29 January, 2012

C for Cake, C for Compiler

Sambil-sambil baca nota Compiler, aku layan FB, tengok berita ( bajet multi-taskinglah kan, sebenarnya aku tak mampu memfokuskan diri untuk study even final exam tinggal 2 hari je lagi..sudah lah 1st paper adalah antara subjek yang terpaling susah untuk jurusan aku - sebab setiap kali ada kelas pensyarah aku akan ingatkan kami tentang kepentingan memahami konsep teknik pemprosesan bahasa, betapa subjek ini adalah intipati jatidiri kepada dunia sains komputer yang sebenar-benarnya maka jangan bermain-main dengannya, bukan calang-calang pelajar boleh skor A tahu?! ) Erks, sekarang pesanan pensyarah aku tetiba buat aku cuak pula *gulps*. Ok, sebenarnya aku nak cerita yang sambil-sambil itu, aku juga melayan Tasnim siapkan kerja sekolahnya. Sepatutnya kerja sekolah tersebut perlu dibuat waktu cuti Tahun Baru Cina yang lepas, tapi sebab aku lepaskan si kinting ikut nenek & atuknya balik kampung, maka tak bersentuhlah kerja sekolah yang ada. Aku sengaja tak masukkan buku latihan tu dalam beg sebab nak bagi si kinting siapkan dulu..mujur cikgu dia tak tanya..huhu.

Aku ajar dia, C for cake. Ok, bagus dia ikut. Kemudian kami buat latihan. Selesai. Aku ajar dia D for dress pula. Dia cakap, D for baju T_T Ok, kami ulang. D for dress, si kinting jawab, "Des." Hurm, bolehlah nak, janji ada bunyi. Dan kami buat latihan lagi. Kemudian aku biarkan dia warna gegambar dalam buku sendirian. Tak lama lepas tu dia bersuara, "Ibu, dah isap!!" Confident sebutannya..dan secara automatik, aku berhamburan ketawa.

Oklah, AJL dah nak mula. Aku nak cuba sambung belajar Compiler (belajar la sangat) sambil layan AJL pula.*Confirm kelaut la kesudahannya..tsk..tsk..tsk*

26 January, 2012

Mohon perlindungan dari-Nya

 
*sila klik untuk kualiti bacaan yang lebih jelas*
Aku dapat info di atas dari FB yang dipanjang-panjangkan dari kawan sepejabat. Giler serabut perut aku baca notis tu. Cuak sedia ada makin bertambah-tambah. Masih terbayang-bayang kisah pecah rumah si personaliti TV, Wardina 2,3 minggu lepas. Kes yang ini pula terjadi hampir dengan kawasan kediaman aku. Siap bertikam, berkelar bagai. Nyeri & ngeri *Gulps*  Menurut sumber dari rakan-rakan yang berkongsi cerita ini, kejadian berlaku sewaktu mangsa sedang tidur berseorangan di dalam rumah manakala isteri mangsa telah keluar membawa anak ke klinik. Si isteri pula hanya mengunci grill pintu dan membiarkan pintu rumah tidak berkunci. Haih. Macam mana si perompak boleh 'aim' rumah diaorang tu, aku tak pasti since katanya rumah mangsa terletak di tingkat 2. Haih lagi.
Sebagai penduduk Putrajaya, aku rasa keselamatan aku terancam. Banyak kes pecah rumah/kecurian yang aku dah dengar. Sudahlah zaman sekarang ni, si penjenayah semua bukan calang-calang. Nyawa orang ramai itu mereka buat macam milik sendiri. Yang kita ini, perlu tingkatkan waspada sedia ada. Pastikan rumah berkunci rapi. Pastikan nombor telefon polis ada dalam simpanan. Bukan setakat polis, mana-mana talian hayat (jiran-jiran, ahli rukun tetangaa atau kawan-kawan yang tinggal berdekatan), sila simpan supaya senang untuk kita hubungi di masa kecemasan. Selain itu, mari kita banyak-banyak berdoa semoga kejadian sebegini dijauhkan daripada kita sefamili.

Doa pelindung diri

بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِيْ الأَرْضِ وَلاَ فِيْ السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

Maksudnya : Dengan Nama Allah yang dengan namaNya tidak akan memberi mudharat apa pun yang ada di bumi dan di langit dan Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Riwayat Tirmidzi & Abu Daud)

Dalam Sunan at-Tirmidzi dikatakan: "Sesiapa yang pada waktu pagi dan petang membaca doa ini sebanyak tiga kali, maka ia tidak akan ditimpa keburukan pada hari itu.

Credit to : Cahaya Mukmin untuk petikan doa di atas.

22 January, 2012

Berinai kecil

Masa aku bebudak dulu, aku adalah budak yang kemaruk berinai. Pantang balik kampung, pantang kenduri kawen sedara-mara, aku laj budak penyibuk yang mengembangkan jari jemari minta diinaikan. Pernah jugak sampai masam muka merajuk-rajuk gara-gara orang tak kuasa inaikan aku. Biasalah, emo budak mentah. Huhu.

