28 November, 2012

Puan atau permaisuri

Picture Google-ed
Diceritakan oleh rakan sekelas aku tentang seorang rakan sekelas lelaki kami. Beliau tinggal di Dengkil dan kebetulan seorang lagi rakan sekelas kami; wanita, bujang dan non-muslim tinggal di dalam daerah yang sama. Oleh itu, rakan sekelas wanita non-muslim tersebut telah meminta untuk menumpang rakan sekelas lelaki kami ini untuk ke kelas. Atas dasar ingin membantu, rakan sekelas lelaki kami yang ini bersetuju untuk menumpangkan rakan sekelas kami tersebut. Disebabkan rakan sekelas lelaki kami ini sudah berkeluarga dan sedar tidak berapa manis untuk seorang wanita bujang menumpang kereta dia, maka dia menggunakan cara tersendiri supaya keadaan yang tidak manis itu tidak menjadi-jadi tidak manisnya. Maka beliau membuat tawaran, "Kalau u duduk depan, u jadi Puan, kalau u duduk belakang, u jadi Permaisuri. U pilihlah nak jadi apa." Dan eh, siapa yang tidak mahu jadi Permaisuri, bukan? Makanya setiap kali rakan sekelas wanita non-muslim kami itu menumpang, dia memilih untuk duduk di bahagian belakang.

19 November, 2012

Misi Bantuan Krisis Kemanusiaan Syria

Kepada anda yang berkemampuan, marilah kita sama-sama berinfaq untuk saudara seIslam kita di Syria yang memerlukan.


"--- On Fri, 9/11/12, Isa Maaroff <isa.maaroff@yahoo.com> wrote:

From: Isa Maaroff <isa.maaroff@yahoo.com>
Subject: [IKRAM Selangor] Krisis Kemanusiaan Syria + Flyers
Date: Friday, 9 November, 2012, 3:08 PM
Salam, Tuan/Puan/Cik yg saya kasihi dan lebih dikasihi oleh Allah SWT,

Disaat saya sedang menulis email ini kepada tuan/puan, sedang ada anak-anak kecil, orang tua, wanita, lelaki dan pelbagai lapisan masyarakat di Syria sedang diambang maut dibawah kezaliman regim Basyar Al-Assad. Mereka disembelih, dipotong tangan/kaki, diculik dan dirogol, dizalimi dengan pelbagai cara sewenang-wenangnya hanya disebabkan keinginan mereka untuk bebas daripada pemerintahan diktator yang sangat zalim selama lebih 40 tahun.
Tambahan pula sekarang ini, musim sejuk telah tiba di Syria dan kebanyakan mereka hanya berlindung dibawah khemah-khemah nipis atau lebih teruk hanya berteduh di bawah pohon-pohon zaitun.Mereka sangat-sangat memerlukan bantuan baju sejuk, selimut, dapur, makanan, dan keperluan asas lain untuk meneruskan hidup. 

Salam Syria, adalah salah satu daripada entiti di bawah Jawatankuasa Pembelaan Ummah Pertubuhan IKRAM MALAYSIA (IKRAM) yang cakna kepada isu dan kemelut yang berlaku di Syria. Kami ingin mengajak tuan puan untuk infaq sedikit daripada harta yang Allah berikan kepada tuan/puan/cik untuk membantu saudara Islam kita di Syria.

Kini terdapat 30 buah NGO yang telah bersama-sama bergabung berada di dalam Pertubuhan GSS (Gabungan Selamatkan Syria) dan berusaha kearah meringankan penderitaan rakyat Syria.
30 NGO dibawah GSS ini sedang mengumpul dana untuk keperluan saudara-saudara kita disana di bawah satu misi yang dinamakan 'Life Line 4 Syria' (LL4S). Jumlah kutipan yang dianggarkan akan dibawa ialah sebanyak RM2.5Juta dan Pertubuhan IKRAM mensasarkan untuk mengutip sebanyak RM1 Juta. Untuk pengetahuan pihak tuan/puan/cik misi LL4S akan bergerak pada 20 November 2012 yang akan datang. Jadi hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.
Dengan rasa rendah hati, saya memohon jasa baik tuan/puan/cik untuk infaq kepada mereka melalui akaun dibawah:

