29 February, 2012

Iklan gratis I : Wajah kanvas solekan

Ini adalah sticky entry, sila skroll ke bawah untuk entry terbaru. Terima kasiihhhhhh.

Khusus kepada mereka-meraka di kawasan Lenggong, Kuala Kangsar, Ipoh & Taiping  dan kawasan sekitar yang sedang mencari jurumekap, ELLA MEKAP sedang mengadakan promosi bagi solekan pengantin/pertunangan dari harga RM 180 - RM 350 (cas dikenakan mengikut kawasan). Bagi mereka yang tinggal di sekitar KL juga boleh mendapatkan perkhidmatan beliau.

INTRO ELLA MEKAP
Anak didik Salima MUA
Menawarkan perkhidmatan solekan wajah bagi majlis pertunangan / perkahwinan / majlis makan malam dan lain-lain.
Menggunakan alat solek berjenama MAC & Kryolan

Hasil sentuhan ELLA MEKAP untuk majlis pertunangan Cik Alya.


 Ini ler Pn. Ella nya ;-)
Btw, bunga tangan Alya; 3 ton warna dip hydregea adalah hasil kerja tangan TINIQDIP.

Jika berminat, boleh hubungi ELLA MEKAP di  013-5212913 atau ellamekap@gmaildotcom.

Iklan gratis II : Manik-manik penambah seri

Ini adalah sticky entry, sila skroll ke bawah untuk entry terbaru. Terima kasiihhhhhh.
Jahitan manik & labuci untuk baju bertandang adik aku. Adik aku request yang simple & sweet je.

Crumble bracelet untuk kurung moden dwi ton aku.

Apapun, hasil kerja di atas bukanlah hasil kerastangan aku ye. Tutorial asas jahitan manik pun aku tak khatam lagi ni. Anyway, ini adalah antara hasil kerja tangan kawan aku, Farah namanya. Kalau nak di ikutkan dah macam-macam design manik yang dia jahit. Yang berjurai-jurai, yang meleret-leret, yang nampak cute & sweet, pendek kata semuanya boleh lah. Sekarang beliau tengah gila buat jahitan manik 3D, macam kat bawah ni.




Aku paling suka design 3D bunga dari gambar atas sekali, yang warna purple tu, apa kebenda ntah namanya. Farah pernah jahitkan untuk baju kurung kosong makcik aku. Gambar yang bawah sekali warna ton hijau tua & muda tu kelopak daun 3D atau ruffles ye, jangan korang ingat tu daun pokok lidah jin pulak, akeke.
Kepada sesiapa yang berminat dengan jahitan manik si Farah ini, silalah kontek empunya diri di talian 012-6674684 atau add beliau di FB, Farah Nazlin.

28 February, 2012

Cerita-cerita sengal dolu-dolu II

Cerita-cerita sengal dolu-dolu part I --> klik sini

Kali ini adalah koleksi cerita sengal zaman aku bercintan-cintun dedulu.

