05 April, 2012

Orang berbudi kita berbahasa

Semenjak dua menjak ni, semedang lah tuan tanah letak tajuk entri guna peribahasa kan? Yelah, yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang cantik itu budi, yang indah itu bahasa. Wah, gituh..tapi kalau dalam hati ada bara, macam mana lah nak berbahasa yang indah-indah ye?

Hati nan membara ni bukan lah membara sangat pun kaedahnya. Lebih pada terkilan lah kot sebenarnya. Al-kisahnya adalah seorang hamba Allah ni, pangkat adik lah dengan aku, nak kata aku rapat benor dengan dia, tidaklah tetapi kenal mengenali sebab pernah bertugas bersama-sama. Masa baru-baru lepas bertugas bersama-sama tu adalah dia bertelefon bertanya khabar atau ajak aku bersembang-sembang, tapi setakat itu ajelah. Yelah, dia anggap aku macam kakak, aku anggap dia macam adik, dah nama pun teman sekerja. Sesekali bila bertembung di sekitar pejabat tu berhai-hai jugalah kami, tak dapat berhai-hai..kami berbalas senyum, tak dapat berbalas senyum, berbalas pandangan pun okay.  Janji tidaklah memalingkan muka atau melarikan diri atau buat-buat tidak kenal antara satu sama lain kan. Bak kata orang tua, tak menyombonglah.

Tapi setelah sekian lama tidak bertanya khabar, tiba-tiba si hamba Allah ni sms minta tolong. Hendak pinjam sedikit RM, penting katanya. Aku pun adalah rezeki sikit, maka mengkhabarkan kesudian untuk menolong walaupun hati ini sedikit pelik, hujan tidak, ribut tidak, alih-alih dia cari aku. Takpelah kan. Mungkin hari ini hari dia, esok lusa hari aku, siapa tahu. Malangnya aku ini tiada akaun yang membolehkan aku memindahkan RM kepada dia secara atas talian dengan pantas. Kalau aku pakai akaun bank aku untuk pindahkan duit ke akaun bank dia secara atas talian, boleh memang boleh tapi ambil masa 3 hari lah. Kang naya kat budak tu kan, katanya kan urgentttt. Aku pulak tengah bercuti untuk final exam, jadi tidak lah dapat menyerahkan RM tersebut secara atas tangan, maka dia bersetuju untuk aku bank-inkan sahaja. Elok aje dia bagi no. akaun, sekejap-kejapan dok sms aku bertanya aku dah masukkan duit ke belum. "Jangan lupa ye kak", "Ingat ye kak", "Akak dah masukkan ke belum?", "Tolong tau kak, urgent nih". Haih, macam aku ni nak main-mainkan dia pulak.  Tak sempat apa-apa lagi dah ingatkan itu ini. Aku pulak kebetulan sibuk atas beberapa urusan peribadi, maka bercadang untuk bank-in kan RM tu selepas exam dan once aku dah bank-inkan nanti, aku inform. Aku cakapkan begitu pada dia. Aku cakap pada dia, dah dapat gaji nanti nak ganti RM tu, tak perlu susah-susah bank-in. Call je aku. Dia cakap ok.

Tik tok tik tok, hari gaji telah berlalu. Dia diam membisu. Ada la sekali dua aku terserempak dengan dia, tapi dia boleh buat-buat tak nampak, memandang aku jauh sekali. Itu belum kena pandangan sinis kawan rapat dia lagi. Aku senyum pun, mereka palingkan muka. Eh, sentap ye akak suruh bayar balik by-hand? Hurm, takpelah dik, sekali ini sahajalah akak mampu tolong kamu. Halal-berhalal lah kita. Semoga berbahagia & murah rezeki selalu.

*winks*

4 comments:

  1. belanja ana pon x per duit tue ahahaha iskhh budak mana tue cer letak gambar dia lam blog neh ahaha

    ReplyDelete
  2. haha anna, jenuh pulak nak curi-curik snap gambo dia..mungkin bukan rejeki akak..sekadar luahan perahsaan je.

    ReplyDelete
  3. jd terbalik pulak kan...org yg bg pinjam pulak cam rasa bersalah tp org yg meminjam tu x rs apa lak huhu

    ReplyDelete
  4. inazz, tu la pasal. da terbalik la pulak.

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)