Dan sekarang, si kinting pula yang kemaruk. Dasar kemana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi gitu. Dia minta adik aku pakaikan dia inai. Penuh kedua belah tangan. Konon nak pakai kat kaki juga. Kemain kan?

 Sudahnya, "Anim nak pakai inai kat tangan saja. Takmo pakai kat kaki, nanti susah nak jalan." Itulah dialog budak dah rimas. Maka, seperti gambar di atas lah hasilnya. Heh, kemain kamu mentayang kat ibu ye.

17 January, 2012

Erti hidup

Ada seorang wanita dalam lingkungan umur 40-an (pada pandangan aku lah) datang menghampiri aku sewaktu aku sedang beratur di ATM, di dalam Warta, Bangi beberapa minggu yang lepas. Berbaju kurung berwarna kelam kelabu tanah, berkulit sawo matang dengan uban yang galak menumbuh di rambut, dia bertanya, " Kak, akak nak pakai pembantu rumah tak?" Suaranya sayu, riak mukanya duka & mukanya ditundukkan. Aku memandang dia dengan perasan bercampur baur. Aku cuba menatap wajahnya tetapi dia tidak sekalipun memandang aku. Pandangan matanya dialih ke lain sambil bercerita kesusahan hidupnya - dalam dompet suami hanya ada RM 6, barang-barang sekolah anak tidak terbeli, stokin tidak berganti, kasut sekolah takde. Kebetulan dalam masa yang lama, seorang budak lelaki yang elok rupa paras, sihat tubuh badan datang menghampiri wanita itu sambil menarik-narik tangan wanita itu, ibunya. Disebabkan wanita itu masih cuba meminta simpati dari aku, si anak tidak berlama-lama & berlalu, entah ke mana. Aku membalas, "Maaf kak, saya tak pakai pembantu rumah. Saya tak perlu pembantu rumah." Wanita itu membalas, "Kasihankanlah saya, saya perlukan duit, saya runsing barang-barang sekolah anak tak berbeli lagi, anak saya nak pergi sekolah." Aku cuba meminta wanita tersebut bertanya kepada orang lain, mungkin nasibnya baik. Mungkin ada yang sudi menerima khidmatnya sebagai pembantu rumah, tetapi dia tetap berdiri di sebelah aku sambil merayu-rayu; aku menjadi serba salah. Di dalam kepala & hati berkira-kira sebenar & sejujur mana niatnya. Kalau benar dia memang betul-betul mencari kerja, tidaklah semudah itu untuk aku atau orang lain juga menerima tanpa usul periksa. Dalam pada aku cuba menelaah lanjut situasi wanita itu, aku menoleh kepada kakak penjual jamu dari gerai berhampiran yang rupanya asyik memerhatikan kami dari tadi. Dia menggeleng-gelengkan kepala. Aku seolah faham dengan signal itu. Wanita itu masih berdiri di sebelah aku. Motifnya? Aku rasa dia mengharapkan huluran ikhlas tanda simpati (atau tertipu?) dari aku. Kakak jamu menggeleng-geleng lagi. Dan tiba-tiba si budak lelaki tadi datang dan berbisik kepada si ibu dan mereka terus berlalu. Dan aku kelegaan. Akhirnya mereka pergi. Bukan lah tidak simpati, tetapi sebagai manusia yang hidup di dalam suasana yang penuh hipokrasi, aku jadi prejudis. Tetapi situasi itu juga buat aku insaf (sekejap? :P). Kalau aku di tempat wanita itu bagaimana? Aku akan merasai apa yang dia rasa. Aku akan menjadi seperti dia menerjakan diri memohon simpati manusia. Beginilah duniawi. Tidak semua bernasib baik, akan tetapi semua pun boleh mengubah nasib sendiri menjadi baik. Semoga wanita itu dimurahkan rezeki dari-Nya supaya dia tidak perlu melakukan apa yang telah/sedang dia lakukan itu walau apapun niatnya.

10 January, 2012

Fruit punch, anyone?

Fruit punch yang dimaksudkan. Lebih enak jika air mixed-fruit dicampur dengan air longan/laici. Rasanya akan lebih bersari :-)

Petola tumis ayer. Bukan malas, tapi sukakan rasanya begini.

Lala masak halia. Enak diratah begitu sahaja ;-)

Udang masak gulai lemak cili api & nenas. Oh well, gandingan nenas itu lebih 'kick' dengan ikan masin kaedahnya.

Instant potato wedges. Cheese powder didapati dari kedai barangan kek Yummie, Bangi. Sudah ulang buat berkali-kali tetapi permintaan tekak masih tinggi. Dem, rosak diet ahkak youuu.