23 July, 2012

Fadhilat Surah Al-Kautsar


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah, bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10 kali pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10 kali, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000 kali, rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 kali, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

8) Untuk banyakan susu ibu, amalkan selalu semasa memerah dan menyusukan anak.

TERJEMAHAN SURAH AL KAUTSAR
(KEBAIKAN YANG BANYAK)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

1. Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).
2. Oleh itu , kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai syukur).
3. Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang dingininya).

Rujukan : Amalan membaca surah-surah pilihan.

20 July, 2012

One lovely blog award

Maceh Ayu untuk anugerah blog ittew. Memang berpatutan dan bersesuaian bukan? From a lovely blogger to another lovely blogger..isn't that lovely? Ihiks-ihiks. Okay, tahu..tergewdix sudah.


Ya, menerima anugerah tanpa sesi soal jawab adalah tidak sah. Maka ini dia;

What is your favourite dessert?
I'm a sweet tooth person so i enjoy eating dessert. Dari pengat, puding, kuih-muih, kek, aiskrim. I will feel something is missing if i'm having a meal without a dessert. Parok okeh, parok.

When you're upset, what do you do?
Cry (fragile, huh?). Eat. Sleep. Karaoke. Shopping. Talk to myself, haha.

What was your favourite pet?
Cats. Call me Ummu Hurairah. I can't accept any reptiles or amphibians as pets. Meremang bulu roma.

What do you prefer to wear, black or white?
Black, i hardly wear white because for me white clothes get dirty easily (malas nak menjaga kaedahnya). But white is nice, white is classy ;-)

What is your biggest fear?
Lost faith in religion.

What is perfection to you?
  Living life meaningfully.

What is your attitude mostly?
Non-judgemental & sarcastic but sometimes my sarcasticness can lead a misunderstanding to others.

What is your guilty pleasure?
Shoes. Accessories. Clothes. And of course fooooOOoooods.



Sila la amik ye kengkawan.

18 July, 2012

Penyakit hati

Ini adalah salah satu penyakit yang aku mintak dijauhkan. Dijauhkan daripada penyakit hasad dengki khianat. Mohon dijauhkan sangat-sangat. Kerana harta pusaka, ada yang sanggup menganiaya saudara sendiri. Kalau dulu dia pulun seorang, bila ayah/bonda pergi, dia tak puas hati harta kena dibahagi-bahagi. Sanggup tengok saudara sendiri menderita dek kerana tamak macam la harta tu nanti boleh di bawa mati. Orang lain datang menziarah untuk bagi sokongan & doakan yang baik-baik, dia buat muka masam kelat tengok saudara sendiri beransur sihat, lalu dihantar 'penambah' supaya ajal si saudara menjadi dekat. Memanglah benar ajal maut ditangan Allah, tetapi mengapa tergamak dibiarkan saudara sendiri menghadap ajal penuh derita. Terfikir tak waktu kamu menemui ajal nanti macamana?

Ada juga sesetengah perempuan yang berkehendakkan seseorang lelaki (suami orang), sanggup membelakangkan agama demi memastikan lelaki buruan hati lupa asal usul, lupa anak isteri. Duduk di rumah terasa 'panas', tengok muka isteri terasa benci, pandang si anak pun tidak rasa apa, kemudian di'usik-usik' pula si anak dan isteri si lelaki hingga hidup jadi tak terurus, diri tidak terjaga, tahap kesihatan menurun asalkan apa yang dihajati tercapai. Sudahlah mahukan hak orang, dianiaya pula diri orang yang dikehendaki & ahli keluarganya. Nampak macam baik, mulut sangat manis tetapi hati sangat dirty. Gunalah pawang sehebat mana pun, diimport dari luar negara sekalipun tapi kamu kena ingat, tiada apa yang dapat menandingi kuasa yang satu. Aku simpati, hanya kerana pangkat & kemewahan harta benda seseorang boleh digelapkan mata, digelapkan hati sehingga sanggup melakukan perbuatan sebegini. Nauzubillahiminzalik.

17 July, 2012

Program Lestari Alam Sekitar

Ini program untuk subjek Pembangunan Insaniah kami untuk semester ini. Kami sepakat memilih Paya Indah Wetlands, Dengkil sebagai lokasi.

Terkial-kial tuan tanah pegang penyodok. Ada member aku cakap, dia tak perasan aku tengah gigih menyodok tanah sebab badan aku dengan batang penyodok tu sama besar & sama warna. Padahal aku ni bukan la kurus kedengking pun..cess. Ker nak perli aku eh? Yela-yela, lepas ni aku diet..pfft! Haha.

Paling hujung sebelah kiri adalah adik aku. Aku ajak dia join sebagai peserta jemputan. Memang jemputan sungguh pun. Dia jadi mandur je, mak buyung kan, dikecualikan dari kerahan tenaga. Yang lain-lain tu semua ada potensi nak jadi hang kebunita. Yang versi k-pop adalah di depan sekali. Thihi.

Selepas berpenat lelah mencangkul bagai, petugas PIW bawa kami untuk lawatan konservasi.

