31 May, 2012

Panggilan pulau

Sememangnya peluang dipanggil ke pulau peranginan semacam Tioman yang aku pergi pertengahan bulan tempoh hari sangatlah diidamkan. Bak orang mengantuk disorongkan bantal. Sangat teringin nak pergi sebab belum pernah dijejaki maka peluang yang ada tidak dilepaskan walaupun kesempatan datang atas urusan kerja. Makanya aku berpergian secara solo ajelah, meninggalkan 'orang berpantang' dan si kinting diuruskan keluarga. Solo-solo pun, trip tu disertai rakan-rakan sepejabat yang lain juga. Kami menaiki bas beramai-ramai ala-ala berombongan Cik Kiah lah kaedahnya.

Lebih kurang pukul 6.30 - 6.45 pagi tayar bergolek memulakan perjalanan. Itupun kalau ikut jadual, pukul 6 pagi semua orang dah patut berkumpul depan perhentian bas kawasan pejabat kami. Sekali yang lambat bukan kami, tetapi abang pemandu bas. Dia tersesat, bukan setakat sesat masa nak sampai, masa nak keluar dari Putrajaya pun sama. Konon nak cari jalan pintas ke Seremban, tapi hazab. Keluar Putrajaya, masuk Cyberjaya, keluar Cyberjaya, masuk Putrajaya balik. Huhu. Takpelah, dimaafkan. Aku bebaru kerja kat Putrajaya dulu pun sesat jugak, tapi lagi parah. 2 minggu pertama kalau tak waktu pergi, waktu balik kerja memutar-mutar la dalam Putrajaya, jenuh cari jalan yang benar. Kami singgah di Senawang untuk ambil ahli rombongan dari sana pula dan meneruskan perjalanan ke Jeti Tanjung Gemuk, Rompin. Disebabkan jiran sebelah aku khusyuk melelapkan mata sepanjang perjalanan, maka aku pun tidaklah rasa segan silu untuk berbuat perkara yang sama.  Kami tiba di Jeti Tanjung Gemuk lebih kurang jam 11.30 pagi.  Tiket feri telah dibeli siap-siap oleh pihak urusetia, cumanya kami semua dikenakan cas RM5 seorang oleh Jabatan Taman Laut Malaysia(JTLM) sebagai kos penyelenggaraan Pulau Tioman. Jangan tak tahu, Pulau Tioman adalah salah 1 daripada 9 pulau di bawah perlindungan JTLM. RM5 tu bayaran untuk orang dewasa, pesara & warga emas. Bagi penuntut dan murid sekolah, dikenakan separuh dari cas tersebut & percuma bagi kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Pengunjung akan diberikan tiket dan tiket ini sah laku dalam tempoh 3 hari dari tarikh ia digoreskan. Bukan gores dan menang eh. Perjalanan daripada Jeti Tanjung Gemuk ke Pulau Tioman mengambil masa lebih kurang 2 jam. Ferinya berpendingin hawa tapi kerusinya statik aje la. Kalau nak tidur pun, bila sandar kepala ke kerusi, confirm bergegar je rasa kepala otak, terus cerah biji mata. Pada yang hiperaktif tu pasti lah tak senang duduk. Lagi satu, baik waktu pergi atau balik, elok pastikan beg-beg kita dizip dengan sempurna, kalau boleh bawalah beg travel yang heavy-duty sebab pekerja-pekerja feri tu main campak-campak aje beg-beg yang ada. Silap hari bulan, bebarang dalam beg boleh terburai keciciran. Contohnya macam aku la, external hard disk yang aku sisip dalam beg sandang aku hilang, aku suspek cicir sebab aku selitkan external hard disk tu dekat poket depan beg sandang aku.Dah la beg tu buntal semacam aku sebab aku sumbatkan juga segala mak neka dalam tu, kononnyer tak mahu bawa beg banyak-banyak lah, tak mahu bawa beg besar-besar. Zipnya pula memang senang nak terbukak, al-maklumla beg sandang murahan je..huhu. Melopong lah aku dengan kehilangan 'nyawa' kerja & belajar aku. Terkilan rasanya sebab dah elok sampai Putrajaya baru aku perasan benda alah tu dah takde, semua kompilasi dokumen kerja dari tahun 2007 sampai sekarang, nota-nota belajar, assignments, past year questions, personal documents, koleksi resepi..gone already..wuwuwuwuwuwuwuwu....