Cerita I
Aku rasa ini kisah yang terpaling sengal. Rasanyalah. Kalau dikenang-kenang rasa macam "Eii, sungguh tak ingin hendak dikenang. Mengots!" Haha. Al-kisahnya aku hendak memutuskan ikatan percintaan, *puii..percintaan lah sangat kan, padahal baru 19 tahun, tergedik-gedik mencuba cinta. Cintakah itu? Sangatlah bukan. Cintaik mungkin.* Justifikasi pemutusan? Si mamat itu saiko, gaduh sikit hantuk-hantuk kepala, bila dah benjol, aku jugalah tukang tuamnya. Kalau tak menghantuk atau berdrama untuk cederakan diri, dia akan baling/buang semua benda sampaikan telefon bimbit pemberian ayah dia pun jadi mangsa. Susah-susah bapak engkau belikan untuk engkau, senang-senang je engkau nak membuang ye. Dek kerana menyampah dengan perangai mengada dia, aku tong-sampahkan gelang silver pemberian aku untuk dia yang dia acah-acah baling depan kolam dekat taman Suria KLCC. Ambik kau. Tapi itulah, bila hati dah hangat, bergaduh dekat situ pun jadi.  Hurms..ada lagilah perangai saiko yang bukan setakat membuatkan aku, hatta kawan-kawan aku pun turut cuak dengan mamat ni. Liat sangat dia nak 'rela & redha'kan aku pergi. Bila dah jenuh melayan dia ber'amuk'an baling-baling barang depan kolam tu, aku masuk ke KFC. Order makan untuk aku sorang aje. Tak kuasa hendak orderkan untuk dia. Dalam hati keras berkata, "Kau tak boleh pau aku lagi!!". Dia pulak buat-buat tidak tahu bahasa, mengekor aku sana sini. Elok aku duduk & suap ayam, sambil tak menghiraukan dia yang duduk berdepan dengan aku, aku dikejutkan dengan tindakan drastik dari dia. Amarah aku mengunung dengan tak semena-mena. Dengan muka yang comot-momot disapukan sos cili Life, aku berlari keluar dari KFC. Ya, dia calit sos cili kat muka aku!  Hebatkan dia? Gila bernas idea main calit-calit sos cili macam tu. Nasib baik tak terkena mata. Nasib baik botol sos cili tu aku tak buat pelangkung dahi jendul dia. Nasib baik kesedihan dan kejatuhan air muka aku diperlakukan begitu lebih terasa berbanding perasaan ingin membalas serangan. Cepat-cepat aku cari toilet, cuci muka bersih-bersih. Keluar dari toilet, aku cari public phone, nak call mak aku mengadu kononnya. *Alololo* Mamat tu masih ikut aku. Macam cilabi. Dalam hati aku dah berguni-guni makian untuk dia. Tahu pulak dia cuak bila aku bercakap dengan ayah aku *nak cakap dengan mak aku tapi masa tu mana ntah Makcik Juli ni pergi*. Aku tunggu bas untuk balik pun dia masih ikut. Masih hendak aku lupakan hasrat untuk putus. Waddahel! No way!!  Dengan tekad & azam yang tinggi, akhirnya kami putus juga setelah aku melalui beberapa lagi kejadian yang sangat annoying. Even sekarang dia hendak add aku dalam FB pun aku tak sudi. I can forgive but never forget *pis*.

Cerita II
Encik boyfie (read : ex-bf) yang ini baru tukar kereta. Dia sangat murah hati membenarkan aku memandu kereta dia walaupun pada mulanya aku enggan sangat-sangat sebab aku tak biasa bawa kereta lain selain dari semut hitam aku. Tapi setelah dipujuk-pujuk, aku mengalah dan memandu. Mula-mula aje rasa takut, kemudiannya rasa enjoy pula, sedap aje tekan minyak & clutch. Smooth & silky gituh.Al-maklumlah, kereta baru kan. Tengah sedap-sedap memandu melalui sebuah selekoh yang agak tajam dengan kelajuan yang agak tak berpatutan, kereta si encik boyfie berpapasan dengan sebuah lori dari arah bertentangan. Dan selamatlah bahagian sisi pemandu kereta encik boyfie disagat ekor lori hingga mengorbankan cermin sisi & pintu. Gamaknya tatkala itu, tersagat jugaklah hati si boyfie. Kami berhenti. Pemandu lori pun berhenti. Muka aku sudah pucat tidak berdarah. Berasa kesal tak sudah-sudah. Orang sekitar sudah mula menghampiri tempat kejadian. Dan kebanyakkan dari mereka sangat bermulut puaka. "Huii, teruk nih. Habis la awok, kena cerai talak 3 la pas ni.", " Isk..isk..isk..mesti boypreng awok mintok putus la lepas ni.", "Mengamok la kekasih dia, makwe bagi jahanam kete dia,naya..naya." Siap pemandu lori tu pun gelak-gelakkan aku. Pfftttt. Bukannya dioarang nak tanya keadaan kami ok ke tak, atau tolong apa-apa yang patut. Mujurlah encik boyfie berjaya kaw tim dengan pemandu lori, bayar gantirugi secara tunai sebab lori tersebut hanya mengalami kecacatan minimal. Hanya lampu belakang yang pecah. Alhamdulillah selesai. Alhamdulillah juga encik boyfie tidak marah, tidak juga mintak gantirugi. Tapi kalau dalam hati, dia maki-maki..aku redha saja.

