25 June, 2012

22 June, 2012

Singgah sebentar di Pantai Remis

Cerita ini adalah susulan majlis kawin sepupu aku dekat Kuala Selangor.

Ini semua pengaruh makcik Juli. Beria sungguh dia nak menyinggah, katanya nak cari remis sebab cucu-cucunya makan tak cukup-cukup masa dia kutip remis kat Tanjung Bidara tempoh hari. Kemain kukuh alasan dia nak berjalan kan? Sebelum bertolak balik dari rumah pengantin pun, kami dah menyinggah beli  ikan kering, sotong kering & jajan. Ada juga aku beli udang geragau, khas untu buat cekodok (aku anak beranak memang pengemar cekodok). Itupun dalam bonet kereta dah penuh dengan bebarang kami, belum masuk yang letak dalam kereta bawah kaki lagi. Dengan tuala lembab bersidai-sidaian dekat seat. Tapi memang dah pesen makcik Juli bila berjalan, selagi tak penuh satu kereta tak sah kaedahnya. Takpe..takpe, kita layankan aje. Bagi chance.

Elok je nak masuk ke perkarangan Pantai Remis ni, aku dah nampak restoran kat sebelah kiri. Ramai juga orang yang masuk makan. Kebanyakkannya melayan kerang bakar yang besar-besar. Huii, fresh rasanya. Aku ni pakkal kenyang lagi makan nasi kenduri, jadi tidak la melayan sangat turutan nafsu. Sebelah kanannya pulak ada deretan gerai-gerai yang menjual bermacam jenis kerang-kerangan.Gerai-gerai lain pun banyak sepanjang-panjang jalan. Cumanya aku takdelah menjelajah ke serata Pantai Remis tu. Kaki dah melecet sebab pakai heels. Nak pinjam selipar, dalam kereta ayah aku takde selipar spare..selipar si kinting & sepupunya si Yaya ada la. Jadi gigih la aku berjalan ayu-ayu dengan heels aku tu tapi disebabkan barang aku beli aku pegang, barang makcik Juli beli pun aku pegangkan sampai terdengkot-dengkot aku berjalan, maka aku menyerah kalah. Makcik Juli join adik dia pulak berjalan. Kemain mak aku ni..sanggup dia singgah hantar barang kat kereta kemudian sambung membeli. Eh, emak siapa kan? Emak engkau jugak Nina oi, jangan nak banyak-banyak bunyi.

 Ini gerai pertama yang kami singgah. Aku ingat nak beli remis, sekali tengok remis cinonet-cinonet aje saiznya, aku beli siput anak dara dot..dot..dot. Dot-dot tu namanya panjang lagi, aku tak ingat tapi bunyinya ala-ala makna berganda la bagi mereka yang berfikiran biru. Huhu. Makcik Juli pun beli jugak. Kemudian dia nak beli kerang, dia ajak aku pergi gerai sebelahnya pulak. Walhal gerai ni pun ada jual kerang. Harga pun sama tapi dia kata, "Takpelah, kita bagi rezeki kat gerai lain pulak."  Ye, aku berfikiran positif.  Ini bukan ada kaitan dengan agenda tersembunyi. Haha.

Ini lah rupa siput anak dara yang dimaksudkan. Kalau secara 'live', siput-siput ni akan memancutkan air..orang ramai yang dok lalu-lalang tu pun mesti tegur, "Eh, siput apa terpancut-pancut ni?" Haha, lu pikir la sendiri..kuikui. Selain siput anak dara ni, aku tertarik tengok kerang yang besar & gemuk-gemuk tu. Macam mana lah rasanya eh? Kalau aku, tak gamak kot nak makan, memadai menjamah kerang biasa-biasa aje. Hehe.

Oklah, sekian melaporkan. Tata.

