09 November, 2012

Misi diakhiri..!

2 minggu lepas Makcik Juli & Pakcik Harun telah menyedari bahawasanya terdapat 'Cik Menti' enak-enak menginap di dalam sofa rumah aku. Kemain elok dia buat lubang di bahagian bawah sofa tu untuk bersarang. Memang tak sangka lah dia nak berumah dekat situ sebab selama ni jarang sangat aku terserempak dengan 'Cik Menti'. Lagipun aku pernah letak racun tikus dekat luar rumah makanya ingat dah takde yang hidup lagi. Rupanya yang seekor ini bukan main berani. Siap boleh ke hulu ke hilir mencicit depan kami.

Makanya Pakcik Harun & Makcik Juli membelikan racun tikus sebagai langkah membasmi.  Racunnya diletak di kawasan persiaran tikus (sudut dapur dan bahagian belakang rumah) dengan harapan kojol lah si tikus itu nanti. Malangnya, misi ini gagal. Lubang di bawah sofa semakin besar.

Maka diletakkan pula racun tikus itu di dalam bahagian bawah sofa, dengan harapan yang sama. Tapi waktu itu aku harap janganlah 'Cik Menti' hembuskan nafas terakhir bawah sofa, nanti hazabedah nak menguruskan bangkai tikus & membersihkan sofa supaya bersih & bebas kuman. Tetapi, sekali lagi, misi membasmi tetaplah gagal. Pandai kau ye 'Cik Menti', tak layan bongkah macam kapur warna biru. Nak layan buah mangga, lauk kari atau ikan pari masak asam pedas aje ye. Cess. Tak memadan kan?  Pantang ada lauk pauk dalam periuk atas dapur, walaupun bertutup, keesokkan pagi mesti ada isi lauk yang terjelepuk di lantai, hasil kerjaan 'Cik Menti'. Terus teringat watak tikus dalam animasi Ratatouille. Hanya comel sebagai watak animasi tetapi tingkah laku sebegitu di alam realiti tidak boleh dibiarkan.

Jadi, ikhtiar seterusnya adalah memasang perangkap jerangkap samar. Tukang siapkan perangkap adalah En.F. Dia beli perangkap bersama sotong kering kerana menurut tauke kedai tempat beli perangkap tikus tu, tikus suka makan sotong kering. Potong sotong kering kecil-kecil & bakar supaya bau sotong tersebut tersebar & menggoda nafsu si tikus. Kemudian sangkutkan pada perangkap.  Oh ye, sotong kering yang dimaksudkan adalah seperti di bawah;

 
Bukan sotong kering bergula seperti ini ye;

Tapi En.F ada beli juga, katanya dia ingat sotong kering yang ini *facepalm* Kalau yang ini daripada dibagi pada 'Cik Menti' baik kita yang 'CEKIK'. *dengan nada suara ala Aziz Zatar dalam Filem Bujang Lapuk*

Akhirnya, usaha di atas membuahkan hasil. 
Sepandai-pandai engkau 'Cik Menti', akhirnya masuk perangkap jua.

Seterusnya adalah misi pelupusan. Yelah, takkan nak bagi 'Cik Menti' ni lepas bebas pulak kan? Huhu. Maka aku bertanya pada En.F, macam mana nak bagi tikus ni mati. Dia jawab nak jirus dengan air panas je. Huii, gila Zionis. Aku cadangkan En.F bagi lagi sotong kering bakar pada 'Cik Menti' tapi bersama racun. Biar dia bersemadi dengan aman.

Lepas ini,  kena operasikan sofa pula, tutup lubang. Haih.

No comments:

Post a Comment

care to drop a comment? thanx! ;-)