04 June, 2012

Sini ada hantu ibu

Mula-mula aku ingat nak tempek gambar simbol kawasan kemalangan, google punya google jumpa gambar perut terburai, kepala berkecai, darah bersimbahan...ades, berombak dada & menjolok tekak aku melihatnya.  Sebenarnya sajalah nak menyembang pasal si kinting, tengah teringat & rindukan dia padahal dia bukan kemana-mana pun, ada je dekat tadikanya tu. Mesti ibu-ibu sekalian pun macam aku kan? Mesti teringatkan anak bila anak tak di depan mata.

Al-kisahnya bulan lepas, aku terpaksa ke Bandar Salak Tinggi atas urusan duniawi..huhu. Maka aku angkut la En.F & si kinting bersama. Aku ingat nak ikut jalan baru, sekali En.F tunjukkan aku jalan lama. Aku memang cuak dengan keadaan jalan lama tu, dengan jalannya kecik, berkonar-konar, senak perut aku nak memandu. Si kinting pulak bila dia tengok jalan tu dalam hutan, senyap sunyi mula la dia bukak mulut, "Ibu ikut jalan mana ni? Kita dah sesat ke ibu? Habis la nanti lama-lama minyak kete habis, nanti keta ibu rosak. Lepas tu hari dah malam, hantu datang, macamana? Nanti gelap, Anim takutlah ibu." T__T Err..ok fine. Auta sungguh budak kecik tu padahal masa tu baru jam 3 petang kot nak oi. Aku pun terfikir, mana la anak aku dapat cerita macam tu. Dalam pada dok fikir-fikir tu, dia ternampak simbol tengkorak kawasan kemalangan tu, dia tanya aku lagi, "Ibu, sini ada hantu ke ibu?" T__T

Maka aku terangkan pasal simbol tu supaya anak aku tak terus-terusan mempercayai ilmu salah. Dan barulah aku teringat yang anak aku dapat cerita tadi hasil tontonan filem Karak. Yang adegan awal-awal tu, kisah sepasang suami isteri terkandas tetengah jalan kat Lebuh Karak waktu tengah malam sebab kereta dorang rosak, kemudian si suami keluar cari pertolongan, alih-alih si suami kena 'makan' dek hantu. Si isteri yang di tinggalkan dalam kereta pulak rasa tak sedap hati, rasa macam ada sesuatu sebab anak dia tak henti-henti menangis. Kemudian, ada kereta polis yang meronda kawasan tu datang selamatkan dia, anggota polis tu dah ingatkan wanita tu jangan tengok atas, tapi wanita tu tetaplah nak tengok juga maka ketakutanlah dia lalu fengsan (kot) di situ melihatkan objek yang bergentayangan di atas bumbung keretanya. Inilah versi paling diceritakan tentang hantu jalan Karak yang aku pernah dengar. Sampai ke anak aku cerita tu disampaikan cuma bezanya dia tahu dari tv. Macam mana dia boleh join tengok pun aku tak pasti. Aku bajet time tu dia dah tidur. Al-maklumlah, semenjak dua menjak ni kami anak-beranak tidur dekat ruang tamu maka kekadang tak kami tengok tv, tv yang tengok kami. Tapi itulah, cerita si kinting sungguhlah berlandaskan pengaruh tv. Jenuh aku nak terangkan cerita dalam tv tu rekaan aje.

Ok, cerita lain. Kan dekat astro selalu ada iklan pasal pencarian Kilauan Emas ke apa tu yang ada pakcik berlatih nak masuk audition nyanyi lagu Cik Mek Molek. Si kinting kemain gemar dengan lagu tu. Tapi yang tak menahannya, dia sebut, "Senyumlah, senyumlah ahai cekik molek." Diulang-ulangnya banyak kali. Bila aku betulkan sebutan dia, kemain dia menjawab, "Anim tau la Anim pelat". Hish, budak kecik ni mau bergaduh aje keje kami ni kalau ditegur selalu. Ooook lah nak, pelan-pelan kayuh la ye. Lagi satu, semalam aku minta dia tulis A,B,C sampai Z..dia pun tulis tapi tak semua. Bila aku tanya T mana? I mana? R..S? Bla..bla..bla.. Bila aku suruh dia tulis semula, senang je dia cakap, "Anim tak mampu lakukannya ibu". Maka berkatalah aku kepada dia, "Anim mampu, percayalah." Ye, dialog berciri pementasan drama sekolah telah terjadi di situ. Layankan ajelah.

No comments:

Post a Comment

care to drop a comment? thanx! ;-)