Cerita III
Dia kantoi (lagi). Hati dia tiba-tiba berubah. Dia baru sedar, i'm not his cup of tea. Dia rasa aku tak cukup bagus, tak cukup cantik, tak cukup stailo, tak cukup komersial untuk dia. Dia sudah jumpa seseorang. Dia mahu batalkan perkahwinan kami tetapi dia tak cakap terus-terang, aku yang menemukan jawapan itu sendiri. Kami putus, dengan erti kata yang lebih tepat, dia yang memutuskan thru YM. Ok fine. Aku terima. Aku khabarkan pada Pakcik Harun & Makcik Juli. Meroyan sekejap orang tua aku. Tinggal 3 minggu saja lagi majlisnya. Biasalah orang tua, mahu sesuatu yang dimulai dengan beradat, di akhiri dengan beradat juga. Dia tuntut cincin yang 2 bentuk tu, satu cincin risik & satu cincin tunang. Cincin yang pernah kemek aku baling sebab dia kantoi bermesraan secara pesanan ringkas dengan seseorang. Dia kata, "Okay, nanti i datang dengan gf i amik cincin tu". Silakanlah. Walau aku di Kuantan, engkau jumpalah dengan orang tua aku. Rupanya nan hado. Sampai ke sudah tak datang-datang. Sabar jelah. Dan sekarang dia pun sudah bahagia, dengan his cup of tea tetapi bukanlah dengan gf yang dia bangga-banggakan sangat bagus, cantik,  stailo & komersial itu. Tak kisahlah, janji bahagia, good for you.

27 February, 2012

Chickenpox | Serba biru | Ayam ber'buttermilk'

Sisa-sisa chickenpox. Penyakit yang sangat klasik buat kanak-kanak bukan?  Dulu-dulu istilah yang lebih glamer pada aku tentang jangkitan ini adalah cengkering atau cacar air. Memang hazab lah kalau dah terkena. Demam kuat-kuat, pening macam mahu tercabut kepala, paru-paru rasa sempit, badan berbisa-bisa, gatal sana sini, makan tak lalu, badan menggerutu..memang derita habislah waktu tu. 2 minggu lamanya keadaan aku begitu. Tapi itu aku. Si kinting pula telah menghidapinya selama 6 hari sehingga hari ini. Mujur juga dia tidak demam-demam atau gatal-gatal badan sehingga tidak membetahkan hidup. Mungkin bekalan ubat dari klinik sangat berkesan.  Makanya si kinting ; masih boleh tidur dengan lena, masih boleh makan & minum susu dengan berselera serta masih mampu bermain (dalam erti kata lain menunggang-balikkan basikal, membaca + mewarna + memunggah buku-buku, mengasah pensel warna merata-rata dan menikmati saluran 613 sambil menyanyi, menari & mengajuk percakapan kartun-kartun yang ada). Macam bukan orang sakit, syukurlah kan.

Sekelas menegur kami bertiga. Ada yang kata macam kumpulan nasyid. *nasyid la sangattt ye* Ada yang kata macam boria *tunggu kami pakai kain selempang & tarbus berjambul ye* Ada juga yang kata macam penanggah kenduri. Haha. Apa-apa jelah. Memang sudah semacam 'trademark' begini, sedondon setiap kali ada presentation, terutamanya sewaktu presentation secara besar-besaran. Selalunya semua akan sedondon, termasuklah ahli kumpulan lelaki. Tapi kali ini tak sempat hendak pakat-pakat sama si bujang tunggal itu. At least, sebelum ini dia dah merasa dipanggil geng gagak hitam, mujur kami tak pakai stokin jaring-jaring aje time tu..hihi. Alhamdulillah, presentation kami berjalan dengan lancar. Mendapat feedback yang baik dan membina dari penyelia juga pemeriksa. Maka secara rasminya, berakhirlah sudah semester pertama, tahun kedua sesi 2011/2012. Sangat-sangat lega walau untuk merealisasikan projek berkumpulan ini mengundang pelbagai rasa dan emosi. Juga sedikit sebanyak harus menjerih-perih. Eh, bukan harus tapi wajib. Adatlah menimba ilmu kan?


Hidangan makan malam hari ini. Buttermilk roast chicken bersama sos buatan sendiri ala Thai. Dimakan bersama baki garlic bread & onion rings Domino's. Layannnn. Plus senang hati sebab berjaya untuk tidak membuat sebarang pembaziran. Huhu. Anyway, nanti-nanti aku kongsikan resepinya yek.

