25 April, 2012

Menu orang 'berpantang'

Seminggu lebih selepas pembedahan, 'orang berpantang' dah dibenarkan doktor untuk makan, tapi bubur ajelah. Orang tengah sakit, mana lah selera sangat nak makan kan? Secara automatiknya aku jadi tukang belasah habiskan makanan tu, kuah ceroi ke, kurang rasa ke tolak tepi janji dapat makan dengan bubur, SELAMAT kaedahnya. Dan bagi orang sakit, walaupun makan berhidang, bersuap bagai, hanya 4,5 suap yang mampu ditelan. Masa awal-awal En.F keluar hospital tempoh hari, aku hidangkan ikan kerisi/tenggiri masak singgang, tak pun kerisi/tenggiri goreng atau ikan bilis goreng letak hirisan bawang besar & kicap digandingkan dengan sup sayur. Bila beliau sudah mampu menelan nasi lembik dan kini alhamdulillah sudah boleh makan nasi biasa, maka inilah antara menu-menu yang aku sediakan (kalah time aku berpantang dulu, uols);

Eh, alamak..silap album. Ini teppanyaki ayam yang aku buat untuk mengenyangkan perut sendiri. Huhu. Tapi sesuai juga untuk orang berpantang kan? Sup ceroinya tak kelihatan dalam gambar sebab aku tak reti nak selitkan celah mana mangkuk dempak berisikan sup tu. Tak muat frame.

Tenggiri masak kicap. 

Sup ikan merah. Kalau tak buat sup ikan merah, aku buatkan sup ayam. Bosan makan sup ayam, aku buatkan kurma ayam ceroi. 

Selain sup atau lauk kurma, aku suka masak ayam halia. Sedap dan mudah. Kegemaran 'orang berpantang'. Kegemaran aku juga. Eh, tukang masak pun ada anak tekak ye. Hehe.

Ikan bawal putih stim. Tak dapat bawal putih, ikan kerisi atau cencaru pun aku stimkan. Ada sesetengah orang kata ikan cencaru ni gatal. Tapi masa aku dalam pantang, Makcik Juli bagi je aku makan, dia kata jangan makan isi cencaru yang hitam tu je, sebab bahagian tu yang bisa & gatal maka aku aplikasikan teori yang sama pada 'orang berpantang'. So far, ok je dia. So selain stim, aku tukar buat cencaru bakar. Itupun 'orang berpantang' ada hati request nak cencaru sumbat sambal, kemain lagi kan? Takpelah, sekarang dah boleh merasa, nantilah aku buatkan.

Sesekali bersantapan western pula. Penne chicken carbonara. Saja tukar selera. Malas nak masak beria pun ye jugak sebenornya. Dinikmati bersama jus epal kusam. Nak menghabiskan stok buah-buahan pemberian orang yang datang berziarah tempoh hari.

Lempeng pisang untuk sarapan. 'Orang berpantang' makan tak beria, tukang masak yang pulun sakan. Lama tak merasa kaedahnya.

Yang penting, apa yang orang tak berapa sihat makan, itulah yang orang sihat makan. Takde kuasa lah aku nak masak lauk asing-asing. Tapi bila sesekali tekak nak makan asam rebus ke, asam pedas ke, sambal tumis ke, aku buat la untuk menjamu anak tekak sendiri sambil saiko-saikokan En.F. Huhu, keji sungguh perbuatan itu kan? Malangnya beliau sikit pun tak heran. Sikit pun tak terliur. Ces.

23 April, 2012

Pengarah drama ingat penonton tak perasan benda-benda macam ni.