Dalam kepiluan, aku tayangkan sekeping dua gambar pemandangan perjalanan dalam feri tempoh hari.

 Aku tak pasti pulau ni ada nama ke tak. Tapi air nan membiru itu memang mengamit hati ku nak cepat sampai.

Dah sampai! Tengah tunggu giliran nak keluar dari feri. Hoih, memang jadi tak menyabar nak 'bau' Pulau Tioman, nak sedut udara dia dalam-dalam. Udara pantai yang dirindui..eceh. Tapi takkan la nak tunjuk 'peghak' tolak-tolak penumpang lain semata-mata nak keluar cepat kan? Tatasusila mak orang yang anggun harus di jaga, puiiii. *matik lah kena keji :))*

Sebenarnya tak banyak gambar yang aku ambil sebagai simpanan peribadi. Leka sangat bergambar dengan kamera orang, pemalu nak snap sini, snap sana pun ada juga. Maka kamera picisan aku lebih berfungsi sebagai pekasam versi digital kaedahnya. Apapun, di sana kami menginap di Sun Beach Resort yang terletak di Kampung Genting.  

Picture from cuti.com.my
Kampung Genting adalah salah satu daripada kampung perhentian yang terdapat di Pulau Tioman. Yang aku dengar, Kampung Salang  lah yang paling dikenali. Orang kata dekat sana lagi meriah suasananya, pelancong pun ramai. Tapi kalau dah pelancong ramai, adegan berbikini bercelana kecik terdampar di gigian air pun banyaklah. Untuk mencari barang-barang bebas cukai, Kampung Tekek adalah destinasinya. Tapi masa kami singgah ke sana hari tu, takde yang menarik sangat. Bebudak Sun Beach Resort bawa kami ke sini lepas masing-masing penat bersnokerling, dengan muka berkilat, badan melekit, tudung kelepet, baju lembab-lembab berdedai-dedai masuk kedai bebas cukai. Ada tu, hulur duit basah-basah nak membayar dekat kaunter, sebab duit pun di bawak bersnokerling. Hihi. Yang menariknya kami boleh tengok kelawar besar-besar bergayut atas pokok. Bukan sikit, banyakkkkk. Boleh kata semua pokok-pokok yang besar & tinggi jadi tempat kelawar melepak.

Tempat penginapan kami dari kejauhan. Ada satu kawasan depan chalet ni telah dikhaskan untuk snokerling. Jadinya kalau gian sangat nak bersnorkeling atau nak bersnokerling dekat-dekat je, boleh on dekat sini.
Aku menginap dekat chalet bajet aje, jadilah kan janji ada tempat berteduh..chewah ayat bajet berwasathiah gitu (chalet tu maksimum untuk 4 orang), ada 2 biji katil queen, ada meja seketul, 2 biji kerusi nak bersantai depan anjung chalet, ada pemanas air. Kalau tetengahari mandi air paipnya, huii..heaven. Sejuk segar gitu rasanya.

Belakang tu la jeti untuk ambil dan turunkan penumpang. Dekat situ juga la, pengusaha resort dan penduduk tempatan memunggah barang-barang keperluan. Air kat sini jernih, makanya memang boleh nampak ikan bermacam spesis berenang-renang. Masa kami tunggu feri nak balik, sempat la masing-masing menjamu roti kepada ikan, bukan setakat roti kosong, roti krim, roti kismis even roti sardin pun ikan-ikan tu bedal.

I tell u so! Berebut-rebutan kau. Masa dekat Pulau Renggis lagi best. Sambil snokerling, sambil bagi roti, memang boleh rasa ikan-ikan tu mengigit cebisan roti yang kita pegang. Anyway, pemandangan dasar laut di Pulau Renggis memang Subhanallah cantik sangat. Itu pakkal aku tak reti berenang, bersnokerling aje pun dah tercunggap-cunggap, minum air masin pun dah bergelen-gelen tapi ada hati nak menyelam dalam air tenung terumbu karang & ikan lama-lama.