20 February, 2012

Tutorial : Cara short cut buat header blog

Kepada mereka-mereka yang takde software Photoshop (aku la tu, malas nak download) , rasa leceh pakai Photoshop (aku jugak, sebab dah lama sangat meninggalkan alam mengeshop photoshop) atau kurang mahir pakai Photoshop (dah lama tak guna, jadi dah tak mahir lah kan, macam aku kah? huhu), meh kita buat header cara short cut menggunakan sumber-sumber alami yang lain di dunia siber ini. Khusus juga buat newbies blogger di luar sana (sebab tu aku akan cuba terangkan sedetail boleh, so kepada yang macam dah hustler pakai Photoscape tu, korang pejam mata ajelah ye).

1. Dapatkan background image yang dikehendaki (Google Image amat membantu..heheh). Kita boleh pilih warna background image yang sama dengan warna main background jika suka.  Ini untuk mendapatkan impak header dan latar belakang blog yang seia sekata sewarna. Mana satu main background? Main background adalah ruangan di tengah-tengah blog yang menempatkan entry post, labels, about me & apa ke mak nenek semua tu. Clue : Template designer > Advanced > Background > Main background.


Kalau korang hendak muatkan gambar menarik kat blog header korang, google la. Sesetengah site/blog ada share for free gegambar (cute animated, cartoon, doodles etc) so bolehlah dapatkannya. Contohnya macam blog Cik Nur Syalillah kita ni, dia sangat murah hati sharekan beberapa doodles comel yang dia buat untuk semua. Tutorial untuk buat doodles pun dia kongsikan juga. Sungguh berciri sharing is caring is loving kan? TQ 33X. Semoga Allah murahkan rezeki kamu ye Cik Nur Syalillah ;-)

2. Tentukan saiz header yang diingini. Macamana? Dalam Blogger (bagi yang menggunakan old Blogger interface), pergi ke Design > Template Designer > Adjust Widths > Entire blog. Dari sini kita boleh tahu saiz main background blog kita, let say 950 px.
Untuk New Blogger Template : Ikon Doc > Template > Live on blog : Customize > Adjust widths > Entire blog.

3. Menggunakan Photoscape - ini adalah free photo editing software, sila download untuk meneruskan kerja-kerja di atas, hehe. Okay, sambung. Menggunakan Photoscape, klik Editor dan buka background image yang telah didownload/save. Klik butang Resize pada ruangan Editing Tools di bahagian bawah. Pilih saiz yang besar sedikit daripada saiz kelebaran (width) main background. Kemudian klik tab Crop > sebaiknya pilih opsyen Crop freely. Kemudian croplah kecil sedikit dari saiz main backgroundnya.

Kalau nak crop terus dari sebesar-besar saiz background tu boleh juga. Aku resize dulu sebab nanti senang sikit nak estimate size yang dikehendaki bila nak crop tu.

4. Kemudian klik tab Object > Pilih ikon gambar > Pilih gambar yang korang dah download/save tadi. Since dalam Photoscape xde tools cecanggih macam Photoshop, maka adalah afdal gambar yang dipilih mempunyai warna background yang sama seperti background image yang kita pilih (untuk plain background ye) bagi mendapatkan efek seia sekata sewarna seperti yang telah aku sebutkan sebelum ini. *ayat skema, puii*

Adjustlah gambar tersebut sesuka hati korang.

5. Kemudian masukkan text atau rich text. Pada tab Object, klik ikon T (untuk text) atau T berbayang (untuk Rich text) kemudian taiplah apa yang patut. Takkan la korang nak letak apa-apa yang tak patut as korang punya header pulak kan? Huhu. Kalau rasa koleksi text font yang ada kurang menarik hati, sila-silalah google & download & install font pattern pilihan hati. Korang boleh touch-up/adjust text tersebut menggunakan warna, saiz font, outline & shadow ikut suka hati korang sendiri.



6. Lepas tu, add la pape graphic yang ada kat ikon gambar tu, xpon boleh cuba letak Speech balloon. Ikonnya berjiran aje ngan ikon gambar tu. Kalau nak letak text pon boleh, xmo pon boleh kat dalam speech balloon tu. Pepandai la korang adjust color & opacitynyer ye. Clue : Opacity - darjah kelegapan.