21 June, 2012

Kenduri kendara sana sini

Pasangan pengantin terawal bulan Jun duaribuduabelas. Si lelaki sepupu aku. Permaisuri hatinya orang Lumut, Perak. Gambar hanya mampu dicilok di FB kerana tuan tanah tidak dapat memeriahkan majlis (kau tak ada pun, meriah juga Nina oi, puii!). Perasan tak jejaka berkaca mata bert-shirt biru yang tersengih-sengih tu? Masa ni dia adalah bakal pengantin baru (pasangan kedua yang akan menyusul). Eh, baru aku perasan kemain berpayung lagi dia..bajet putera lilin..puii..

Macam tak percaya je si dak ketal ni dah jadi laki orang..huhu..apapun, selamat sudah giliran dia & isteri. Majlis berlangsung di Bandar Tasik Selatan. Gambar waktu bersanding tak sempat nak ambil sebab tuan tanah 'vogeh' sangat + kontorl ayu (pitams!), malas nak berpusu-pusu ambil gambar yang alih-alih mesti tangan,kepala atau kelibat orang lalang yang masuk frame. Tau la aku pakai kamera picisan, maka semua orang pandang sebelah mata..sobs.*sentap la konon*

Dasar musim mengawan sungguh. Minggu ketiga giliran sepupu aku yang ini pula. Mamat mata stim (aset tu aset), kurus tinggi gerangannya. Bertemu jodoh dengan orang Pasir Penambang, Kuala Selangor.

Ini sebahagian angkatan kanak-kanak yang menyerikan majlis. Bukan setakat menyerikan majlis, menaikkan darah mak bapak/atuk nenek pun ye..haha.

Aku dengan sepupu-sepupu. Dedua orang ni suara memang power, kalah Celine Dion. Ning Baizuri atau Jaclynn Victor pun surrender. Sebelah kiri aku kakak, sebelah kanan aku adik. Si kakaknya tengah preggy 4 bulan, anak kedua. Mudah-mudahan dapat sepasang la kamu nanti ye mak iti
Dua minggu lagi giliran sepasang pengantin lagi. Last 'kopek' untuk batch sepupu lelaki. Batch seterusnya mungkin makan masa 3,4 tahun untuk kami berkumpul dan tandang-bertandang.

12 June, 2012

My 'Cek mek molek'

Masam-masam dari sekolah, pergi Alamanda layan Madagascar dengan Asuya (maksu Julia). Babahnya belanja.

Promo kedai pak ngah & mak ngah bersama pak lang.

Menunggu ibu bertemubual. Masa ni mood tengah baik lagi.

Pose tak semenggah. Haih.

Ini gambar masa majlis aqiqah & cukur jambul si kinting 4 tahun lepas, masa ni umur si kinting baru sebulan lebih. Sekarang kus semangat anak ibu... :-)

08 June, 2012

Temubual santai bersama Azli Paat

Kamu pernah dengar DAPAT? Pernah mengundi peserta pilihan AF (AFUNDI)? Pernah menggunakan MySMS, RakanCOP atau i-Metro? Ok, apa itu DAPAT? DAPAT adalah short code SMS untuk 32728. Kalau tak percaya, cuba tekan 32728 pada standard handphone keypad, mesti dapat DAPAT kan? Anyway, En. Azli Paat adalah pengasas kepada DAPAT SMS & perkhidmatan-perkhidmatan seperti yang tersebut di atas. Dan sekarang beliau giat memperkenalkan produk/perkhidmatan terbaru beliau yang di panggil ADACODE. Beliau juga ada memberikan ceramah, seminar & perkongsian maklumat serta tips terkini mengenai teknologi maklumat di media massa seperti BERNAMA Radio 24, Klasik.FM, Astro AWANI, Berita Harian & The Star.