 Ini ikan-ikan di Marine Park. Besar-besar. Bawal power pon ada..hehe. Kat sini kita akan nampak la JTLM ada sediakan tukun-tukun tiruan/terumbu karang tiruan sebagai salah satu usaha memelihara eko-marin Pulau Tioman ni.

Setakat itu ajelah gambar-gambar yang dapat aku kongsikan. Seciput benor gegambarnya kan? Nasib lah ada dari takde. Dan pada pendapat aku, cenderamata yang dijual di sekitar Kampung Genting juga tidak lah mahal harganya. Boleh tawar menawar. Kedai-kedai makan pun banyak. Cumanya macam aku hari tu, beli aiskrim konon nak makan-makan sambil melepak tengok pantai dengan kengkawan, harga aiskrim yang sama adalah berbeza dari satu kedai dengan kedai yang lain. Bukan sepuluh sen dua, lima puluh sen kau. Kemain mencekik darah pulak aku rasa. Cis, terkena jugak.

 Hurm..hal keroje aku malas la nak cerita tapi walau beraktiviti bagai kami-kami dekat Tioman tu, hal kerja tetap diselesaikan juga sebab itu kan objektif utama. Yang pasti, aku akan jejakkan kaki lagi ke sini, mungkin di kampung-kampung yang lain pula.

30 May, 2012

Kakak Tasnim

Semenjak dua menjak ni si kinting sibuk suruh aku atau babahnya panggil dia kakak Tasnim. Babah dia la pun yang memula sibuk bahasakan diri si kinting tu kakak. Saja la konon nak dapatkan aura 'kakak nak ber-adik'.  Aura la sangat kan. Apapun, itu rezeki dari Dia. Kepada yang nak sangat aku berbadan dua tu, wait & see ajelah ye.

Cerita pasal kakak Tasnim, minggu ni kan bebudak semua dah mula cuti sekolah,sepatutnya si kinting tak perlulah mengenakan seragam sekolah tapi dek kerana ibunya ni mengikut peraturan sangat (kononnya), merasalah si anak jadi skema untuk 2 hari sebab aku siapkan dia macam biasa dengan seragam sekolah pagi-pagi. Adoi la. Dah 2 hari tengok bebudak lain pakai baju biasa ke tadika, baru lah aku 'pick-up' pasal cuti sekolah tu. *Duhhh* 


Kakak Tasnim bersama hadiah peraduan mewarna anjuran Jabatan Bomba Putrajaya. Dapat nombor 1 pulak tu, padahal bukanlah si kinting warna siap bertona bagai. Asal boleh je aku tengok. Tapi malam sebelum pertandingan tu aku ada ingatkan si kinting supaya warna elok-elok, jangan terkeluar garisan macam amukan budak depresi. Nak harap dia mewarna dengan penuh berseni tu tidaklah, cuma mintak dia mewarna elok & kemas. Hasilnya macam dalam gambar tu lah.Cikgu si kinting pun ada bagitahu, pengadil pertandingan nilai pada kekemasan je, nilai estetika seni kreatif bagai tu tak termasuk dalam pengadilan, yelah..budak-budak tadika aje pun. Hurms..dah rezeki kamu kot nak. Apapun, menang tak menang, yang penting semua bebudak seronok & dapat pendedahan dengan pertandingan macam tu kan?

22 May, 2012

Perkongsian ilmu : Petua menduduki rumah baru

Mungkin ada yang dah tahu, tapi mungkin juga ada yang belum. Makanya, suka aku panjangkan petua tersebut untuk panduan semua  :-)

1. Azan - Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Banyakkan solat dan membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali - ulang ayat terakhir sebanyak 7 kali.

5. Pagar rumah - Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah berdasarkan panduan berikut: 


Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.

15 May, 2012

Tioman, here i come!!

Picture : Google
Will be there from tomorrow till Friday. No, i'm not on vacation but yet still can't wait to feel Tioman's sea breeze :-) For soooo long, I've craved for beach scent & waves roar from South China Sea. Hope i'll have a great time while i'm there. Daa~!!

