11 February, 2014

Dua Februari

Februari. Bulan kedua dalam kalendar Masihi. Nombor dua. Tanpa aku sedari (sekarang dah sedar, tu yang nak tulis dalam entri ni), aku punya kaitan yang kuat dengan nombor 2. Hurm..dan kaitannya?
Aku punya 2 orang BFF yang lahir dalam bulan 2.
En. F dilahirkan dalam bulan 2.
Aku pernah ada 'crush gila-gila' dengan seorang mamat yang lahir dalam bulan 2 juga. (Jangan marah En.F, ini cerita zaman iols muda-muda ye..ahaks.)
Aku dapat pinjaman pelajaran selepas 2 kali mohon.
Aku dapat tawaran sambung belajar ke UiTM masa intake kedua.
Aku berjaya habiskan ijazah setelah dua kali masuk ke program yang sama dari dua U yang berbeza.
Aku diterima masuk bekerja juga masa intake kedua.
Aku kahwin selepas dua kali putus tunang.
Hinggakan emak aku pernah cakap, hidup aku akan sentiasa ada kedua kalinya. Kali kedua untuk mencuba. Kali kedua untuk berusaha. Kali kedua untuk diberi peluang.  Macam minyak masak Seri Murni, pemeringkatan dua kali..hahah.
Well, mungkin sudah suratan. Mungkin juga kebetulan.

6 comments:

  1. Replies
    1. kalu butut-butut ala ong, wa manyak sinang ati lo..hihih.

      Delete
  2. banyak memori ea utk no.2 ni..

    ReplyDelete
  3. ko penah putus tunang 2 kali ke? Tabahnya nko.

    Nina, aku tak la pandai sgt menjahit. Setakat asal boleh je. Tapi aku langsung tak pandai baking. Aku sellau jeles dgn org yg pandai buat kek. Hehhe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah bahagian aku lyd, aku terima cuma kesiankan mak ayah aku lah. ada hikmahnya.

      btw, tangan ko kira berseni lah. buat pape mesti jadi. kalau aku, mau jahanam dulu mesin jahit tu. part baking tu, kekadang kalau x kena gaya x menjadi juga. tapi kalau jadi, syok x terkira..huhu.

      Delete

care to drop a comment? thanx! ;-)