Maka atas sebab itu, beliau dipilih sebagai tokoh keusahawanan untuk projek berkumpulan kami. Lagipun, 2 tahun lepas, aku ada mendengar ceramah beliau tentang pemasaran & internet yang telah di anjurkan oleh PUSPANITA kementerian dan aku dapati tips-tips serta idea beliau berkenaan keusahawanan adalah menarik. Ditambah pula beliau tidak sombong, senang diajak berbicara & sempoi, maka aturan perjumpaan untuk temubual tersebut menjadi mudah. Bila dah bertemu bual tu pun, kami jadi tak segan silu nak bertanya soalan dengan beliau, siap masing-masing melawak lagi ada.Apapun, pertemuan aku & ahli kumpulan bersama pakar IT & tokoh keusahawanan ini telah membuka mata & minda kami tentang banyak perkara berkenaan prinsip keusahawanan anak jati Batu Pahat ini. Alhamdulillah, temubual selama lebih kurang 2 jam itu telah berjalan dengan lancar.





p.s : Malu weii bila beliau yang tunggu kami sebab kami sesat barat nak menyampai ke Desa Sri Hartamas ni. Moral of the story, jangan yakin sangat dengan google maps atau GPS kalau tempat yang dituju tu kita tak biasa pergi. Kalau google maps / GPS bagitahu tempoh perjananan adalah 36 min, belum tentu kamu sampai dalam tempoh waktu tersebut. Dasar buta jalan KL, macam ni laa T_T

06 June, 2012

Wordless Wednesday #9

Aku ada je. Jarang-jarang, hehe.

05 June, 2012

Agenda bulan ini

Agenda bulan ini, jun duaribuduabelas.

2 & 3 : Pernikahan & persandingan sepupu (anak Mak Teh, si abg) aku di Lumut   I can't make it :-(

7 : Buat sesi temubual untuk projek TM & Keusahawanan, pergi pejabat peguam.

9 & 10 : Pernikahan sepupu aku (anak Mak Teh, si adik) & Majlis Menyambut Menantu (si abg & adik)  InsyaAllah. Makcik Juli dah ajak buat kek untuk kudap-kudapan minum petang sewaktu kenduri. Projek akan berjalan sehari sebelum majlis tersebut. Kena tebus ketidakbolehhadiran di Lumut tempoh hari. Hopefully tertebuslah.

11 : Mid-term exam; Graphic programming. Gulps!!

13, 14 & 15 : Testing session at Melaka. Pergi balik hari.

16 & 17 : Pernikahan & persandingan sepupu aku (anak Makcik, si adik) di Sungai Besar. Nampak gaya kena bermalam di sana, 'orang berpantang' macam mana?

23 & 24 : Persiapan & pelaksanaan program Pembangunan Insaniah di Paya Indah Wetlands. Semoga semuanya berjalan lancar, amin. Ada siapa-siapa sukarela hendak turut serta? Pengangkutan disedia (UKM, Bangi - PIW, Dengkil / Putrajaya - PIW, Dengkil), makan minum ada, sijil dapat, t-shirt percuma, haa..berminat? Hubungi saya di chempaka_aurora at yahoo dot com.

26 : Temujanji bulanan di Klinik Ortopedik, Hospital Putrajaya. Kena cuti, kena cuti. (Boleh dapat ke?)

30 :  Persandingan sepupu aku (anak Makcik, si abg) di Banting.

Nina, jangan lupa prepare soalan untuk temubual, jangan lupa sain dokumen dekat pejabat peguam, jangan lupa luangkan masa buat kek, jangan lupa beli hadiah(s), jangan nak studo sangat..study!study!study!, jangan lupa jalankan tugas dengan dedikasi, jangan lupa progres program insaniah(no money, no talk, no money, projek tak jalan), jangan lupa minta cuti untuk bawa encik laki pergi temujanji.

04 June, 2012

Sini ada hantu ibu

Mula-mula aku ingat nak tempek gambar simbol kawasan kemalangan, google punya google jumpa gambar perut terburai, kepala berkecai, darah bersimbahan...ades, berombak dada & menjolok tekak aku melihatnya.  Sebenarnya sajalah nak menyembang pasal si kinting, tengah teringat & rindukan dia padahal dia bukan kemana-mana pun, ada je dekat tadikanya tu. Mesti ibu-ibu sekalian pun macam aku kan? Mesti teringatkan anak bila anak tak di depan mata.

