11 May, 2012

Farah Myra pencuri identiti?

Aku jumpa profail cik adik ni dekat FB, dalam friend list adik lelaki aku. Tengok default profile picture macam kenal. Peminat Fatin Liyana kot. Doktor juga katanya (propa atau kebetulan kah? Agaga!), graduan USM lagi tapi kalau ikutkan tarikh lahirnya, adik manis ni baru 15 tahun (kot). Oklah, fine..orang biasa auta tarikh lahir dalam FB kan? Tapi mana tahu kan memang adik manis ni serius genius umur 15 tahun dah mampu bergelar doktor muda jeliters. Kau mampu??
Kawan-kawan kemain thanx lagi (especially yang lelaki) bila si adik manis Farah Myra ni approve friend request depa..hikhikhiks. Tapi macam sudah terang-terang terkantoi di situ bila ada yang tanya pasal profile picture tu.

Eh, kat sini dia mengaku dia sekolah lagi, tingkatan 5 Jingga ye? Pakai braces ye? Kebetulan kan sama sangat macam Fatin Liyana part braces tu.



Puji-pujian yang dijawab dengan perasaan rendah diri, sangat berciri perempuan melayu terakhir kan?

 Paling tak menahan, dari rupa paras Fatin Liyana boleh berubah ke Fatin Suhana. Takpelah kan, yang penting iols jeliters, uols suka. Btw, fyi Fatin Suhana Farah Myra yang bertudung hitam tu ye.

Dik, nampak sangat lah kan gambar ni dah di cilok dari blog/FB Annas Easkey. Apa kes ni dik?
Adik ni memang ada iras-iras Fatin Liyana / Fatin Suhana ke? Kalau ye, kan lebih baik guna gambar sendiri. Baru original. Kalau tak nak guna gambar sendiri pun, janganlah menyamar guna gambar gadis-gadis blogger yang jelita & dah sah-sah famous tu. Tapi famous-famous mereka pun, ada juga yang ter'layan' Farah Myra ni kan? (termasuk ler adik aku, haih.) Kalau adik rasa adik kurang cantik pun (bukan akak nak merendah-rendahkan kamu ye, kamu sendiri yang menterjemahkan diri kamu begitu indirectly), tak perlu la nak feeling-feeling syok cantik. Seronok ye tipu-tipu jadi gorgeous? Kalau kamu baik budi pekerti, itu lagi cantik.  Banyak sangat ye masa lapang nak berpura-pura dalam FB? Tindakan yang sangat loser kot dik. Rentikan ye. Takde faedahnya pun. Kena kutuk lagi ada nanti. Itu belum masuk kena block kat FB kalau ada yang buat lapor adik memalsukan identiti. Dah-dah, gi study.

4 comments:

  1. tak salah nak berangan macam blogger2 cantik tu, tapi tak perlu la sampai curi identitikan?

    ReplyDelete
  2. @lady scooter : betul,x salah. semua perempuan pun suka nak cantik. tapi guna gambar & identiti orang lain untuk dapatkan perhatian ramai tu macam x best lah, even kalau dia buat just for fun.

    ReplyDelete
  3. aiK. HHE..PELIK PANgai budak2 skrg..curi identiti ni jenayah gak..ish2 mesti ramai dak laki dah terkono.

    ReplyDelete
  4. @Puja : untuk suka-suka je la tu. seronok jadi perhatian, dapat pujian kot. tapi tu la, dorang tak aware salah guna identiti orang ni pun dah kira kes jenayah jugak. haha, memang ramai lh..donia..donia..

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)