15 May, 2012

Dari Wanita untuk Wanita : UTI

Picture from Google ;-)
UTI; urinary tract infection / jangkitan saluran kencing / kencing kotor adalah masalah kesihatan yang tidak asing bagi wanita, bukan? Hanya mereka yang pernah mengalaminya tahu betapa hazabnya bila UTI ini menyerang. Kaum wanita lebih berisiko untuk menghidap UTI kerana mereka mempunyai saluran urethra yang lebih pendek berbanding lelaki dan memudahkan kuman merebak ke saluran kencing. Manakala wanita hamil, pesakit kencing manis & batu karang adalah golongan yang lebih mudah terdedah kepada permasalahan ini. Antara punca UTI adalah; tabiat mengelap kawasan alat sulit dari bahagian belakang ke depan, tidak membuang air kecil sesudah berhubungan intim, kurang minum air, pengambilan vitamin (yang larut dalam air seperti Vit B, Vit C) yang berlebihan & pendedahan kepada sesetengah bahan kimia seperti alat/kaedah kontraseptif - spermisida dsb. Antara gejala-gejala UTI adalah;
  • Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
  • Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
  • Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
  • Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
  • Terasa sakit ketika berhubungan intim.
  • Demam dan seram sejuk.
Makanya, jika terasa sudah ada tanda-tanda UTI menyerang, terdapat beberapa kaedah alami yang boleh kita praktiskan sebagai langkah pengawalan, antaranya ;
  • Minum air kosong sebanyak & sekerap yang boleh, sehingga air kencing bertukar jernih.
  • Minum jus kranberi, beri biru atau jus nenas. Kranberi dan beri biru mengandungi anti-oksidan manakala nenas mengandungi bromelin yang bertindak sebagai anti-radang.
  • Minum baking soda cocktail. Campurkan 1/2 sudu teh baking soda bersama 8 auns air. Minum setiap 6 jam. Larutan ini dapat menawarkan asid dalam air kencing.
  • Minum air rebusan barli.
  • Minum jus tembikai yang dikisar bersama gula batu.
Dan yang pentingnya, segera buang air kecil jika terasa hendak berbuat demikian. Jangan ditahan-tahan noo ;-)

* Rujukan : drzubaidi.com, women-health-info.com, ratuhati.com

No comments:

Post a Comment

care to drop a comment? thanx! ;-)