25 April, 2012

Menu orang 'berpantang'

Seminggu lebih selepas pembedahan, 'orang berpantang' dah dibenarkan doktor untuk makan, tapi bubur ajelah. Orang tengah sakit, mana lah selera sangat nak makan kan? Secara automatiknya aku jadi tukang belasah habiskan makanan tu, kuah ceroi ke, kurang rasa ke tolak tepi janji dapat makan dengan bubur, SELAMAT kaedahnya. Dan bagi orang sakit, walaupun makan berhidang, bersuap bagai, hanya 4,5 suap yang mampu ditelan. Masa awal-awal En.F keluar hospital tempoh hari, aku hidangkan ikan kerisi/tenggiri masak singgang, tak pun kerisi/tenggiri goreng atau ikan bilis goreng letak hirisan bawang besar & kicap digandingkan dengan sup sayur. Bila beliau sudah mampu menelan nasi lembik dan kini alhamdulillah sudah boleh makan nasi biasa, maka inilah antara menu-menu yang aku sediakan (kalah time aku berpantang dulu, uols);

Eh, alamak..silap album. Ini teppanyaki ayam yang aku buat untuk mengenyangkan perut sendiri. Huhu. Tapi sesuai juga untuk orang berpantang kan? Sup ceroinya tak kelihatan dalam gambar sebab aku tak reti nak selitkan celah mana mangkuk dempak berisikan sup tu. Tak muat frame.

Tenggiri masak kicap. 

Sup ikan merah. Kalau tak buat sup ikan merah, aku buatkan sup ayam. Bosan makan sup ayam, aku buatkan kurma ayam ceroi. 

Selain sup atau lauk kurma, aku suka masak ayam halia. Sedap dan mudah. Kegemaran 'orang berpantang'. Kegemaran aku juga. Eh, tukang masak pun ada anak tekak ye. Hehe.

Ikan bawal putih stim. Tak dapat bawal putih, ikan kerisi atau cencaru pun aku stimkan. Ada sesetengah orang kata ikan cencaru ni gatal. Tapi masa aku dalam pantang, Makcik Juli bagi je aku makan, dia kata jangan makan isi cencaru yang hitam tu je, sebab bahagian tu yang bisa & gatal maka aku aplikasikan teori yang sama pada 'orang berpantang'. So far, ok je dia. So selain stim, aku tukar buat cencaru bakar. Itupun 'orang berpantang' ada hati request nak cencaru sumbat sambal, kemain lagi kan? Takpelah, sekarang dah boleh merasa, nantilah aku buatkan.

Sesekali bersantapan western pula. Penne chicken carbonara. Saja tukar selera. Malas nak masak beria pun ye jugak sebenornya. Dinikmati bersama jus epal kusam. Nak menghabiskan stok buah-buahan pemberian orang yang datang berziarah tempoh hari.

Lempeng pisang untuk sarapan. 'Orang berpantang' makan tak beria, tukang masak yang pulun sakan. Lama tak merasa kaedahnya.

Yang penting, apa yang orang tak berapa sihat makan, itulah yang orang sihat makan. Takde kuasa lah aku nak masak lauk asing-asing. Tapi bila sesekali tekak nak makan asam rebus ke, asam pedas ke, sambal tumis ke, aku buat la untuk menjamu anak tekak sendiri sambil saiko-saikokan En.F. Huhu, keji sungguh perbuatan itu kan? Malangnya beliau sikit pun tak heran. Sikit pun tak terliur. Ces.

4 comments:

  1. hehe dapnye mknan ko nih! rajin ko yeh???

    ReplyDelete
  2. @puja : takde la rajin sangat. bila x larat masak, aku tapau gaks.

    ReplyDelete
  3. uishhhh... nampak sedap nih.. betul2 terliur ni

    ReplyDelete
  4. menu yang sedap.. ;) memang sesuai sangat untuk yang berpantang..

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)