                            Pertubuhan IKRAM Malaysia
                            BIMB : 120 290 100 635 12

InsyaAllah resit sumbangan tuan puan akan dikeluarkan (mohon scan dan email slip bank kepada Encik Khalil bin Khamis (Biro Publisiti Salam Syria): abuadham1969@yahoo.com.my ATAU khalil@medivest.com.my )
Moga-moga sumbangan tuan puan dapat meringankan sedikit keperitan yang ditanggung oleh mereka selama ini dan moga ianya menjadi amal jariah yang berpanjangan buat tuan/puan/encik/cik sekeluarga hingga ke akhirat sana. Amin..

Mohd Isa Bin Maaroff
019 2117211
Pengerusi JKPU IKRAM Gombak---"


16 November, 2012

Lelah

Ada perkara-perkara yang aku geramkan
Ada perkara-perkara yang aku marahkan
Ada perkara-perkara yang aku kesalkan
Semuanya menjadi duri dalam hati
Semuanya menjadi racun dalam diri
Semuanya menjadi bisa bak ditusuk belati
Mungkin ada yang cemuih
Mungkin ada yang menyampah
Mungkin ada yang benci
Biarkan kerana aku sudah lelah
Diam lah aku selagi aku boleh diam
Pendam lah aku selagi aku boleh pendam
Hadap lah aku selagi aku boleh hadap
Walau mendung sentiasa berarak
Walau hari sentiasa kelam
Walau tiada siapa yang faham
Ada perkara-perkara yang aku geramkan
Ada perkara-perkara yang aku marahkan
Ada perkara-perkara yang aku kesalkan
Kerana sukar untuk aku melupakan
Kerana sukar untuk aku memaafkan
Bila hanya aku yang berbuat begitu

11 November, 2012

Cair hati jadinya


Malam tadi aku telefon mak aku. Lepas tanya itu ini, mak aku buka cerita pasal si kinting. Ceritanya, petang tadi si kinting tengok-tengok gambar dalam album yang disimpan dalam bilik ayah aku. Dalam pada dok belek-belek tu, dia ternampak gambar aku & En.F. Tiba-tiba dia cakap pada atuknya, "Anim rindulah kat babah & ibu, tapi Anim sayang atuk sangat-sangat.Macam mana ye?" Huii, hati siapa tak meleleh dengar luahan sebegitu kan? Maka si atuk pun bagitahu yang adik aku akan bawa dia balik sini. Alolo. Aku ingatkan kami aje yang rindukan dia sejak seminggu dia habiskan masa kat Kuantan nun, rupanya dia pun sama. Tapi dek kerana tak mahu kecilkan hati si atuk yang sentiasa nak berdampingan dengan cucunya itu, pandai pulak si kinting berdiplomasi. Meleleh air mata aku dengar cerita mak aku tu. Eii..tak sabar nak tunggu dia balik sini esok, nak peluk budak gebu! Minyo-minyo gum-gum!

09 November, 2012

Misi diakhiri..!

2 minggu lepas Makcik Juli & Pakcik Harun telah menyedari bahawasanya terdapat 'Cik Menti' enak-enak menginap di dalam sofa rumah aku. Kemain elok dia buat lubang di bahagian bawah sofa tu untuk bersarang. Memang tak sangka lah dia nak berumah dekat situ sebab selama ni jarang sangat aku terserempak dengan 'Cik Menti'. Lagipun aku pernah letak racun tikus dekat luar rumah makanya ingat dah takde yang hidup lagi. Rupanya yang seekor ini bukan main berani. Siap boleh ke hulu ke hilir mencicit depan kami.

Makanya Pakcik Harun & Makcik Juli membelikan racun tikus sebagai langkah membasmi.  Racunnya diletak di kawasan persiaran tikus (sudut dapur dan bahagian belakang rumah) dengan harapan kojol lah si tikus itu nanti. Malangnya, misi ini gagal. Lubang di bawah sofa semakin besar.

