12 December, 2012

Bila tiada cerita

Sejak akhir-akhir ini, aku takde idea nak update blog. Bukan sekali, bukan dua kali, tapi dah berkali-kali aku klik ikon entri baru, tulis tajuk, taip sepatah dua kata kemudian padam. Lagi sedap melahu ke blog orang, cuci-cuci mata, baca itu ini & gelak geli hati. Terus ralit. Kemudian, melayan gegambar di Instagram. Seperti ketagihan, mungkin sebab minat jadi aku suka tengok gegambar yang difotokan igers sekalian alam. Tak kurang juga tengok gegambar artis..ahaks. Btw, benda yang susah orang hendak bosan adalah perihal makan. Maka ini aku kongsikan gambar makanan HMI; hidangan minggu ini..jemput tengok :-)

Seafood dimsums; segera & kek cawan dari Bisou.
Dalam gambar letak 3 ketul aje dimsumnya, padahal aku makan 6 ketul kot. 
Hihi..sedaplah hoi.

Croissant bersama salmon salai berlada hitam. Menu makan tengahari hari Sabtu lepas.
Dasar malas masak, buat yang ringkas-ringkas aje janji kenyang.

Ikan celup tepung; enak diratah panas-panas di hari hujan. 
Selera pantai timur gituh. Na..na..na..na...ganu kiterrrrr. Tetibe sangat khenn.

Gandingan mantap budu & seulas durian. Dikawankan dengan ulam-ulaman. Diperkenalkan oleh kawan seperantauan waktu aku kerja kat Pekan dulu. Sorang orang Kelantan, sorang orang Besut. Sesekali dapat, pergh layannn. Lagi ngam kalau ada pucuk putat. Demo loni tok supo mulo...eh, dan-dan.

Pais ikan tenggiri. Buat pedas-pedas, cukup masin, masam dan manisnya, memang sedap dimakan dengan nasi panas-panas. Diratah pun syahdu. Aku guna resepi dari Mat Gebu.

Habis cerita tentang makan. Eh?! Takde ceritalah sangat kan?

2 comments:

  1. i love dimsum..tp payah nak jumpa yg halal...

    ReplyDelete
  2. @Amanda Suria : sekarang banyak juga frozen dim sum yang diperakui halal oleh JAKIM. saya beli yang ready made aje tu, tinggal nak kukus aje. Sedap.

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)