Benda remeh je kot.2 minggu lepas (kot) aku layan drama Landasan Cinta kat slot Cerekarama, TV3. Di tonton bukan kerana Shah Jazle. Bukan juga di tonton kerana hendak menilai lakonan Tasha Shila selaku Pemenang Retis BaruWanita Fofular ABPBH 2012. Tapi sebabnya sudah lama tidak melayan slot Cerekarama, selalu bila kengkawan aku bercerita pasal drama-drama dalam Cerekarama, aku menganga. Tak dapat join sekaki komen-mengomen jadi pengulas tak bertauliah. Maka aku layankan drama Landasan Cinta tu sampailah aku perasan ada satu adegan di mana SJ & TS bermonolog & cakap kat diri sendiri tentang perasaan masing-masing terhadap masing-masing. Masa tu SJ dah suka kat TS, TS pulak macam dah tersuka dekat SJ bila masing-masing kena purak-purak jadi pasangan tunangan. Masa tu masing-masing dah balik ke bilik masing-masing selepas keluar together-gether (hoih, berapa banyak masing-masing daa). SJ pergi ke dapur nak minum susu. Kemudian, TS pulak pergi ke dapur nak goreng telur. Yang aku perasan, posisi kotak bijirin kat tepi dapur untuk shoot SJ & TS tu sama sebab jurukamera ambil shoot tu menggunakan angle yang sama. Mungkin dapur tu kecik kot. Mula la aku terfikir, ni mesti guna 1 bilik untuk shooting. Patut lah kalo part adegan SJ dalam bilik, scene nya kat ruang tamu, kalo part TS pulak, kat bilik tidur..untuk menampakkan seolah-olah mereka berada di bilik yang berlainan tapi kantoi di dapur pula. At least ubah la kedudukan bebarang kat dapur tu kan..barulah tindakan itu dinilai sebagai ekonomik dan menggunakan segala ruang yang ada tetapi masih peka terhadap suasana, eceh.

 Satu lagi, dalam drama Alang Menanti Malang yang ditayang dekat Astro Warna. Ada scene Shamsul Ghau-Ghau, Johan RL dengan Shahrul Zaman (adik Along Kamaruddin) dalam sebuah pusat beli belah yang macam hidup segan mati tak mahu, suasana tak meriah, kedai banyak tutup & tak ramai orang. Untuk menambahkan kemeriahan pusat beli belah tersebut, maka terperasanlah aku akan pelakon-pelakon extra yang sama berpapasan ke sana sini. Yang paling ketara, masa Johan RL & SZ lepak depan tangga,  kat belakang tu orang yang sama jugak la turun naik tangga tu. Yang lawak, nampak sangat lepas turun, dia naik, kemudian turun dan naik tangga balik. Sampai nampak ada yang dah semput turun naik tangga tak berhenti-henti. Meriah sangat la gitu kononnya.  Dah nampak sangat yang orang ramai tu takde hala tuju, memang ekstra untuk turun naik tangga empat puluh lapan kali je kerjanya. huhu.

Tapi tu lah, tak usah cakap drama/filem tempatan, drama/filem internasional pun kadang-kadang terlepas pandang benda-benda mudah begini. Tapi benda-benda mudah pun, kalau tak di ambil perhatian, boleh mencacatkan sebuah drama/filem. Macam tak ada logika di  situ.

21 April, 2012

Pendidikan moral - 70%

Itu keputusan peperiksaan si kinting untuk subjek yang tersebut. Bukanlah aku hampa sangat dengan keputusan itu. Syukur tetap syukur. Cumanya ada satu soalan tu minta pelajar tandakan gambar bagi makanan yang bagus untuk gigi yang sihat. Gambar satu, seorang kanak-kanak tengah makan gula-gula; gambar dua, seorang kanak-kanak tengah gosok gigi. Si kinting tanda dekat gambar satu. Bila aku bacakan soalan & tanya dia kenapa dia tanda kat gambar satu, dia jawab, " Boleh kan makan gula-gula, tapi satuuuuuuuu saja, kan ibu?" T__T Kemudian ada satu lagi soalan yang minta pelajar tandakan perlakuan yang betul. Gambar satu; kanak-kanak tengah mandi, gambar dua; kanak-kanak busuk tak mandi. Kalau dah dasar suka main air tapi kalau disuruh mandi, menangis macam baru lepas mimpi ngeri, agak-agak si kinting tandakan gambar yang mana satu?

