06 March, 2012

Nasi dagang yang mengKMJkan aku

Pagi ini aku bersarapankan nasi dagang. Macam dah lama tak makan, makanya jadi teringin walau kebanyakkan masa aku adalah skeptikal terhadap mutu & rasa nasi dagang yang diperdagangkan di luar wilayah Pantai Timur (melainkan si penjualnya adalah orang Pantai Timur, maka dapatlah aku menaruh sedikit harapan). Pada aku nasi dagang makcik Juli adalah terbaik & ter'syurga' rasanya. Yelah, air tangan emak kan.  Oh ye, nasi dagang yang dibeli tadi telah selamat di'cekik' licin. Habis jugakkkk, reti pula tekak engkau tak skeptikal ye Nina?! Ngee.

Dalam pada hendak menghabiskan nasi dagang itu, tetiba aku terkenang. Terkenangkan arwah Tok Ki Bak & Wan aku. Sebenarnya kenangan itu memang sinonim setiap kali aku menjamah nasi dagang. Dulu masa aku kecik-kecik, kalau balik kampung merasalah nasi dagang air tangan arwah Wan aku. Sedappp tahu?! Tapi itulah, beliau pesan, jangan nak makan ikan ayer/tongkol tu banyak sangat. Dalam hati aku mesti kata, "Kedekutlah Wan ni." Pada aku apa sedapnya makan nasi dagang, ikan kurang? Takkan nak makan dengan kuah gulainya aje? Tapinya dalam pada tak puas hati tu, melantak jugakkkk. Masa tu manalah terfikir kenapa nak makan ikan gulai nasi dagang pun nak bercatu. Bila sudah besar sikit, barulah faham akan sikap jimat cermat Wan aku itu. Beliau pernah hidup susah. Hendak makan pun susah. Jadi pada beliau, kena makan jimat-jimat, baru boleh makan ulang-ulang & tak membazir. Kerana itu juga lah, beliau menjadi seorang yang 'sayang' makanan. Suka benar hendak simpan dari makan. Bab barang-barang pun begitu. Walaupun kadang kala kami mempersoalkan tindakan beliau itu, ia tetaplah begitu. Fahami sahaja sudahlah.

Aku tidaklah rapat sangat dengan beliau. Tetapi masa kecil, pernah juga tidur bersama. Beliau pernah membawa aku ke rumah jiran, menumpang menonton TV kerana si cucu ini berkehendakan. Ketika itu, di rumah beliau hanya ada lampu-lampu yang dihidupkan oleh kuasa generator. Itupun selepas puas diterangi hanya dengan pelita atau lampu gasolin. Dulu-dulu, kalau balik ke rumah beliau, aku bajet diri jadi anak dara pingitan sebab mandi air perigi & basuh kain baju guna sabun buku cap buruh & papan pembasuh. Selain itu, beliau juga gigih menjaga aku sewaktu aku demam kuat, melemur kepala dengan air ramasan bunga raya atau asam jawa. Sejuk rasa kulit kepala. Beliau dan Tok Ki Bak jugalah yang berusaha mengeluarkan bapak piras ( a.k.a kutu lembu/sengkenit) yang menggemukkan diri di dalam telinga aku menggunakan rokok daun. Very da traditional gituh. Sungguhlah hazab lubang telinga bila ada parasit menumpang hidup. 2 minggu aku demam kebah tak kebah. Itulah padahnya bila berpelukkan dengan anak lembu macam peluk teddybear kaedahnya. Masa aku tersadung  di tangga dari dapur hendak naik ke ruang tamu pun beliau yang ubatkan aku. Pipi aku bengkak kot masa tu sebab muka aku landing baik pada palang kayu. Aku ingatkan muka aku dah herot masa tu..kurang saham 30 persen, huhu. Tulah, buas benor bermain mengalahkan awang. Mujurlah ada Tok Ki Bak dan Wan. Hurms, kalau dikenang-kenangkan, banyak lagilah ceritanya.

Tapi...seriuslah nasi dagang tadi buat aku rindu mereka :-( Semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh-Nya. Al-fatihah.

2 comments:

  1. So, kesimpulannya nasik dagang tu sedap ke tak? Kira sedap la kan kalo dpt mengimbas nostalgia ek?

    ReplyDelete
  2. @Lyd : so-so aje..huhu. sedap x sedap, nostalgia ttp nostalgia.

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)