30 January, 2014

Asas keusahawanan

Aku selalu teringat kenangan aku tolong emak aku meniaga masa aku bebudak dulu. Aku pernah tolong mak aku jaja kuih sekeliling kampung tempat tinggal kami. Mak aku menggunakan kelebihan kemahiran memasak dia untuk berniaga tapi masa itu modal pun kecil-kecil aje maka berjaja ajelah yang mampunya. Tapi aku ni pemalu. Nak melaung "kuih-kuih!" pun, suara keluar perlahan aje. Selalunya kawan-kawan sepermainan menyibuk sekali mengekor aku keluar menjaja. Lagi la aku malu. Padahal takde apa yang nak dimalukan pun, huhu. Anyway, dari situ dapatlah sikit duit untuk mak aku buat belanja dapur tapi aktiviti tu tak bertahan lama. Selain menjaja, mak aku ada hantar kuih-muih buatan dia ke kantin hospital. Masa ni subuh-subuh lagi ayah aku akan bawa mak aku naik motor hantar kuih. Kadang-kadang jiran belakang yang berkerja di hospital ada tolong hantarkan juga. Bagi mendapatkan duit belanja raya, mak aku ambil tempahan biskut. Masa tu mak aku buat biskut raya yang oldskool aje macam biskut kelapa, tat, peanut butter dan samperit. Mak aku akan susun biskut raya tu atas kertas pembungkus nasi tu dan sampulkan dengan plastik sebelum distapler. Aku la jadi tukang hantar ke rumah jiran tetangga yang mengorder. Aku ingat lagi kali pertama mak aku dapat untung berniaga biskut raya, dia bawa aku adik-beradik beli baju raya dekat bandar & berbuka makan nasi ayam dekat gerai benteng. Seronok sangat rasanya. Lama juga mak aku maintain bisnes kuih raya dia, dari aku sekolah rendah sampai aku dah berkerja. Masa tu mak aku dah ada biskut-biskut yang memang jadi signature dia macam cheese cake (nama aje gitu tapi bukan kek ye), mainland sq (yang ini aku suka makan panas-panas), mama carries, tat nenas & almond london. Kalau ada request dari regular customer, dia buat juga macam biskut mazola, dahlia & samperit. Maka, bulan puasa badan aku ni bau macam tepung biskut jua adanya. Loya mengadap kuih siang malam. Sebab itu bila aku beraya rumah orang, aku akan cari biskut raya yang lain dari rumah sendiri kecuali tat nenas lah. Itu all-time favourite di mana sahaja. Tapi mengenangkan duit raya, eden bekojo sekueknyo..haha.

Bila ayah aku dapat beli rumah dan kami berpindah,  mak aku berniaga pula nasi lemak depan rumah. Ayah aku buat sendiri gerai bergerak. Senang nak tolak. Sebelum buat gerai tu, pakai meja. Sesubuh hari aku dengan adik akan angkat meja, pasang payung sebelum angkut bebarang niaga. Settle mengangkut, aku akan tolong mak aku berjual. Sebelum tu, aku & adik no. 2 akan bangun tolong mak aku prepare bebarang jualan. Potong timun, kupas telur, masukkan nasi lemak dalam termos, goreng kuih muih, mesin gula donut, salutkan donut dengan gula dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa, heheh. Tapi aku paling lemau kalau kena tolong prepare inti karipap, potong kentang atau keledek, kupas ikan bilis atau potong cili..haha. Renyah, leceh. Suka sangat nak mengelat part tu, tapi selalunya tak boleh lari, kena buat jugak, huhu. Dalam jam 7 lebih-lebih sikit mak atau ayah aku akan take over sebab aku nak bersiap ke sekolah pulak. Cumanya bila masuk sekolah menengah, tugas menjual tu aku buat time cuti aje.

Kemudian mak aku dapat sewa gerai dalam kafetaria TNB. Dekat situ mak aku jual makanan berasaskan mi. Mi kari, mi rebus, mi soto. Sambutannya menggalakkan sampaikan mak aku dapat mak ayah angkat waktu berniaga dekat situ. Mak ayah angkatnya tu asalnya pelanggan tetap, pasangan suami isteri pesara yang sukakan kucing. Aku ingat lagi kami pernah bertandang ke rumah mereka yang penuh dengan kucing. Sekejap aje mak aku dapat meniaga dekat situ atas sebab-sebab yang aku tak berapa pasti.

Selain itu, mak aku juga amik tempahan. Buat tempahan kenduri, mesyuarat. Maka kami adik beradik ni dikerah membantu..hihu. Mak aku ada juga tolong masak dekat majlis orang kawen & tolong kawan dia yang meniaga buat kuih. Kalau diikutkan, penat memang penat tapi duit itulah yang mak aku gunakan untuk membantu ayah aku menampung perbelanjaan kami sekeluarga dulu.

Inilah memori asas keusahawan aku. Walaupun aku diberi pendedahan berniaga sedari kecil, tetapi minat & kemahiran berniaga tu macam tak berapa terpupuk dalam diri aku. Bakat nan hado. Teori dah belajar dari zaman sekolah sampailah ke IPT. Tapi tu lah, zaman sekarang dengan kos sara hidup yang makin meningkat, aku cuba jugalah berjinak-jinak berniaga untuk mencari duit poket, duit tepi. Mudah-mudahan adalah rezekinya nanti.

No comments:

Post a Comment

care to drop a comment? thanx! ;-)