Al-kisahnya bulan lepas, aku terpaksa ke Bandar Salak Tinggi atas urusan duniawi..huhu. Maka aku angkut la En.F & si kinting bersama. Aku ingat nak ikut jalan baru, sekali En.F tunjukkan aku jalan lama. Aku memang cuak dengan keadaan jalan lama tu, dengan jalannya kecik, berkonar-konar, senak perut aku nak memandu. Si kinting pulak bila dia tengok jalan tu dalam hutan, senyap sunyi mula la dia bukak mulut, "Ibu ikut jalan mana ni? Kita dah sesat ke ibu? Habis la nanti lama-lama minyak kete habis, nanti keta ibu rosak. Lepas tu hari dah malam, hantu datang, macamana? Nanti gelap, Anim takutlah ibu." T__T Err..ok fine. Auta sungguh budak kecik tu padahal masa tu baru jam 3 petang kot nak oi. Aku pun terfikir, mana la anak aku dapat cerita macam tu. Dalam pada dok fikir-fikir tu, dia ternampak simbol tengkorak kawasan kemalangan tu, dia tanya aku lagi, "Ibu, sini ada hantu ke ibu?" T__T

Maka aku terangkan pasal simbol tu supaya anak aku tak terus-terusan mempercayai ilmu salah. Dan barulah aku teringat yang anak aku dapat cerita tadi hasil tontonan filem Karak. Yang adegan awal-awal tu, kisah sepasang suami isteri terkandas tetengah jalan kat Lebuh Karak waktu tengah malam sebab kereta dorang rosak, kemudian si suami keluar cari pertolongan, alih-alih si suami kena 'makan' dek hantu. Si isteri yang di tinggalkan dalam kereta pulak rasa tak sedap hati, rasa macam ada sesuatu sebab anak dia tak henti-henti menangis. Kemudian, ada kereta polis yang meronda kawasan tu datang selamatkan dia, anggota polis tu dah ingatkan wanita tu jangan tengok atas, tapi wanita tu tetaplah nak tengok juga maka ketakutanlah dia lalu fengsan (kot) di situ melihatkan objek yang bergentayangan di atas bumbung keretanya. Inilah versi paling diceritakan tentang hantu jalan Karak yang aku pernah dengar. Sampai ke anak aku cerita tu disampaikan cuma bezanya dia tahu dari tv. Macam mana dia boleh join tengok pun aku tak pasti. Aku bajet time tu dia dah tidur. Al-maklumlah, semenjak dua menjak ni kami anak-beranak tidur dekat ruang tamu maka kekadang tak kami tengok tv, tv yang tengok kami. Tapi itulah, cerita si kinting sungguhlah berlandaskan pengaruh tv. Jenuh aku nak terangkan cerita dalam tv tu rekaan aje.

Ok, cerita lain. Kan dekat astro selalu ada iklan pasal pencarian Kilauan Emas ke apa tu yang ada pakcik berlatih nak masuk audition nyanyi lagu Cik Mek Molek. Si kinting kemain gemar dengan lagu tu. Tapi yang tak menahannya, dia sebut, "Senyumlah, senyumlah ahai cekik molek." Diulang-ulangnya banyak kali. Bila aku betulkan sebutan dia, kemain dia menjawab, "Anim tau la Anim pelat". Hish, budak kecik ni mau bergaduh aje keje kami ni kalau ditegur selalu. Ooook lah nak, pelan-pelan kayuh la ye. Lagi satu, semalam aku minta dia tulis A,B,C sampai Z..dia pun tulis tapi tak semua. Bila aku tanya T mana? I mana? R..S? Bla..bla..bla.. Bila aku suruh dia tulis semula, senang je dia cakap, "Anim tak mampu lakukannya ibu". Maka berkatalah aku kepada dia, "Anim mampu, percayalah." Ye, dialog berciri pementasan drama sekolah telah terjadi di situ. Layankan ajelah.