Owh nak, ibu yang bersalah. Ades!

06 April, 2012

Saengil chukha hamnida Tasnim

Sebenarnya dah belated pun birthday anak dara ai yang kinting tu. Tapi sekarang ni tak berapa nak kinting sebab dia berambut pendek. Penangan serangan kutu untuk kali kedua. Mujur sekarang dia sudah bebas kutu. Kero jugaklah mata aku nak mencari telur-telur kutu tu, ibu-ibu kutu pulak selamat aku binasakan menggunakan sikat & syampu kutu. Demam chicken pox baru nak baik, berkutu pulak. Settle hal kutu, demam panas menyusul. Doktor kata itu biasa bagi budak-budak yang chicken pox. Kalau dia tak demam sebelum atau sewaktu kena chicken pox, dia akan demam selepas itu. Dan ini bahagian si kinting.

Sepanjang hampir 2 minggu En.F kat hospital, sepanjang itulah si kinting tak ketemu dengan babahnya. Hospital Putrajaya pulak memang strict tak benarkan bebudak bawah 12 tahun di bawa masuk ke dalam wad. Si babahnya pulak dah sebut-sebut, maka aku bagi tengok gambo anaknya thru handphone aje lah. Si anak pun, bila babahnya dah mampu bertongkat, barulah dapat berjumpa. Itupun aku sorong En.F guna kerusi roda ke lobi hospital. Patient lain pun macam tu. Bukan ahli keluarga yang naik ke wad tengok orang sakit tapi oerang sakit yang turun semata-mata nak jumpa anak cucu yang masih kecik. Masa jumpa tu, si kinting macam tak berapa nak cam akan babahnya. Yelah, orang tengah sakit, muka cengkung, dahi berparut & muka berjambang..si kinting pun takut-takutlah nak dekat. Bila ditanya, kenapa Tasnim tak nak 'hug' & salam babah? Dia jawab, "Tasnim tak bole pegang babah, kepala babah luka, tangan babah ada jarum, kalo Tasnim 'hug', nanti babah sakit." *alahai anak ku*

Sekarang ni, semenjak dua menjak En.F dah 'berpantang' dekat rumah ni, si kinting dah boleh diharap nak tolong jagakan babahnya. 3,4 hari lepas, waktu si babahnya nak shi-shi, si kinting cepat-cepat ambilkan tongkat. Terhoyong-hayang aku tengok dia mengusung tongkat tu. *Alololo, dedemok ibu nih* Pagi ni pulak, disebabkan badan dia dedar-dedar & dia selsema, aku bagitau dia tak perlu pegi sekolah. Seronok bukan main lagi dia, siap cakap, "Takpelah, Tasnim jaga babah saja. Ibu pegi work pukul minit aje tau. Cepat-cepat balik ye." *Pukul minit tu maknanya 3 minit*

Bersama 'partner-in-crime'. Teman bermain & bergaduh. Bila dedua buat perangai memang rasa nak kutik-kutikkkkkkan aje.

Dah serupa boiboiboy. Tu belum dengar suara garau dia. Si nenek konon pakaikan gelang emas olok-olok nak menyerlahkan keperempuanan si cucu, sekali kena 'sound' dengan atuknya. Yelah, zaman sekarang ni pantang lepa, kang tak pepasal kena kidnap sebab nakkan gelang 'emas' tu, nyesal pun tak guna dah time tu. Ye, saya sokong Atuk Harun.

Apapun, tanggal 29 Mac 2012 lepas genaplah sudah anakanda aku berumur 4 tahun walaupun fizikalnya nampak macam budak umur 5,6 tahun. Nanti-nantilah kita sambut ye nak. Tunggu babah kamu sihat bebetol dulu, even kamu selang sehari dok tanya ibu ada beli topi hari jadi tak, huhu. Semoga Tasnim Imtinan membesar menjadi anak solehah, berakhlak mulia & berjaya dunia akhirat. Lebiu ketat-ketat.