Dari Wanita untuk Wanita : UTI

Picture from Google ;-)
UTI; urinary tract infection / jangkitan saluran kencing / kencing kotor adalah masalah kesihatan yang tidak asing bagi wanita, bukan? Hanya mereka yang pernah mengalaminya tahu betapa hazabnya bila UTI ini menyerang. Kaum wanita lebih berisiko untuk menghidap UTI kerana mereka mempunyai saluran urethra yang lebih pendek berbanding lelaki dan memudahkan kuman merebak ke saluran kencing. Manakala wanita hamil, pesakit kencing manis & batu karang adalah golongan yang lebih mudah terdedah kepada permasalahan ini. Antara punca UTI adalah; tabiat mengelap kawasan alat sulit dari bahagian belakang ke depan, tidak membuang air kecil sesudah berhubungan intim, kurang minum air, pengambilan vitamin (yang larut dalam air seperti Vit B, Vit C) yang berlebihan & pendedahan kepada sesetengah bahan kimia seperti alat/kaedah kontraseptif - spermisida dsb. Antara gejala-gejala UTI adalah;
  • Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
  • Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
  • Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
  • Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
  • Terasa sakit ketika berhubungan intim.
  • Demam dan seram sejuk.
Makanya, jika terasa sudah ada tanda-tanda UTI menyerang, terdapat beberapa kaedah alami yang boleh kita praktiskan sebagai langkah pengawalan, antaranya ;
  • Minum air kosong sebanyak & sekerap yang boleh, sehingga air kencing bertukar jernih.
  • Minum jus kranberi, beri biru atau jus nenas. Kranberi dan beri biru mengandungi anti-oksidan manakala nenas mengandungi bromelin yang bertindak sebagai anti-radang.
  • Minum baking soda cocktail. Campurkan 1/2 sudu teh baking soda bersama 8 auns air. Minum setiap 6 jam. Larutan ini dapat menawarkan asid dalam air kencing.
  • Minum air rebusan barli.
  • Minum jus tembikai yang dikisar bersama gula batu.
Dan yang pentingnya, segera buang air kecil jika terasa hendak berbuat demikian. Jangan ditahan-tahan noo ;-)

* Rujukan : drzubaidi.com, women-health-info.com, ratuhati.com

11 May, 2012

Farah Myra pencuri identiti?

Aku jumpa profail cik adik ni dekat FB, dalam friend list adik lelaki aku. Tengok default profile picture macam kenal. Peminat Fatin Liyana kot. Doktor juga katanya (propa atau kebetulan kah? Agaga!), graduan USM lagi tapi kalau ikutkan tarikh lahirnya, adik manis ni baru 15 tahun (kot). Oklah, fine..orang biasa auta tarikh lahir dalam FB kan? Tapi mana tahu kan memang adik manis ni serius genius umur 15 tahun dah mampu bergelar doktor muda jeliters. Kau mampu??
Kawan-kawan kemain thanx lagi (especially yang lelaki) bila si adik manis Farah Myra ni approve friend request depa..hikhikhiks. Tapi macam sudah terang-terang terkantoi di situ bila ada yang tanya pasal profile picture tu.

Eh, kat sini dia mengaku dia sekolah lagi, tingkatan 5 Jingga ye? Pakai braces ye? Kebetulan kan sama sangat macam Fatin Liyana part braces tu.



Puji-pujian yang dijawab dengan perasaan rendah diri, sangat berciri perempuan melayu terakhir kan?

 Paling tak menahan, dari rupa paras Fatin Liyana boleh berubah ke Fatin Suhana. Takpelah kan, yang penting iols jeliters, uols suka. Btw, fyi Fatin Suhana Farah Myra yang bertudung hitam tu ye.

