24 January, 2014

Ukasyah - Momento pengalaman melahirkan

Aku melahirkan Ukasyah ketika beliau berusia 39 minggu ++ di dalam kandungan. Sama seperti si kakak. Tanda untuk melahirkan juga sama, keluar tanda darah. Waktu keluar tanda juga lebih kurang sama, sekitar jam 3 pagi. Cuma waktu si kinting dulu, aku tak rasa sakit masa keluar tanda, yang si adiknya ni, perut aku dah mula mengeras dan memulas, sakit pinggang pun dah terasa (the pain is still bearable gituh) tapi aku tetap pulun tidur untuk mengumpul tenaga kaedahnya kerana khuatir tidak cukup tidur boleh menyebabkan aku keletihan seperti kelahiran pertama dahulu.  Maka beradu lah aku secara on and off sehingga jam 10 pagi. En.F pula telah diperingatkan untuk ambil EL sewaktu subuh sebelumnya.

Sewaktu ingin bersiap, contraction semakin kerap terasa. Bila sakitnya datang, kalau aku berjalan/berdiri, cepat-cepat aku duduk. Kalau dah duduk pula, aku menyimpuh, menahan dinding. Itu yang ambil masa hendak bersiap. Sudahnya, jam sebelas lebih barulah kami bertolak ke Hospital Az-Zahrah, Bangi. Sempat juga la aku duduk sekejap depan pintu hospital menahan kontraksi yang datang sebelum cepat-cepat ke Aras 2 untuk pendaftaran bersalin. Kemudiannya aku diminta masuk ke dalam sebuah bilik untuk ujian CTG selama 20 minit. Hasil bacaan graf daripada ujian tersebut, jururawat mengatakan yang kemungkinan aku dah dilate dalam 2 cm. Terdetik juga dalam hati, "Alamak, baru 2 cm..lambat lagi nak masuk labour room tapi dah sakit macam ni. Bertabah ajelah." Baru aje aku ala-ala nak pasrah, jururawat tu cakap nak check bukaan untuk kepastian. Lepas check bukaan tu, aku perasan muka jururawat tu agak surprise, dia kata, "Puan, dah buka 5 cm, dah boleh masuk labour room ni." Aku pun terkejut. Tak sangka dah 5 cm. Maka, aku pun diminta tukar baju dan bersiap untuk di bawa ke labour room. Sesambil tukar baju tu, sempat jugalah aku call family aku dan mertua untuk maklumkan keadaan aku.

Disebabkan si kinting dibawa sekali ke hospital, maka terpaksa lah En.F bergilir-gilir. Sekejap temankan aku, sekejap temankan si kinting. Masa En.F temankan aku, dia minta tolong jururawat di luar tolong tengok-tengokkan anak dara weols tu. Aku yang dalam labour room ni boleh dengarlah suara si kinting kat luar tu. Hendak ditinggalkan di tadika, aku risau kalau aku lambat bersalin, dia kena duduk dekat tadika lama-lama, kasihan pula. Itu yang heret juga dia, at least bila family aku dah sampai nanti boleh tinggalkan si kinting dengan nenek/atuk atau auntynya. Anyway, dia suka aje ikut kami sebab tak sabar nak jumpa adik katanya. Di dalam labour room, sempatlah aku minum air selusuh yang mak aku bekalkan, dan selebihnya bila haus, aku teguk air mineral yang disediakan. Jururawat di situ juga bantu aku ambil wuduk & pakaikan telekung untuk aku buat solat jamak Zohor & Asar. Selesai solat, aku diminta berbaring secara mengiring ke kiri untuk mempercepatkan pergerakan baby ke serviks.

Dalam pukul 3.20 petang, aku full dilated &  Dr. Fazlina minta aku push. Ok, aku mengaku, ada masa, waktu kontraksi datang, aku tak sedia hendak push. Ada masa, dah sedia hendak push, tapi tak dapat push habis sebab tak cukup nafas.Teknik pernafasan lemah. Teknik meneran tak cukup bagus. Posisi kepala pun ada masa salah. Haih. Maka terpaksalah Dr. Fazlina bertegas dengan aku. Jururawat yang assisted Dr. Fazlina pun macam geram je tengok aku push tak lepas-lepas, jenuh dah dorang jadi pom-pom girl..huhu. Akhirnya, setelah beberapa percubaan, tepat jam 3.49 petang, aku selamat melahirkan Ukasyah Alhassan. Fuh, legaaaaa. Selamat sudah. Lepas tengok baby, aku minta Dr. Fazlina tidurkan aku sewaktu jahitan luka (trauma weh tahan sakit masa si kinting dulu) dan dalam jam 6 petang lebih, aku di bawa ke bilik.

So far, aku bersyukur proses kelahiran kali ini dipermudahkan oleh-Nya. No vacuum, no blood transfusion seperti sebelum ini. Kedua ibu dan anak sihat dan kami dibenarkan pulang 2 hari selepas itu (actually sehari selepas bersalin kami dah boleh discaj tapi aku mohon pada doktor untuk stay semalam lagi). Alhamdulillah, segalanya berkat doa semua (ahli keluarga, sanak saudara, rakan taulan etc) yang sudi mendoakan untuk aku & baby. Semoga Allah membalas jasa baik kalian.


2 comments:

  1. moment bersalin memang sangat indah,especially time baby dah 'terlepas' dari kita.. rasa 'lepas' tu sangat melegakan...ibarat berak keras 10 hari ...keluar juga akhirnya kan...kan... 'cerah masa depan' hahahah

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, idok la setrauma masa tasnim dulu. dah lepas tu siap boleh pikir..kalo ada peluang, aku boleh buat lebih baik dari ini..hahah, puii.

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)