01 June, 2012

Lelaki merenyam di alam siber. Diamkan? Abaikan? Bincang?

Aku pernah terbaca satu fakta dalam satu majalah yang aku dah lupa apa namanya. Fakta yang mengatakan golongan isteri tidak perlu emosi tentang kecenderungan suami flirting di alam siber kerana hanya segelintir sahaja yang bermaksud untuk berbuat lebih dari itu.

Aku pernah lihat ada si suami yang suka tambah kawan perempuan yang cantik-cantik, seksi-seksi sebanyak mungkin di laman sosial. Kalau boleh nak tambah yang muda-bergetah, stailo-mailo, aksi menggoda & sporting ajeee. Tak dapat tambah, dapat subscribe pun jadilah. Aku juga pernah lihat si suami yang suka like status atau gegambar perempuan-perempuan tadi. Kalau like status yang elok-elok takpe lah juga, ini like status berbunyi cenggini  "hurms..malam ni saya sunyi :( ", "saya sudah patah hati, adakah yang sudi mengganti?"..yada..yada..yada. Tak semena-mena jadi rakyat Malaysia yang prihatin ye. Tang gambar pun sama. Kalau dapat gambar yang tayang kegebuan badan, huii..bukan main mencanak naik rating like nya. Lepas tu komen dengan ayat-ayat pancing. Manis bersari gitu ayatnya. Macam terjelly-jelly gigi nak menyebutnya (ibarat lembut gigi dari lidah kaedahnya kau!) sebab automatik suami-suami tadi jadi gentleman tahap dewa. Kalau jenis yang gelojoh, ayat 'straight the point' pun ada. Itu tak termasuk part sapa-menyapa di ruangan sembang  atau private message pula. Soalnya, adakah  wanita menganggap sikap sebegini adalah normal kerana dah namanya pun lelaki, flirting for fun is not a big deal.  Iya ke?

Mungkinlah kat niat asal hanya nak bersuka-suka, nak buang masa, nak cuba-cuba tapi kalau ada kesempatan, ada peluang, tangan bertepuk sama-sama maka kemungkinan untuk pergi lebih jauh itu ada, kan? Waktu itu, banyak mana kucing yang hendak biarkan ikan elok terhidang di depan mata? Jadi, mana boleh beralasan flirting dan lelaki tidak boleh dipisahkan. Naik lemak la jejantan semua kan? Okay suami, mari kita selesaikan bersama sebilah pisau & chopping board secara harmoni dari hati ke hati.

Okay, katakan lah kalau kita tahu kawan suami kita ada orang lain. Kita pun fikir, kasihan isteri dia, suami main kayu tiga. Tapi kita diamkan sahaja dengan harapan lambat laun isteri itu akan tahu juga nanti. Sedangkan dalam kita diam-diamkan itu, kita tidak tahu suami sendiri pun dua kali lima juga. Bila isteri kawan suami kita tahu hal sebenar, tentang suami dia dan suami kita, dia pun buat perkara yang sama, diamkan dengan harapan kita tahu sendiri nanti. Bila tembelang telah pecah, adakah kita rasa dia sengaja merahsiakan itu semua demi membiarkan kita terus dipermainkan suami? Atau kita rasa dia buat itu semua demi memastikan rumahtangga kita tidak berkocak disebabkan oleh perkhabaran buruk yang disampaikan oleh dia? Pilihlah sendiri antara positive or negative judgementalism, mana satu yang kamu suka dianggap & menggangap kerana risikonya sendiri hadap juga nanti. Pada aku yang penting, kita sesama wanita perlu tambahkan empati di samping simpati sesama sendiri, bukan seronok diam-diam dalam hati bila kita rasa nasib kita lebih baik / paling pandai jaga suami.