7. Agak-agak dah puas hati tu, sila la save header yang telah dibuat  (format *.jpeg / *.png). Kemudian,  dalam Blogger, pergi ke Page Element > *namablog*(Header), klik Edit. Pilih From your computer & uploadkan header yang telah dibuat. Jangan lupa untuk Placement,  pilih radio button "Instead of title & description", then klik Save. Kemudian view lah blog anda untuk melihat hasilnya.
*Sekiranya header korang didapati terbesar/terkeluar dari ruang main background, besarkan width entire blog kat Templat Designer > Adjust widths > Entire blog. Takpun, masa upload banner tu tick sekali kotak "Shrink to fit".
 Untuk New Blogger Template : Ikon Doc > Layout > *namablog*(Header) >Upload image



 

Erms, sekian sudah tutorial ala kadar dari aku. Last but not least, aku mintak maap sekiranya ada apa-apa yang terkurang ye. Selamat mencubaaaaaa, senang aje kan? Semoga berhasil deh!

16 February, 2012

Bisa lagi membinasakan kah?


Aku ini memang begini; akan bercakap atau memberi respon dengan sesedap ayat yang mungkin. Eh sorry, aku bukan kaki bodek, okey? Bukanlah juga aku kaki menipu tatkala berkata-kata. Aku hanya berusaha, mencuba untuk menjaga kesantunan berbahasa. Contohnya kalau kawan aku cakap dia tak cantik, dia gemuk (kebanyakkan perempuan memang berfikiran cenggini, aku pun!), kalaupun pada pandangan orang lain dia memang 'gemuk', tapi aku jawab, "Eh, kau mana ada gemuklah. Cuma kau berisi." Err, adakah itu jawapan yang tidak menyakinkan? Haih, dah itu yang aku nampak. Aku menilai berdasarkan persepsi aku. Mungkin persepsi kita tentang kegemukan itu tak sama. Jadi salahkah kalau aku cakap begitu? Contohnya lagi, kalau ada kawan aku yang komplen, "Aku tahu aku ni tak cantik." Selalunya aku akan menjawab, "Eh tak baiklah cakap cenggitu." atau "Rupa tu subjektif, kawan." atau "Tak kisah lah pasal rupa tu, janji hati baik, kan?" Agak-agaknya kawan aku akan fikir memang aku ikhlas menjawab atau aku puji (kebaikan hatinya) dalam keji (rupanya)? Dan kalau dia sebenarnya cantik di mata aku, aku akan cakap dia cantik, bukan buat-buat fake. "Eh, ko memang cantik lah, kalau mekap, sure cun dari aku." sedangkan secara halimunannya ketika itu tangan di dada, mata ke atas kerana perasan cantik dari si kawan.

