01 June, 2012

Lelaki merenyam di alam siber. Diamkan? Abaikan? Bincang?

Aku pernah terbaca satu fakta dalam satu majalah yang aku dah lupa apa namanya. Fakta yang mengatakan golongan isteri tidak perlu emosi tentang kecenderungan suami flirting di alam siber kerana hanya segelintir sahaja yang bermaksud untuk berbuat lebih dari itu.

Aku pernah lihat ada si suami yang suka tambah kawan perempuan yang cantik-cantik, seksi-seksi sebanyak mungkin di laman sosial. Kalau boleh nak tambah yang muda-bergetah, stailo-mailo, aksi menggoda & sporting ajeee. Tak dapat tambah, dapat subscribe pun jadilah. Aku juga pernah lihat si suami yang suka like status atau gegambar perempuan-perempuan tadi. Kalau like status yang elok-elok takpe lah juga, ini like status berbunyi cenggini  "hurms..malam ni saya sunyi :( ", "saya sudah patah hati, adakah yang sudi mengganti?"..yada..yada..yada. Tak semena-mena jadi rakyat Malaysia yang prihatin ye. Tang gambar pun sama. Kalau dapat gambar yang tayang kegebuan badan, huii..bukan main mencanak naik rating like nya. Lepas tu komen dengan ayat-ayat pancing. Manis bersari gitu ayatnya. Macam terjelly-jelly gigi nak menyebutnya (ibarat lembut gigi dari lidah kaedahnya kau!) sebab automatik suami-suami tadi jadi gentleman tahap dewa. Kalau jenis yang gelojoh, ayat 'straight the point' pun ada. Itu tak termasuk part sapa-menyapa di ruangan sembang  atau private message pula. Soalnya, adakah  wanita menganggap sikap sebegini adalah normal kerana dah namanya pun lelaki, flirting for fun is not a big deal.  Iya ke?

Mungkinlah kat niat asal hanya nak bersuka-suka, nak buang masa, nak cuba-cuba tapi kalau ada kesempatan, ada peluang, tangan bertepuk sama-sama maka kemungkinan untuk pergi lebih jauh itu ada, kan? Waktu itu, banyak mana kucing yang hendak biarkan ikan elok terhidang di depan mata? Jadi, mana boleh beralasan flirting dan lelaki tidak boleh dipisahkan. Naik lemak la jejantan semua kan? Okay suami, mari kita selesaikan bersama sebilah pisau & chopping board secara harmoni dari hati ke hati.

Okay, katakan lah kalau kita tahu kawan suami kita ada orang lain. Kita pun fikir, kasihan isteri dia, suami main kayu tiga. Tapi kita diamkan sahaja dengan harapan lambat laun isteri itu akan tahu juga nanti. Sedangkan dalam kita diam-diamkan itu, kita tidak tahu suami sendiri pun dua kali lima juga. Bila isteri kawan suami kita tahu hal sebenar, tentang suami dia dan suami kita, dia pun buat perkara yang sama, diamkan dengan harapan kita tahu sendiri nanti. Bila tembelang telah pecah, adakah kita rasa dia sengaja merahsiakan itu semua demi membiarkan kita terus dipermainkan suami? Atau kita rasa dia buat itu semua demi memastikan rumahtangga kita tidak berkocak disebabkan oleh perkhabaran buruk yang disampaikan oleh dia? Pilihlah sendiri antara positive or negative judgementalism, mana satu yang kamu suka dianggap & menggangap kerana risikonya sendiri hadap juga nanti. Pada aku yang penting, kita sesama wanita perlu tambahkan empati di samping simpati sesama sendiri, bukan seronok diam-diam dalam hati bila kita rasa nasib kita lebih baik / paling pandai jaga suami.

No comments:

Post a Comment

care to drop a comment? thanx! ;-)