Dik, nampak sangat lah kan gambar ni dah di cilok dari blog/FB Annas Easkey. Apa kes ni dik?
Adik ni memang ada iras-iras Fatin Liyana / Fatin Suhana ke? Kalau ye, kan lebih baik guna gambar sendiri. Baru original. Kalau tak nak guna gambar sendiri pun, janganlah menyamar guna gambar gadis-gadis blogger yang jelita & dah sah-sah famous tu. Tapi famous-famous mereka pun, ada juga yang ter'layan' Farah Myra ni kan? (termasuk ler adik aku, haih.) Kalau adik rasa adik kurang cantik pun (bukan akak nak merendah-rendahkan kamu ye, kamu sendiri yang menterjemahkan diri kamu begitu indirectly), tak perlu la nak feeling-feeling syok cantik. Seronok ye tipu-tipu jadi gorgeous? Kalau kamu baik budi pekerti, itu lagi cantik.  Banyak sangat ye masa lapang nak berpura-pura dalam FB? Tindakan yang sangat loser kot dik. Rentikan ye. Takde faedahnya pun. Kena kutuk lagi ada nanti. Itu belum masuk kena block kat FB kalau ada yang buat lapor adik memalsukan identiti. Dah-dah, gi study.

10 May, 2012

I keep my promise

2 hari lepas, aku lewat sikit ambil si kinting di tadika. Dalam perjalanan hendak menapau makan malam, dia request aku belikan dia biskut oreo. Aku tengok jam & mencongak-congak masa. Nanti nak singgah food court dah makan masa, kemudian kena singgah kedai pulak. Dah sampai rumah, nak hidangkan makan, nak siapkan bekalan susu dia & siapkan diri untuk ke kelas. Macam terkejar-kejar sangat nanti, so aku ber'nego' lah dengan si kinting. Aku janji dengan dia nak singgah belikan dia biskut tu lepas aku balik kelas nanti. Masa kat food court, aku tapaukan dia mixed pasta bolognese & pop corn plus milo ais penghilang dahaga sementara tunggu order siap. Licin milo ais segelas, dia adalah kanak-kanak yang sangat berpuas hati.

Dalam perjalanan balik dari kelas tu, aku teringatkan janji aku pada si kinting tapi aku rasa macam malas aje nak singgah Petronas. Aku harap sangat dia dah lupa dengan permintaan dia tu. Tapi bila sampai je simpang nak ke Petronas, aku terus belok. Tetiba hati aku terdetik bila teringatkan petua yang aku dapat dalam Bengkel Keibubapaan; "janji dengan anak-anak perlu dipenuhi jika kita mahu anak-anak memenuhi janji mereka pada kita kelak walaupun perkara yang dijanjikan hanyalah soal remeh-temeh."

Bila aku sampai kat rumah, aku tanya si kinting, dia ingat tak apa janji aku pada dia sebelum aku pergi kelas tadi. Dia senyum & tanya aku balik, "Ibu belikan tak biskut oreo Anim?" Suka benar dia bila aku tunjukkan biskut tu pada dia. Dia kata dia nak bawa biskut tu pegi sekolah esok. Bila semua dah settle, macam biasa aku baring-baringlah sebelah si kinting. Terus dia usap-usap pipi aku & pandang aku lama-lama, dengan penuh kasih sayang gitu. Perasaan aku waktu tu? Tak tergambar rasanya. Macam meresap jauh ke dalam kalbu. Pandangannya buat aku cair di hati tidak di tangan gituh. Hurms..betullah kata orang kan, benda remeh pada kita mungkin benda besar pada anak-anak, penghargaan mereka buat kita adalah priceless.

09 May, 2012

Panas hati

Tadika si kinting adalah berdekatan dengan klinik kesihatan, food court dan deretan kedai. Sememangnya setiap pagi kawasan di situ adalah sibuk. Kenderaan berdedai-dedai di jalanan. Dan itulah jua jalan utama untuk ke tadika si kinting.



