02 March, 2012

Resepi : Buttermilk Roast Chicken

 *Ulang tayang*

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (boleh dipotong 4 jika mahu, macam aku prefer dipotong 4 since oven aku kecik so takut nanti ayam tu tak masak sekata kalau dipanggang sekor seketul macam tu)
Whipped cream 
Olive oil            
Butter               
Jus lemon ( 1/2 biji)
4 biji bawang putih (ditumbuk lumat)
Sedikit lada hitam (ditumbuk halus)
Serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Jintan manis
Daun rosemary

Hiasan / Aksesori :
2 biji tomato 
2 biji ubi kentang
2 biji bawang besar
1/2 biji lemon
Brokoli / Asparagus / Lobak merah
* Potonglah ikut suka kamu.

Bahan-bahan untuk sos:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai
Tomato
Serbuk perencah tom yam
Sos cili
Perahan jus lemon
*Sukatan untuk semua bahan adalah mengikut kesesuaian masing-masing.

Cara-caranya:
1. Sapu butter dibawah kulit ayam (ikut kesesuaian).
2. Perap ayam bersama whipped cream, olive oil dan perahan lemon. Sukatan untuk whipped cream & olive oil tu kamu agaklah sebanyak mana yang kamu suka. Baik dilebihkan supaya jus perapan boleh digunakan untuk dicurah ke atas ayam sewaktu proses pemanggangan. Biarkan seketika.
3. Kemudian, lumurkan garam, serbuk lada hitam & lada sulah, daun rosemary serta bawang putih yang ditumbuk tadi. Kalau ayam tu nak dibakar seekor-seekor, boleh masukkan separuh hiasan ke dalam ayam. Ikat kaki ayam dengan tali. Letakan ayam tersebut ke dalam dulang pembakar.
4. Masukkan baki hiasan ke dalam dulang yang sama. Bakar pada suhu 210' C.
5. Bakar sehingga 30 minit (atau sehingga kamu rasa ayam tu dah masak). Balikkan ayam dan bakar selama 30 minit lagi (atau sehingga masak, agak-agak lah ye. Kalau terlebih bakar, nanti isi ayam jadi kering, tak berapa best pulak.) Masa balikkan ayam tu, boleh lah curahkan lebihan sos perapan ke atas ayam tadi.
6. Air lebihan ayam panggang jangan di buang. Kita guna untuk buat sos pula.

Cara-cara untuk buat sos:
1. Blender lumat bawang merah, bawang putih, halia, serai & tomato. Masakkan bahan kisar tersebut tanpa minyak sehingga mendidih.
2. Masukkan air lebihan ayam panggang tadi dan kacau. Masukkan serbuk perencah tom yam, sos cili & perahan jus lemon. Masakkan untuk beberapa minit & tutup api. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencubaaaa!! *Ayat bajet masterchef..puii *

No comments:

Post a Comment

care to drop a comment? thanx! ;-)