09 May, 2012

Panas hati

Tadika si kinting adalah berdekatan dengan klinik kesihatan, food court dan deretan kedai. Sememangnya setiap pagi kawasan di situ adalah sibuk. Kenderaan berdedai-dedai di jalanan. Dan itulah jua jalan utama untuk ke tadika si kinting.



Aku gambarkan keadaan aku pagi semalam seperti imej di atas. Yang rounded-boxes tu adalah kereta, warna hitam adalah kereta aku, yang biru adalah kereta wanita comel, subjek (kot) cerita cik kak bloody business kali ni :P. Hah, van tu pun aku nak jadikan subjek juga. Masa aku sampai, kereta wanita comel adalah di depan. Ok fine. Kemudian, kereta coklat di belakang sampai. Masing-masing sibuk memimpin anak ke pintu taska. Elok aku patah balik ke kereta, si van putih dah elok terpacak kat situ. Okay, takpe aku tunggu sebab aku tengok pemandu van tu turunkan 2,3 orang budak. Tapi bila bebudak tu dah elok masuk sekolahnya, van tu masih takde tanda nak bergerak. Kemudian aku nampak wanita comel menghampiri keretanya. Ok takpe, bagi dia masa sebab dia tengah dukung anak kecil. Aku tengok dia buka pintu kereta macam ambil sesuatu kemudian dia kembali ke arah tadika. Berlenggang kangkung. Ok fine. Bersangka baik & menyabarkan diri. Kereta-kereta yang menunggu di belakang aku semua sudah mengundur, kecuali kereta coklat itu yang masih di situ. Masa tu aku pun sudah berkira-kira hendak mengundur sebab tak pasti berapa lama lagi aku nak stuck di situ. Tapi dengan keluasan kawasan yang terhad, tidaklah mudah untuk aku mengundur kerana memikirkan ia akan menganggu kenderaan yang ingin masuk. Sudahlah jalan besar pun dah sesak. Dalam pada aku berkira-kira hendak mengundur, kelihatan wanita comel itu kembali semula ke keretanya, masihlah dengan langkah lenggang kangkung & riak muka toya. Takpe, aku masih bertahan untuk tidak membuat muka. Kemudian, bila dia dah mula bergerak, dia bagi signal nak belok ke kanan. Hadoooii la..dengan jalan sesak macam tu, si wanita comel ada hati lagi nak menyelit belok ke kanan. Menongkah arus. Tahulah kamu cuti, ada own sweet time untuk hantar anak, untuk parkir lama-lama, untuk amik masa membelok melawan arus kereta. Bestnyer kan?! #tangandidadamatakeatas, pfttt! Masa ni aku dah tak boleh tahan nak buat muka, dah mengomel-ngomel dalam kereta. Lantaklah dia nampak.

Tak memasal pagi-pagi aku dah panas hati. Bukan aku tak boleh tunggu, boleh. Tapi  kamu-kamu ni tak reti fikir ke? Prihatin sikit boleh? Yang si pemandu van tu, mentang-mentang van dia besar bagak, mentang-mentanglah dia hantar bebudak ke sekolah, dia ingat jalan depan tadika tu jalan dia, boleh parkir situ lama-lama. Macam van dia satu je kenderaan yang hantar bebudak ke sekolah. Yang wanita comel tu pulak, mentang-mentanglah dia tak perlu kejarkan masa ke apa, kalau rasa nak berlengah-lengah, carilah parkir yang sesuai. Yang tak perlu buat orang termanggu-manggu, tertunggu-tunggukan kamu. Pergilah parkir kereta dekat area kereta coklat tu, lepak la situ sampai lebam. Takde siapa nak bising-bisingkan kamu. Menyusahkan orang tahu!

No comments:

Post a Comment

care to drop a comment? thanx! ;-)