Aku ini dulu, pernah menjadi seorang yang sangat tidak pandai menyuarakan respon negatif yang benar. Dan ketidakpandaian ini pula berkadar terus dengan kemahiran sarkastik aku. Ini kerana aku kadang-kadang terguna ayat-ayat sarkastik untuk menyampaikan pujian. Lagi satu, aku takut orang terasa dengan respon negatif yang aku beri tapi alih-alih bunyi macam hendak bersinis-sinikal T__T Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh undur, terlajak kata, badan binasa..huhu. Bila difikir-fikirkan kita ini kaum sang hawa, kadang-kadang kita sengaja tanya orang itu ini, bukan sebab kita hendakkan sangat jawapan jujur dari mereka tapi sekadar hendak menyedapkan hati sendiri. Tapi lama-lama aku sedar, minda dan hati kita-kita ni bukanlah jumud sangat. Sudah mampu hendak menelan kenyataan yang pahit jika diberi respon yang positif dan membina. Sudah mampu membezakan penilaian ikhlas atau yang memang sengaja hendak mencabar kemurnian hati kita. Jadi, aku sedar kelemahan aku untuk berterus-terang perlu diperbaiki. Dan memang ada perubahan walau mungkin pada penerus-terang sejati aku ni masih lembik-lembik tau fu fa. Tak cargas pada mereka. Tak apa..tak apa. Kan adunan dan acuan diri kita berbeza. Boleh jadi juga sebab aku ini analitikal pada tindak tanduk sendiri, jadi aku akan sentiasa berfikir sebelum bercakap, atau berfikir selepas bercakap tentang apa yang aku cakapkan itu sampai tepat kepada penerima sama seperti apa yang hati aku ingin sampaikan. Apabila komunikasi antara hati & otak tidak berkesan, padahnya aku ini dianggap suka perli-perli orang atau berpura-pura. Contoh; kalau orang puji aku, aku sebenarnya tak tahu nak respon macam mana, serius tak tipu. Aku fikir kalau aku cakap, "Eh, cantik ke baju ni? Biasa ajelah." Aku takut orang interpret, "Eleh, nak berlagak la tu beli kain mahal tapi konon tak nak show-off!". Kalau aku cakap, "Auw, cantik ke? Eh mestilah, kain high quality, beli kat tutttttttt. Terima kasih.", sambil tersengeh-sengeh gedik, menerbitkan perasaan menyampah pula kan?  Tak semua orang boleh menggedik sambil disenangi, aku dah pernah cuba, konon hendak berselamba menerima pujian tapi tak menjadi. Macam orang buang tabiat pulak kaedahnya. Ok, sambung..kalau aku jawab, "Isk, takde la. Takde la cantik mana. Baju awk lagi cantik. Meriah lip lap lip lap berlabuci bagai, glam gitu.", kalau tak kena gaya nanti dikata perli-memerli pula. Ades. Sudahnya, aku pulak jadi prejudis tak bertempat. Dari hendak jaga hati orang & silaturrahim, end-up dengan menyampahkan orang, menyakitkan hati orang secara tidak sengaja. Maafkanlah aku untuk kekhilafan ini. Aku bukan manusia putih. Aku manusia tidak sempurna tetapi alhamdulillah berakal budi.

 Apapun, aku setuju kalau kita cakap baik-baik dengan orang, orang akan jadi segan nak cakap kasar-kasar dengan kita. Sepatutnya begitulah. Sejauh mana sebuah kejujuran itu di kayu ukurkan dengan percakapan secara terus terang tepat kena batang hidung orang, kamu carilah sendiri. Kamu boleh menempelak aku, kamu boleh bersarkastik, bersinis & berpura-pura dengan aku, tapi kamu kena terima resmi sesetengah orang yang cuba bermanis mulut untuk menjaga hati orang lain. Kita CUBA selarikan kejujuran, keberanian berkata benar & kesantunan bahasa sekali.

12 February, 2012

Membaca itu jambatan elmu



Inilah hasil penebusan baucer buku. Selamat sudah aku perhabiskan.
Mula-mula aku survey MPH Alamanda, dua tiga kali pusing tak ketemu dengan buku-buku yang dicari. Belek itu ini pun tak ada yang berjaya menambat hati. Mungkin sebab aku pening ramai orang masuk MPH tu untuk tujuan yang sama. Sudahnya pulang dengan tangan kosong. Kemudian, aku ke Sunway Pyramid. Konon nak jengah MPH juga tapi dek kerana aku jumpa POPULAR dulu, terus tertewas di situ. Niat di hati hendak cari buku-buku IT (programming/networking/computer science) tetapi yang banyaknya buku tentang Adobe Photoshop, Ms. Office, Sistem operasi Windows dan yang seumpamanya. Haih. Buku tentang jahitan manik pun tak ada. Kena tempah dulu agaknya. Maka, novel-novel di ataslah jadi hasil sambaran. Si kinting juga jadi 'pana' bila aku bagi peluang dia pilih mana-mana buku yang dia suka. Semua pun dia nak. Huhu.

Ini pula hasil sambaran hasil ikhsan diri sendiri kepada diri sendiri.
Buku KTN itu sepatutnya aku beli masa awal-awal masuk tempat kerja aku yang sekarang ini tetapi hati ini lambat benor lah nak mendapat hidayah tentang tanah. Sedangkan ilmu KTN ini, di tempat lain sukar nak dapat dan aku tak ada rugi apa-apa pun kalau cuba mendalami & mempelajari. Sekarang baru nak sedar. Punyalah merata aku mencari, akhirnya ketemu dekat kedai buku Pustaka Mukmin, Presint 15 aje. Anak Apak & I, Am Too A Malay masih belum terusik. Sudah kerap dijeling-jeling tetapi mahu cari waktu yang benar-benar senggang untuk membaca * ASALAN ALASAN*  Buku Andrea Hirata itu aku sudah khatam, memang enak dibaca. 2 cerita dalam 1. Dan Langit Vanilla; buat aku kagum dengan bakat susastera Wani Ardy. Pada aku dia adalah seorang penulis yang jujur.

