31 May, 2012

Panggilan pulau

Sememangnya peluang dipanggil ke pulau peranginan semacam Tioman yang aku pergi pertengahan bulan tempoh hari sangatlah diidamkan. Bak orang mengantuk disorongkan bantal. Sangat teringin nak pergi sebab belum pernah dijejaki maka peluang yang ada tidak dilepaskan walaupun kesempatan datang atas urusan kerja. Makanya aku berpergian secara solo ajelah, meninggalkan 'orang berpantang' dan si kinting diuruskan keluarga. Solo-solo pun, trip tu disertai rakan-rakan sepejabat yang lain juga. Kami menaiki bas beramai-ramai ala-ala berombongan Cik Kiah lah kaedahnya.

Lebih kurang pukul 6.30 - 6.45 pagi tayar bergolek memulakan perjalanan. Itupun kalau ikut jadual, pukul 6 pagi semua orang dah patut berkumpul depan perhentian bas kawasan pejabat kami. Sekali yang lambat bukan kami, tetapi abang pemandu bas. Dia tersesat, bukan setakat sesat masa nak sampai, masa nak keluar dari Putrajaya pun sama. Konon nak cari jalan pintas ke Seremban, tapi hazab. Keluar Putrajaya, masuk Cyberjaya, keluar Cyberjaya, masuk Putrajaya balik. Huhu. Takpelah, dimaafkan. Aku bebaru kerja kat Putrajaya dulu pun sesat jugak, tapi lagi parah. 2 minggu pertama kalau tak waktu pergi, waktu balik kerja memutar-mutar la dalam Putrajaya, jenuh cari jalan yang benar. Kami singgah di Senawang untuk ambil ahli rombongan dari sana pula dan meneruskan perjalanan ke Jeti Tanjung Gemuk, Rompin. Disebabkan jiran sebelah aku khusyuk melelapkan mata sepanjang perjalanan, maka aku pun tidaklah rasa segan silu untuk berbuat perkara yang sama.  Kami tiba di Jeti Tanjung Gemuk lebih kurang jam 11.30 pagi.  Tiket feri telah dibeli siap-siap oleh pihak urusetia, cumanya kami semua dikenakan cas RM5 seorang oleh Jabatan Taman Laut Malaysia(JTLM) sebagai kos penyelenggaraan Pulau Tioman. Jangan tak tahu, Pulau Tioman adalah salah 1 daripada 9 pulau di bawah perlindungan JTLM. RM5 tu bayaran untuk orang dewasa, pesara & warga emas. Bagi penuntut dan murid sekolah, dikenakan separuh dari cas tersebut & percuma bagi kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Pengunjung akan diberikan tiket dan tiket ini sah laku dalam tempoh 3 hari dari tarikh ia digoreskan. Bukan gores dan menang eh. Perjalanan daripada Jeti Tanjung Gemuk ke Pulau Tioman mengambil masa lebih kurang 2 jam. Ferinya berpendingin hawa tapi kerusinya statik aje la. Kalau nak tidur pun, bila sandar kepala ke kerusi, confirm bergegar je rasa kepala otak, terus cerah biji mata. Pada yang hiperaktif tu pasti lah tak senang duduk. Lagi satu, baik waktu pergi atau balik, elok pastikan beg-beg kita dizip dengan sempurna, kalau boleh bawalah beg travel yang heavy-duty sebab pekerja-pekerja feri tu main campak-campak aje beg-beg yang ada. Silap hari bulan, bebarang dalam beg boleh terburai keciciran. Contohnya macam aku la, external hard disk yang aku sisip dalam beg sandang aku hilang, aku suspek cicir sebab aku selitkan external hard disk tu dekat poket depan beg sandang aku.Dah la beg tu buntal semacam aku sebab aku sumbatkan juga segala mak neka dalam tu, kononnyer tak mahu bawa beg banyak-banyak lah, tak mahu bawa beg besar-besar. Zipnya pula memang senang nak terbukak, al-maklumla beg sandang murahan je..huhu. Melopong lah aku dengan kehilangan 'nyawa' kerja & belajar aku. Terkilan rasanya sebab dah elok sampai Putrajaya baru aku perasan benda alah tu dah takde, semua kompilasi dokumen kerja dari tahun 2007 sampai sekarang, nota-nota belajar, assignments, past year questions, personal documents, koleksi resepi..gone already..wuwuwuwuwuwuwuwu....

Dalam kepiluan, aku tayangkan sekeping dua gambar pemandangan perjalanan dalam feri tempoh hari.

 Aku tak pasti pulau ni ada nama ke tak. Tapi air nan membiru itu memang mengamit hati ku nak cepat sampai.

Dah sampai! Tengah tunggu giliran nak keluar dari feri. Hoih, memang jadi tak menyabar nak 'bau' Pulau Tioman, nak sedut udara dia dalam-dalam. Udara pantai yang dirindui..eceh. Tapi takkan la nak tunjuk 'peghak' tolak-tolak penumpang lain semata-mata nak keluar cepat kan? Tatasusila mak orang yang anggun harus di jaga, puiiii. *matik lah kena keji :))*

Sebenarnya tak banyak gambar yang aku ambil sebagai simpanan peribadi. Leka sangat bergambar dengan kamera orang, pemalu nak snap sini, snap sana pun ada juga. Maka kamera picisan aku lebih berfungsi sebagai pekasam versi digital kaedahnya. Apapun, di sana kami menginap di Sun Beach Resort yang terletak di Kampung Genting.  

