04 May, 2012

Kek Pelangi untuk Tasnim

Dah lebih sebulan berlalu, hujung bulan lepas barulah kami ada kesempatan untuk meraikan hari lahir si kinting. Kebetulan, hari lahir mak usu nya jatuh pada bulan April, maka disambut sekali.  Diraikan di Steamboat Antarabangsa, Bangi.

Aku tempah kek pelangi ni dari ~Cupcakes at Putrajaya~ Kemudian aku touch-up sikit dengan M&M's, lilin HAPPY BIRTHDAY & figurine kartun 2 ekor. Keknya memang sedap. Kombinasi rasa kek & cream cheese yang heaven. *telan ailio*

Tasnim & Asu Ya (Maksu Julia)

 Budak yang puas hati dapat pakai party hat akhirnya. Orang lain pulun makan itu ini, dia sikit pun tak hairan. Kek tu pun dia excited nak potong je. Yang jalan masuk tekak dia air dengan marshmallow je. Bila aku beria suakan kek kat mulut dia, dia kata "Anim tak nak. Anim dah makan kek kat sekolah tadi."  Nak kata apa kalau memang dah selang sehari kawan-kawan dia sambut hari jadi kat sekolah, selang sehari bawa balik goodies. Huhu.

Muka kena paksa makan. Bila tak habis ada 'orang perbandaran' tolong licinkan.

Oh ye, 'orang berpantang' pun ada tapi dia low-profile. Hehe.

5 comments:

  1. wahhh beso kek dia ..kek rainbow kalerful ;-)

    ReplyDelete
  2. telan air liur lagi dan lagi huhu

    ReplyDelete
  3. Aneem, kalau senyum comel sgt2. Teringat lagi keletah dia. Mulut becok! :) Happy belated birthday! Semoga membesar menjadi anak solehah & membahagiakan keluarga :)

    ReplyDelete
  4. ada belen bawak gi kelas eh heheheheh...happy belated besday my tasnim....igt tasnim terngiang2 dia nyanyi lagu ibu...


    Ibu...
    Ibuuuuuu
    Engkaulah hantu hatiku

    heheheh tasnim...tasnim..

    ReplyDelete
  5. @Diana : sedang-sedang aje, kalo x silap saiz 8'. teringin nak merasa. nak tunggu sendiri buat, x dapek la..hehe.

    @anna : hihi, meh la jalan galeria PJH, kita pekena pavlova kat Padi House ;-)

    @Ayu : Becok tu maintain. Thanx for da wish, aminnnn.

    @Nat : haha..lagu ibu special edition. tp sori la nat, kek nya da selamat dihadam..hu

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)