Oleh kerana seumur hidup belum pernah si penulis mencoret catatan penghargaan buat aku, maka hati adalah sangat kembang terharu & suka untuk catatan ini. Terima kasih kembali Wani Ardy.
 
Ini adalah hasil belian di atas talian. Koleksi pertama untuk aktiviti artsy-craftsy. Bab menjahit manik yang aku mampu buat setakat ini hanyalah manik beriring, itupun main hentam ikut skill sendiri. Tengok orang lain pandai jahit manik menjalar  lah, manik tabur lah, crumble/scattered beads lah, shimmering flower lah, 3D lah..wallahweh, hebatnyaa! Mujur juga kawan-kawan aku yang pandai menjahit manik tak kedekut ilmu, jadi sikit-sikit tu bolehlah nak berguru. Minat memanglah minat tapi seru nak join kelas kena tangguhkan dulu.

** Semoga jejambat ilmu ini tidak menjadi pameran sahaja - Pesanan khidmat masyarakat untuk diri sendiri ;-)

10 February, 2012

Manger, manger, manger

Kraker keju lapis krim keju
 Hendak membuatnya memang mudah. Beli aje biskut keju (cheese craker), rendamkan dalam susu segar/susu sejat (rendam sekejap aje, agak-agak biskutnya bersalut susu gitu), susun dalam bekas kemudian lapiskan dengan krim keju ( putar krim keju + gula + esen vanilla + *perahan lemon hingga kembang). Buat berselang seli hingga habis. Kemudian, sejukkan dalam peti ais sebelum dipotong. Alah, lebih kurang macam kita hendak buat kek batik jugalah kaedahnya. *perahan lemon tu optional, kalau suka aje ye.


Roti bawang putih & sup ayam cendawan
Kedua-duanya adalah produk segera. Macam roti bawang putih tu, aku just balutkan dengan aluminium foil & bakar 3-5 minit. Sup ayam cendawan adalah dari Campbell's. Huhu.

Paprik ayam. 
Tetiba tekak teringin nak makan nasi putih panas-panas dengan paprik. Burpp, alhamdulillah. Itu sendawa 2 hari lepas punya.

Sauteed veggies. Ada telur hancur juga.
Saja aku campur baki telur untuk celup bergedil dalam sauteed veggies ni, sayang weh membazir.
Bergedil ayam.
Cubaan yang kesekian kali menggunakan ubi kentang yang dikukus rebus (dulu-dulu aku ikut ajaran makcik Juli, gorengkan ia). Alhamdulillah tak benyek macam yang sebelum ni. Penyebab kepada bergedil aku benyek sebelum ini adalah aku terlebih letak daging/ayam kisar & ikut ajaran salah tambah tepung gandum. Mengots, haha. Untuk bergedil ayam di atas, aku letak 1/2 kiub ayam, garam, serbuk lada sulah & serbuk lada hitam secukup rasa. Kalau untuk soto, aku suka masukkan rempah soto dalam adunan bergedil tu. Ada kelainan untuk rasanya ;-)

Nasi kebab
Caranya : Cuci beras hingga bersih & isikan air ikut sukatan. Kemudian, campaklah hirisan bawang besar, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga (atau gantikan dengan sup bunjut, boleh jugak ye), stok/kiub ayam sesedap rasa, garam secubit dua, serbuk lada sulah & lada hitam ikut suka, 2 @ 3 sudu besar marjerin atau minyak sapi, daun pandan untuk wangi & kacau rata-rata. Tanaklah seperti biasa. Tak perlu hendak tumis-menumis bagai ceritanya.

Santapan tengahari hari ini : Ayam masak merah, bergedil ayam, sauteed veggies & nasi kebab.

07 February, 2012

Tiada sivikkah begini?

