng, tunjuk peti ais samsung ker, hp samsung ker..tak apa.) atau jalan je terus? Sekurang-kurangnya kalau tersagat ke apa biar puas hati sebab sama-sama kena. (Kalau bajet kereta anda 'tulang besi urat dawai' atau kebal, cubalah..mana tahu lepas tu boleh buat testimoni..*ngee*)

Senario sekarang sudah tipis tolak ansur & keprihatinan gayanya. Nasib badannnn.

No comments:

Post a Comment

care to drop a comment? thanx! ;-)