05 April, 2012

Orang berbudi kita berbahasa

Semenjak dua menjak ni, semedang lah tuan tanah letak tajuk entri guna peribahasa kan? Yelah, yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang cantik itu budi, yang indah itu bahasa. Wah, gituh..tapi kalau dalam hati ada bara, macam mana lah nak berbahasa yang indah-indah ye?

Hati nan membara ni bukan lah membara sangat pun kaedahnya. Lebih pada terkilan lah kot sebenarnya. Al-kisahnya adalah seorang hamba Allah ni, pangkat adik lah dengan aku, nak kata aku rapat benor dengan dia, tidaklah tetapi kenal mengenali sebab pernah bertugas bersama-sama. Masa baru-baru lepas bertugas bersama-sama tu adalah dia bertelefon bertanya khabar atau ajak aku bersembang-sembang, tapi setakat itu ajelah. Yelah, dia anggap aku macam kakak, aku anggap dia macam adik, dah nama pun teman sekerja. Sesekali bila bertembung di sekitar pejabat tu berhai-hai jugalah kami, tak dapat berhai-hai..kami berbalas senyum, tak dapat berbalas senyum, berbalas pandangan pun okay.  Janji tidaklah memalingkan muka atau melarikan diri atau buat-buat tidak kenal antara satu sama lain kan. Bak kata orang tua, tak menyombonglah.

Tapi setelah sekian lama tidak bertanya khabar, tiba-tiba si hamba Allah ni sms minta tolong. Hendak pinjam sedikit RM, penting katanya. Aku pun adalah rezeki sikit, maka mengkhabarkan kesudian untuk menolong walaupun hati ini sedikit pelik, hujan tidak, ribut tidak, alih-alih dia cari aku. Takpelah kan. Mungkin hari ini hari dia, esok lusa hari aku, siapa tahu. Malangnya aku ini tiada akaun yang membolehkan aku memindahkan RM kepada dia secara atas talian dengan pantas. Kalau aku pakai akaun bank aku untuk pindahkan duit ke akaun bank dia secara atas talian, boleh memang boleh tapi ambil masa 3 hari lah. Kang naya kat budak tu kan, katanya kan urgentttt. Aku pulak tengah bercuti untuk final exam, jadi tidak lah dapat menyerahkan RM tersebut secara atas tangan, maka dia bersetuju untuk aku bank-inkan sahaja. Elok aje dia bagi no. akaun, sekejap-kejapan dok sms aku bertanya aku dah masukkan duit ke belum. "Jangan lupa ye kak", "Ingat ye kak", "Akak dah masukkan ke belum?", "Tolong tau kak, urgent nih". Haih, macam aku ni nak main-mainkan dia pulak.  Tak sempat apa-apa lagi dah ingatkan itu ini. Aku pulak kebetulan sibuk atas beberapa urusan peribadi, maka bercadang untuk bank-in kan RM tu selepas exam dan once aku dah bank-inkan nanti, aku inform. Aku cakapkan begitu pada dia. Aku cakap pada dia, dah dapat gaji nanti nak ganti RM tu, tak perlu susah-susah bank-in. Call je aku. Dia cakap ok.

Tik tok tik tok, hari gaji telah berlalu. Dia diam membisu. Ada la sekali dua aku terserempak dengan dia, tapi dia boleh buat-buat tak nampak, memandang aku jauh sekali. Itu belum kena pandangan sinis kawan rapat dia lagi. Aku senyum pun, mereka palingkan muka. Eh, sentap ye akak suruh bayar balik by-hand? Hurm, takpelah dik, sekali ini sahajalah akak mampu tolong kamu. Halal-berhalal lah kita. Semoga berbahagia & murah rezeki selalu.