1. Anda berada di dalam pasaraya, orang ramai dan anda adalah salah seorang pelanggan yang sibuk mencari barang keperluan harian. Apa perasaan anda sekiranya anda berjalan menyorong troli di satu lorong membontoti orang lain yang berjalan terhegeh-hegeh membelek barang sambil cuci-cuci mata dan buat tidak tahu akan kehadiran anda dibelakangnya? Adakah anda mahu terus menjadi tunggul di situ? Atau mohon laluan secara hormat atau rempuh sahaja mereka dengan troli lalu terus hantar mereka ke kaunter bayaran untuk dikira?

2. Anda sedang memberi kerjasama kepada penjual roti john dengan mencari duit kecil yang diminta dalam keadaan tangan penuh menjinjing beg plastik. Tiba-tiba salah satu bungkusan yang dijinjing jatuh dan orang disebelah anda hanya memandang anda yang sedang kekalutan, sepertinya dia seorang yang helpless atau  err..anda yang helpless eh? Aku rasa orang itu elok jadi orang-orang. Bukan hina pun memberi bantuan dengan mengutip bungkusan yang jatuh di hujung kaki. Bukan anda nak sepak/terajang dia pun kan?

3. Anda memandu di jalan besar menggunakan lorong kanan untuk masuk ke susur parkir kereta dan kelihatan ada kereta dari simpang yang ingin menuju ke jalan besar. Kepala kereta tersebut pula macam sengaja dijulur-julur hingga 'makan' separuh ruang lorong kanan sedangkan anda elok sahaja memandu di lorong itu, dan kedudukan anda bukanlah 1km dari kereta terbabit tetapi hanya beberapa meter. Kereta terbabit juga bukanlah dah berjanggut menunggu giliran hendak masuk ke jalan besar, malah baru sahaja menunggu di simpang  tapi  dah tak sabar-sabar sampai kereta anda yang di jalan besar pulak terpaksa mengelak secara tiba-tiba. Bila anda mengelak, sudah tentulah anda terpaksa masuk ke lorong tengah secara tiba-tiba bukan? Persoalannya, adakah anda rasa elok dibagi 'can' sahaja pada si driver atau hon kuat-kuat dengan muka geram atau tunjuk isyarat  ala 'samseng jalanraya' (peringatan: tak elok tunjuk samseng, tunjuk peti ais samsung ker, hp samsung ker..tak apa.) atau jalan je terus? Sekurang-kurangnya kalau tersagat ke apa biar puas hati sebab sama-sama kena. (Kalau bajet kereta anda 'tulang besi urat dawai' atau kebal, cubalah..mana tahu lepas tu boleh buat testimoni..*ngee*)

Senario sekarang sudah tipis tolak ansur & keprihatinan gayanya. Nasib badannnn.

06 February, 2012

Bila si kinting merajuk

Benda alah yang menyebabkan si kinting merajuk dengan aku. Al-kisahnya semalam dia ajak aku main bendalah di atas yang rupanya seperti ping pong tetapi tertulis badminton *huh, apakah?*. Di waktu yang sama, aku sedang seronok melayan TV, maka aku bermain secara acuh tak acuh sahajalah. Sekejap sekejapan permainan kami terhenti sebab aku kena selotapekan bat raket? plastik yang meleweh macam patah tengkuk, haih..masa nilah bat tu buat hal nak patah mematah bagai.  Kemudian, bingit pulak telinga ini menadah gesaan si kinting supaya cepat-cepat baling bola bila aku terleka menganga melayan filem inggeris di saluran Citra. Sudahnya, aku bosan & suruh kinting baca buku or buat aktiviti mewarna. Si kinting pun akur dalam kehampaan & terus geledah buku-buku dia dalam laci kat rak TV.  Dek kerana kasihan melihatkan gelagat si anak, aku pun cuba la memujuk, aku cakap, "Rajin anak ibu, Anim..i love you!". Dan pantas si kinting membalas..
"Apa ailebiu, ailebiu? Hmmphh!"
Eh? Eh? Terkedu aku dengan respon si budak kecik ni. Alololo..merajuk betul rupanya dia. Hihi.

Dan petangnya, demi tidak mahu lagi menghampakan dia, kami buat aktiviti ini pula.
 Budak kinting yang over excited :-)
*abaikan pemandangan di belakang yang bersepah-sepahan itu ye*