Maka diletakkan pula racun tikus itu di dalam bahagian bawah sofa, dengan harapan yang sama. Tapi waktu itu aku harap janganlah 'Cik Menti' hembuskan nafas terakhir bawah sofa, nanti hazabedah nak menguruskan bangkai tikus & membersihkan sofa supaya bersih & bebas kuman. Tetapi, sekali lagi, misi membasmi tetaplah gagal. Pandai kau ye 'Cik Menti', tak layan bongkah macam kapur warna biru. Nak layan buah mangga, lauk kari atau ikan pari masak asam pedas aje ye. Cess. Tak memadan kan?  Pantang ada lauk pauk dalam periuk atas dapur, walaupun bertutup, keesokkan pagi mesti ada isi lauk yang terjelepuk di lantai, hasil kerjaan 'Cik Menti'. Terus teringat watak tikus dalam animasi Ratatouille. Hanya comel sebagai watak animasi tetapi tingkah laku sebegitu di alam realiti tidak boleh dibiarkan.

Jadi, ikhtiar seterusnya adalah memasang perangkap jerangkap samar. Tukang siapkan perangkap adalah En.F. Dia beli perangkap bersama sotong kering kerana menurut tauke kedai tempat beli perangkap tikus tu, tikus suka makan sotong kering. Potong sotong kering kecil-kecil & bakar supaya bau sotong tersebut tersebar & menggoda nafsu si tikus. Kemudian sangkutkan pada perangkap.  Oh ye, sotong kering yang dimaksudkan adalah seperti di bawah;

 
Bukan sotong kering bergula seperti ini ye;

Tapi En.F ada beli juga, katanya dia ingat sotong kering yang ini *facepalm* Kalau yang ini daripada dibagi pada 'Cik Menti' baik kita yang 'CEKIK'. *dengan nada suara ala Aziz Zatar dalam Filem Bujang Lapuk*

Akhirnya, usaha di atas membuahkan hasil. 
Sepandai-pandai engkau 'Cik Menti', akhirnya masuk perangkap jua.

Seterusnya adalah misi pelupusan. Yelah, takkan nak bagi 'Cik Menti' ni lepas bebas pulak kan? Huhu. Maka aku bertanya pada En.F, macam mana nak bagi tikus ni mati. Dia jawab nak jirus dengan air panas je. Huii, gila Zionis. Aku cadangkan En.F bagi lagi sotong kering bakar pada 'Cik Menti' tapi bersama racun. Biar dia bersemadi dengan aman.

Lepas ini,  kena operasikan sofa pula, tutup lubang. Haih.

08 November, 2012

My little Minah Minachi





Abaikan cara duduknya itu T__T
Tahun ini si kinting buat persembahan tarian hindustan, Ladki Badi Anjani Hai dari filem Kuch-kuch Hota Hai. Tiap-tiap hari pergi sekolah, dia lagi teruja nak berlatih menari dari belajar. Masa buat raptai pun bukan main seronok lagi dia. Mungkin sebab buat raptai dekat dewan, suasananya lain dari sekolah. Sampai putus-putuslah selipar beraptai bagai, jadi kerja la pulak si cikgu nak kutipkan selipar dia tu & aku terpaksa dokong kanak-kanak ribena 21kg ini ke kereta. Huii..macam nak terjatuh peranakan rasanya. Tapi kan, kalau tengok dia buat ulang tayang tariannya tu memang senak perut lah ketawa. Mana taknya, dengan keadaan badan yang gebu-gebu itu, dia melutut sambil henjut badan, sambil putar tangan ala agogo, kepala terangguk-angguk macam bersungguh sangat..hihi. Kemain lagi dia. Hurm..tahun depan apa pula la persembahan kamu ye nak? :-)

04 November, 2012

Sesekali menghiburkan hati si anak

Ini darmawisata sewaktu cuti Aidilfitri yang lalu. Memang ini entri yang outdated tapi yelah, bukan selalu dapat menghiburkan hati si jantung hati begini.













Dari anak bawa ke mak bapaknya, semua teruja, semua gembira. Keesokkan harinya si anak ajak pergi lagi. Err..kamu ingat ini macam kita pergi taman permainan depan rumah ke nak? Itu boleh la nak pergi hari-hari. Huhu.. pitams seketika.