*winks*

04 April, 2012

Pantang maut sebelum ajal

Awal pagi, dalam jam 1.45 am - 2 am, 8 Mac lepas En. F kemalangan. Viva dia terbabas langgar tiang. Katanya jalan licin. Memang malam tu cuaca hujan pun. Tempat kejadian pulak sekangkang beruang aje dari rumah aku. Benda dah nak jadi kan, kat mana-mana pun jadi jugak. Kalau diikutkan memanglah jalan ke rumah aku berbukit-bukit & ada selekoh-selekoh yang agak merbahaya jika tersilap konar. Kalau tengokkan keadaan tiang, kemek sikit aje tapi bahagian depan Viva En.F remuk, cermin depan retak dek penangan hantukan kepala dia, stereng patah & dashboard jatuh. Kata En.F, mujur jugak kereta dia terbabas ke kanan, kalau terbabas ke kiri, mahu jatuh masuk ke laman rumah orang. Katanya lagi, badan dia terhentak kuat terkena stereng. Dia perasan ibu jari sebelah kanan dah terkulai dan terdengar bunyi 'prakk'. Masa tu dia tak rasa sakit apa-apa lagi. En.F buka pintu & cuba nak keluar. Dia tak sedar kaki kiri dia dah tak boleh bergerak sebab patah. Kebetulan masa dia tengah tergapai-gapai cuba untuk keluar tu, ada kereta Perdana lalu. Hamba Allah kereta Perdana tu lah yang telefonkan ambulan & bomba. Masa tu En.F sedar lagi, dia yang bagitahu hospital dia sakit kat mana, macam mana kemalangan tu terjadi & dia jugak yang isi borang untuk undergo operation. Aku hanya tahu tentang kemalangan tersebut bila pihak hospital call aku untuk inform tentang pembedahan tu. Masa aku sampai kat hospital, En.F dah mamai-mamai dengan topeng oksigennya. Doktor maklumkan yang En.F akan menjalani pembedahan di bahagian perut sebab diaorang suspect ada pendarahan dalaman. Ultrasound dah dibuat tapi tak cukup membantu untuk mengenalpasti punca yang membuat En.F berasa sakit di bahagian perut. Lagipun perut En.F nampak bloated semacam. CT scan machine hospital pulak rosak. Maka doktor pakar menggunakan kepakaran yang ada untuk suggest the operation. Dari hasil x-ray, tulang peha kiri En.F didapati patah 3, mujur tang lain especially kepala takde apa-apa.

En.F masuk dewan bedah jam 9, pembedahan mula lebih kurang jam 10 & selesai pada jam 4.30 petang dan ditempatkan di ICU untuk pemantauan. Masa kat ICU tu, Allah je lah tau perasaan aku melihatkan keadaan En.F yang tak sedarkan diri (bukan tak sedar diri ye uols!), dengan wayar sana sini, dengan tiub oksigen bagai. Keesokkan harinya ( 9 Mac 2012), dalam tengahari En.F ditempatkan kat wad pembedahan pulak. Mulanya dia ok tapi bila dah petang sikit keadaan dia jadi tak stabil. Pernafasan dia jadi laju. Memula jururawat suspect kepekatan oksigen tu kurang, so diaorang tukar. Tapi tak lama lepas tu, keadaan En.F makin teruk. Dia mengadu sejuk sampai mengigil-gigil sedangkan aku dah offkan suis aircond. Aku tanya jururawat kat situ, memang normal ke keadaan En.F waktu tu even aku maklum selalunya selepas pembedahan pesakit akan mengalami demam. Kemudian, terus sekumpulan jururawat & doktor datang check En.F, diaorang nampak macam kelam kabut buat itu ini. Semak denyutan nadi, degupan jantung, buat x-ray kat bahagian dada lagi sekali & beberapa benda lain yang aku pun tak reti nak explain. Tahu-tahu saja aku dimaklumkan yang En.F perlu dimasukkan semula ke ICU kerana paru-paru dia lemah. Pihak hospital tak dapat figure out kenapa degupan jantung En.F laju sangat, cuma diaorang concern kemungkinan darah beku atau ketulan lemak akibat pembedahan dekat kaki tu akan masuk ke salur jantung atau otak kalau dibiarkan. So En.F perlu di'rehat'kan di ICU. Seminggu En.F kat sana.