Bapak badak menganga nak makan. Masa kami datang ni, ada sepasang badak tengah siap-siaga untuk makan. Pihak PIW akan beri makan 2 kali sehari dan untuk sekali makan, badak-badak ini akan dihidangkan dengan buah pisang/betik/rumput khas sebanyak 70kg. Kami diingatkan supaya tak suka-suki nak hulur tangan sebab sekali kena hempap dengan dagu badak tu, putus tak kembali woo.

Ini pula sesi makan tengahari untuk sang arjuna buaya. Buaya-buaya tersebut akan dipanggil menggunakan wisel untuk berkumpul di kawasan khas sebelum petugas PIW melempar puluhan ekor bangkai ayam untuk buaya-buaya tersebut ngap-ngup-ngep. Dah macam cerita Sang Kancil dengan Sang Buaya bila tengok buaya-buaya tu beratur nak makan, kau. Ingatkan 3,4 ekor je..sekali tengok, umang aii..dekat 20 ekor. Bak kata kawan aku, sesiapa yang terjatuh dalam tasik ni, kalau umur panjang, dari tak tau berenang pun automatik jadi pandai berenang sebab nak selamatkan diri punya pasal.

Merentas Rentis Thypa untuk kutip sampah secara berjemaah. Redup dan berangin tempatnya. Port pilihan kaki pancing. Jangan risau, tasik dekat kawasan ni bebas buaya. Jantan buaya je ada (kot).

Kelopak biji teratai. Isinya rasa macam umbut kelapa. Cara nak makan, keluarkan biji-biji tu dari kelopak, kupas kulit & buangkan cambah hijau yang terdapat dekat tetengah isi. Aku tak ingat apa impak makan cambah hijau tu..pepening aje kot, lagipun rasanya pahit, siapa la yang suka nak maka benda pahit-pahit kan? Tapi kalau termakan,  yang pasti..kau takkan k.o atau kerasukan.

 Sebelah petangnya pula ada ceramah 3M & 3R. Tergagap-gagap aku jadi emcee. Kali pertama & terakhir aku jadi emcee adalah masa kursus Penerapan Nilai Positif sepuluh tahun lepas. Masa tu aku dapat co-emcee yang very supportive, gentleman & macho, hilang nervous ahkak..ahak! But seriously, aku memang emcee yang kayu..bakat nanhado.

Dan obviously, topik entri macam tak relevan sebab tuan rumah lebih banyak tayang muka. Bhahaha.
Overall, program yang dijalankan oleh kumpulan aku ni santai-santai aje but still enjoyable. Tahun lepas dah buat sesi ramah mesra & sukaneka dengan warga orang tua, tahun depan harap-harap dapat la buat program kerjasama dengan universiti Thailand pulak. Aku teringin la nak jumpa Ananda Everingham. *tetibe*

16 July, 2012

Another final

Semester ini hanya perlu duduki peperiksaan akhir untuk 3 paper. 3 paper jerrrrr. Eh Nina, 3 paper yang tidak boleh dipandang enteng tahu? Kalau 1 paper ke laut, maka CGPA kau juga sama. Bila dengar cerita para senior betapa killer subjectnya TK2023 & TK2043, tak semena-mena kecut perut tapi macam tak ramping & tak kempis-kempis pun. Huhu. TM1923 bunyi sahaja macam senang tapi aku tak pasti sama ada aku mampu nak hafal setiap butir isi dalam buku teks untuk jawab 100 soalan banyak pilihan (konon nak salahkan faktor usia). Apapun, cuak ke, takut ke, gelabah biawak ke, kena hadap juga kan? Itu belum menghadap lagi subjek Tahun 3. Tak sabar rasanya nak berdarah hidung 2 semester. Yeay!! *lakonan semata-mata*
Takpe, takpe..yang penting : usaha, doa, tawakkal.

11 July, 2012

Sekitar Putrajaya Floria 2012

Blog ini sudah 'matdom' tanpa entri terkini kerana masa untuk betul-betul blogging belum ada. Yang ada sekarang ini, masa untuk curi-curi blogging aje. Maka. aku akan cuba update secara mendadak. Ok, get set go!

 Mood : \(*.*)/

Ini mungkin kali pertama, eh cop, kali kedua aku bawa si kinting ke Floria...erms, sebenarnya macam tak berapa nak ingat pernah bawa dia ke Floria ni. Sebabnya, tetiap tahun pun macam tak berkisah nak memesrakan si anak dengan bunga-bungaan (dasar si ibu malas hendak bersesak-sesak & berpanas-panasan yang akhirnya akan menyebabkan ibu & anak sendiri moody keletihan). Akan tetapi, memandangkan tahun ini si kinting sudah mampu membawa diri & behave, ditambah dengan pertunjukkan bot berhias (konon nak sukakan hati si anak tengok bot bercahaya warna-warni), maka aku gigihkan diri bawa si kinting ke sini.

