11 June, 2013

Speechless ibu, nak oii.


Budak di atas ni memang banyak ikut iras babahnya. Bak kata orang-orang tua, sejuk gitu. Harapnya cam gitu lah. Satu petang, dalam perjalanan balik lepas ambil si kinting dari tadika, seperti biasa, aku akan ajak si kinting menyembang.

Ibu : Anim ni macam rupa babah lah.
Si kinting : Mana ada, macam rupa ibu lah (dengan kening berkerut, macam keliru gayanya)
Ibu : Tak lah, Anim macam babah. Tengok muka Anim, mata Anim, hidung Anim, mulut Anim..semua macam babah.
Si kinting : Takkkk..Anim macam ibu. Anim kan girl. Ibu girl. Babah boy.
Ibu : Ye la, tapi muka Anim sama macam muka babah.
Si kinting : *Diam dengan muka blur dan kemudian bersuara* Tapi babah tu cekelat, Anim tak cekelat, mana samaaaaaaaaa.
Ibu : Errrrr.....*dalam hati : ibu pun cekelat jugak nak oii..cair sikit dari babah kamu je*

3 comments:

  1. rambut tu yg paling mahal. Tu pun ikut abah ke?

    ReplyDelete
  2. @LydSunshine : haah..tu yang terpaling ikut babahnya.

    ReplyDelete
  3. Hahahahaa Anim Anim.. Dah lama tak blogwalking. Sekali masuk sini tgk gambar Anim, yang mula2 nampak - rambutnya! Wah lebat sungguh :)

    Nk jemput ke alamat baru - ayuejadalisya.blogspot.com :)

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)