Sebelum pakai bipap (topeng oksigen penuh satu muka tu), En. F pakai bipap yang tutup kat hidung tu je, tapi leher dia kena tebuk untuk masukkan tiub bantuan terus ke jantung. Makan (actually air & susu sahaja) pun pakai tiub yang dimasukkan thru hidung. Masa kat sini En.F demam on off. Plus keadaan dia pun antara sedar dengan tidak. Aku & keluarga dia boleh datang tengok dia waktu melawat sahaja. Itupun kami bergilir-gilir dengan saudara-mara, jiran tetangga & kawan-kawan yang sudi meluangkan masa melawat En.F. Situasi ketika sepanjang En.F di ICU memang benar-benar menguji kesabaran, mental & fizikal aku. Macam-macam hal, macam-macam benda yang perlu dihadap.


Benda alah ni En.F kena praktis sedut hari-hari supaya ketiga-tiga bebola tu berjaya naik ke atas, which means paru-paru dia telah dapat mengembang dengan normal (Ampun la kalo info aku salah ye, mungkin ahlil-ahlil medik boleh betolkan ;-)) Benda alah ni kena beli ye, RM 30 kalo aku tak silap. Maka gigih lah En.F menyedut-nyedut benda alah tersebut demi paru-paru tercinta. Masa ni En.F dah dimasukkan ke wad pembedahan. Tak silap aku sehari je En.F kat wad pembedahan, kemudian dia dipindahkan ke wad ortopedik. Dia dah dibenarkan makan makanan lembut i.e bubur. Setiap beberapa jam, doktor akan datang untuk ambil darah dia untuk tengok kandungan oksigen dalam darah. Jika ada progress, doktor akan kurangkan dos kepekatan oksigen, topeng oksigen tu pun akan ditukar sehinggalah En.F hanya memakai tiub kecil & seterusnya bebas topeng/tiub. Masa dekat hospital ni, aku dengan mak mertua aku bergilir-gilirlah menjaga En.F, mak mertua aku shift siang, aku shift malam sebab aku kerja.  Bila mak mertua aku kena balik SP, aku amik cuti untuk jaga dia, seminggu jugalah En.F berkampung dekat wad tu. Sepanjang waktu tu, si kinting dijaga oleh Atuk Harun & Nenek Juli nya, mujurlah orang tua aku & En.F ada untuk membantu. Pagi-pagi lepas sarapan, ahli fisioterapi akan datang bagi latihan fisio. Alhamdulillah, sekarang En.F dah makin cekap guna tongkat cuma dia kena jaga-jagalah supaya kaki kiri tu tak dijejakan ke lantai. Kaki En.F tak disimen, atau dipasang 'arial TV' (arial TV la sgt Nina oii, buta medik sungguh) tapi dimasukkan plat titanium. Masuk hari ni, dah 10 hari En.F keluar dari hospital. 3,4 hari pertama tu aku/ parent dia bawak dia berulang-alik ke klinik panel untuk cuci jahitan kat perut tu, sekarang ni kami buat dekat rumah aje. Luka dekat perut tu pun dah makin kering & bercantum elok. Yelah, mak ayah dia dah belikan dia pati ikan haruan campur gamat, hari-hari aku suruh dia minum. Berkat air yassin & air zam-zam pemberian saudara-mara & jiran pun kami bagi dia minum sekerap & sebanyak mungkin. Aku ni memula macam ngeri la nak tengok luka pembedahan tu, maunya tak, panjang weh dari bawah dada sampai ke atas sikit je dari ari-ari. Tapi takut tak takut kena tengok juga kan, so bila dah tengok tu takdelah sengeri yang aku bayangkan. Imaginasi aku je yang terlebih. Padahal sekarang donia perubatan pun dah canggih kan, manalah nak jumpa jahitan bersilang pangkah atau ala-ala tocang lipan..huhu.
So far progress kesihatan En.F adalah sangat menjanjikan (bak kata doktor yang merawat En.F kat hospital hari tu). Hujung bulan ni, dia ada temujanji untuk check perut & kaki. So aku harap ada berkhabaran baik untuk dia.