Aku gambarkan keadaan aku pagi semalam seperti imej di atas. Yang rounded-boxes tu adalah kereta, warna hitam adalah kereta aku, yang biru adalah kereta wanita comel, subjek (kot) cerita cik kak bloody business kali ni :P. Hah, van tu pun aku nak jadikan subjek juga. Masa aku sampai, kereta wanita comel adalah di depan. Ok fine. Kemudian, kereta coklat di belakang sampai. Masing-masing sibuk memimpin anak ke pintu taska. Elok aku patah balik ke kereta, si van putih dah elok terpacak kat situ. Okay, takpe aku tunggu sebab aku tengok pemandu van tu turunkan 2,3 orang budak. Tapi bila bebudak tu dah elok masuk sekolahnya, van tu masih takde tanda nak bergerak. Kemudian aku nampak wanita comel menghampiri keretanya. Ok takpe, bagi dia masa sebab dia tengah dukung anak kecil. Aku tengok dia buka pintu kereta macam ambil sesuatu kemudian dia kembali ke arah tadika. Berlenggang kangkung. Ok fine. Bersangka baik & menyabarkan diri. Kereta-kereta yang menunggu di belakang aku semua sudah mengundur, kecuali kereta coklat itu yang masih di situ. Masa tu aku pun sudah berkira-kira hendak mengundur sebab tak pasti berapa lama lagi aku nak stuck di situ. Tapi dengan keluasan kawasan yang terhad, tidaklah mudah untuk aku mengundur kerana memikirkan ia akan menganggu kenderaan yang ingin masuk. Sudahlah jalan besar pun dah sesak. Dalam pada aku berkira-kira hendak mengundur, kelihatan wanita comel itu kembali semula ke keretanya, masihlah dengan langkah lenggang kangkung & riak muka toya. Takpe, aku masih bertahan untuk tidak membuat muka. Kemudian, bila dia dah mula bergerak, dia bagi signal nak belok ke kanan. Hadoooii la..dengan jalan sesak macam tu, si wanita comel ada hati lagi nak menyelit belok ke kanan. Menongkah arus. Tahulah kamu cuti, ada own sweet time untuk hantar anak, untuk parkir lama-lama, untuk amik masa membelok melawan arus kereta. Bestnyer kan?! #tangandidadamatakeatas, pfttt! Masa ni aku dah tak boleh tahan nak buat muka, dah mengomel-ngomel dalam kereta. Lantaklah dia nampak.

Tak memasal pagi-pagi aku dah panas hati. Bukan aku tak boleh tunggu, boleh. Tapi  kamu-kamu ni tak reti fikir ke? Prihatin sikit boleh? Yang si pemandu van tu, mentang-mentang van dia besar bagak, mentang-mentanglah dia hantar bebudak ke sekolah, dia ingat jalan depan tadika tu jalan dia, boleh parkir situ lama-lama. Macam van dia satu je kenderaan yang hantar bebudak ke sekolah. Yang wanita comel tu pulak, mentang-mentanglah dia tak perlu kejarkan masa ke apa, kalau rasa nak berlengah-lengah, carilah parkir yang sesuai. Yang tak perlu buat orang termanggu-manggu, tertunggu-tunggukan kamu. Pergilah parkir kereta dekat area kereta coklat tu, lepak la situ sampai lebam. Takde siapa nak bising-bisingkan kamu. Menyusahkan orang tahu!

04 May, 2012

Kek Pelangi untuk Tasnim

Dah lebih sebulan berlalu, hujung bulan lepas barulah kami ada kesempatan untuk meraikan hari lahir si kinting. Kebetulan, hari lahir mak usu nya jatuh pada bulan April, maka disambut sekali.  Diraikan di Steamboat Antarabangsa, Bangi.

Aku tempah kek pelangi ni dari ~Cupcakes at Putrajaya~ Kemudian aku touch-up sikit dengan M&M's, lilin HAPPY BIRTHDAY & figurine kartun 2 ekor. Keknya memang sedap. Kombinasi rasa kek & cream cheese yang heaven. *telan ailio*

Tasnim & Asu Ya (Maksu Julia)

 Budak yang puas hati dapat pakai party hat akhirnya. Orang lain pulun makan itu ini, dia sikit pun tak hairan. Kek tu pun dia excited nak potong je. Yang jalan masuk tekak dia air dengan marshmallow je. Bila aku beria suakan kek kat mulut dia, dia kata "Anim tak nak. Anim dah makan kek kat sekolah tadi."  Nak kata apa kalau memang dah selang sehari kawan-kawan dia sambut hari jadi kat sekolah, selang sehari bawa balik goodies. Huhu.

Muka kena paksa makan. Bila tak habis ada 'orang perbandaran' tolong licinkan.

Oh ye, 'orang berpantang' pun ada tapi dia low-profile. Hehe.