Picture from cuti.com.my
Kampung Genting adalah salah satu daripada kampung perhentian yang terdapat di Pulau Tioman. Yang aku dengar, Kampung Salang  lah yang paling dikenali. Orang kata dekat sana lagi meriah suasananya, pelancong pun ramai. Tapi kalau dah pelancong ramai, adegan berbikini bercelana kecik terdampar di gigian air pun banyaklah. Untuk mencari barang-barang bebas cukai, Kampung Tekek adalah destinasinya. Tapi masa kami singgah ke sana hari tu, takde yang menarik sangat. Bebudak Sun Beach Resort bawa kami ke sini lepas masing-masing penat bersnokerling, dengan muka berkilat, badan melekit, tudung kelepet, baju lembab-lembab berdedai-dedai masuk kedai bebas cukai. Ada tu, hulur duit basah-basah nak membayar dekat kaunter, sebab duit pun di bawak bersnokerling. Hihi. Yang menariknya kami boleh tengok kelawar besar-besar bergayut atas pokok. Bukan sikit, banyakkkkk. Boleh kata semua pokok-pokok yang besar & tinggi jadi tempat kelawar melepak.

Tempat penginapan kami dari kejauhan. Ada satu kawasan depan chalet ni telah dikhaskan untuk snokerling. Jadinya kalau gian sangat nak bersnorkeling atau nak bersnokerling dekat-dekat je, boleh on dekat sini.
Aku menginap dekat chalet bajet aje, jadilah kan janji ada tempat berteduh..chewah ayat bajet berwasathiah gitu (chalet tu maksimum untuk 4 orang), ada 2 biji katil queen, ada meja seketul, 2 biji kerusi nak bersantai depan anjung chalet, ada pemanas air. Kalau tetengahari mandi air paipnya, huii..heaven. Sejuk segar gitu rasanya.

Belakang tu la jeti untuk ambil dan turunkan penumpang. Dekat situ juga la, pengusaha resort dan penduduk tempatan memunggah barang-barang keperluan. Air kat sini jernih, makanya memang boleh nampak ikan bermacam spesis berenang-renang. Masa kami tunggu feri nak balik, sempat la masing-masing menjamu roti kepada ikan, bukan setakat roti kosong, roti krim, roti kismis even roti sardin pun ikan-ikan tu bedal.

I tell u so! Berebut-rebutan kau. Masa dekat Pulau Renggis lagi best. Sambil snokerling, sambil bagi roti, memang boleh rasa ikan-ikan tu mengigit cebisan roti yang kita pegang. Anyway, pemandangan dasar laut di Pulau Renggis memang Subhanallah cantik sangat. Itu pakkal aku tak reti berenang, bersnokerling aje pun dah tercunggap-cunggap, minum air masin pun dah bergelen-gelen tapi ada hati nak menyelam dalam air tenung terumbu karang & ikan lama-lama.

 Ini ikan-ikan di Marine Park. Besar-besar. Bawal power pon ada..hehe. Kat sini kita akan nampak la JTLM ada sediakan tukun-tukun tiruan/terumbu karang tiruan sebagai salah satu usaha memelihara eko-marin Pulau Tioman ni.

Setakat itu ajelah gambar-gambar yang dapat aku kongsikan. Seciput benor gegambarnya kan? Nasib lah ada dari takde. Dan pada pendapat aku, cenderamata yang dijual di sekitar Kampung Genting juga tidak lah mahal harganya. Boleh tawar menawar. Kedai-kedai makan pun banyak. Cumanya macam aku hari tu, beli aiskrim konon nak makan-makan sambil melepak tengok pantai dengan kengkawan, harga aiskrim yang sama adalah berbeza dari satu kedai dengan kedai yang lain. Bukan sepuluh sen dua, lima puluh sen kau. Kemain mencekik darah pulak aku rasa. Cis, terkena jugak.

 Hurm..hal keroje aku malas la nak cerita tapi walau beraktiviti bagai kami-kami dekat Tioman tu, hal kerja tetap diselesaikan juga sebab itu kan objektif utama. Yang pasti, aku akan jejakkan kaki lagi ke sini, mungkin di kampung-kampung yang lain pula.

4 comments:

  1. bestnya pantaiiiiiiiii!!!!

    ReplyDelete
  2. jom2 kita g... sewa resort ke? murah sikit kalu ramai2 ni....

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. @Lina : pantai-pantai ni memang best kan Inazz..tu la, ini kira trip pengubat rindu pantai TC & pantai Sepat kat Kuantan nun.

    @Mama Adam : sewa chalet, situ banyak jenis chalet. Kak long dah survey-survey, agak-agak bulan berapa nak pegi?

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)