Mood : \(*_*)/

Tak sampai sejam ronda-meronda, si kinting mengadu haus. Muka pun dah terkelat-kelat bila disuruh bergambar. Malangnya aduan si kinting tak dapat dilayan sebab aku tengok kemain panjang orang beratur dekat area gerai-gerai bergerak tu. Nak belikan dia air dari vending machine pun tak dapat sebab si ibu takde duit kecil. Mula la si kinting nak merempan tapi tak jadi sebab sebelum dia merempan, aku dah merempankan diri aku dulu. Punah terus rancangan nak tengok bot berhias. Demi untuk memulihkan mood si anak, aku bawa dia ke taman arnab. RM 3 per entry per person, makanannya pulak RM1 sepeket. Aku beli lobak merah sepeket, buat syarat untuk si budak kecik tu.



Mood : \(*o*)/

Aku rasa arnab-arnab kat situ semua dah trauma kekenyangan. Dalam banyak-banyak tu, seekor je yang jamah potongan lobak merah tu. Yang lain semua bolayan. Dah senak perut kot memasing dek melantak je kerjanya dari pagi bawak ke malam.

Penyu buatan ni jadi perhatian tapi si kinting tak dapat nak tengok dekat-dekat sebab orang tak putus-putus menempek nak bergambar kat kawasan ni. Gambar ni pun aku ambil waktu aku pergi dengan officemate. Sebelum bawa si anak, si ibu kena pergi buat site visit dulu..ngehngeh.

Aku teruja tengok bendalah ni dengan harapan anak aku juga akan teruja tatkala melihatkannya. Huh, takde maknanyer ye.

Kan aku dah kata..

Berlambak gerai jual kaktus cecomels ni. Aku cuci mata aje.

Terbajet diri adalah mentadak mentadu :P Pose pun bajet kiut lettew, puii. Err..bendalah tu pepatung rupanya, aku ingatkan suku sakat belalang. *Macamlah ada orang kisah*

05 July, 2012

Anti-carjacking 101

*click on image to enlarge*

Hope the tips can help prevent us from being a victim of carjacking. We have to admit that such crime can happen anytime anywhere. Because of that, we have to take some extra precaution just to ensure our own safety.  Haih. Ya Allah, mohon dijauhkan kami dari kejadian sebegini, amin.

03 July, 2012

Gian nak berblog

Ini pengantin terakhir bulan Jun. Gila marathon sepupu-sepupu aku ni kawen tetiap minggu, 4 pasangan kesemuanya. Alhamdulillah selesai sudah. Hilang semak kepala makcik pakcik aku anak teruna masing-masing dah kahwin. Tak tau la pulak kalau lepas ni semak perut masing-masing nak melayan cucu pulak.

Si isteri sepupu aku ni asalnya tak jauh, orang Kampung Salak Tinggi je. Kenduri bertandang pula sepupu aku buat di Kampung Endah, Banting. Itu rumah neneknya sebab sepupu aku ni memang dari kecil duduk dengan si nenek. Dulu zaman sekolah rendah & menengah, merasa la aku habiskan cuti sekolah kat Kampung Endah ni, bergaul dengan masyarakat jawa. Sempat la aku berkawan dengan sorang pakwe Jawa dulu. Tall, dark & slim gitu. Hari tu waktu kenduri, aku ada terserempak dengan dia, bini dia & his new born baby. Ntah dia cam aku ke idak. Tapi aku cam la dia sebab muka dia tak banyak berubah pun walau dah dekat 14 tahun berlalu. Makcik aku pun boleh ingat kisah kami dulu, siap cakap, "Ala kak long, ni si ******* (nama terpaksa dirahsiakan..puii..haha) pakwe lama ko dulu. Bini dia baru beranak. Bla..bla..bla.."  Ouch, i tak suka tau diKMJ-KMJkan cenggitu..hihi.

Seperti selalu, haruslah aku interframekan diri bersama si kinting. Err, iklan Oh My English japs..which is correct? interframe or enterframe? or none? Aku keliru sudah. Eh, anak aku duduk silang kaki kah itu? Auw my daughter!

Ini gambar yang diambil oleh si kinting. Aku cuma tolong editkan sikit. Aku suka gambar ni. Nampak klasik. Ada sentuhan peribadi walaupun aku tahu si kinting main ambil je. Since dia dah mula tunjuk minat, aku pun kena la mula pasang niat, belikan dia kamera cabuk untuk bereksperimentasi. Mana tahu, ada rezeki lebih boleh masuk kelas fotografi. Menurun juga darah seni ibu kat kamu ye nak. *berseni la sangat ibunya tu*

Eh, tayang muka lagiii. Huhu. Saja la nak tunjuk hasil kerja mekap aku yang tak seberapa, gambar tahun lepas kot.  Hasil foundation cream & bedak tabur Naturactor. Boleh la cover ketakmulusan kulit muka aku tu. Err..korang perasan tak lazy eye aku?  Huhu. Aku tak menuntut lagi teknik mekap yang sesuai untuk itu. Apapun, sesiapa yang dah ada tips tu, bolehlah kongsi-kongsi ye.