14 February, 2014

Harga sekeping french toast

Alkisahnya semalam seperti biasa, pagi-pagi aku akan ke kafe pejabat mencari sarapan. Selalunya aku akan cari makanan berat plus kuih-muih. Kuih muih tu pula selalunya aku buat kudap-kudapan sementara nak tunggu waktu makan tengahari. Ohoho..banyak kan aku makan? Orang lain lepas bersalin makin lentik langsing, aku menambahkan babat. Apa ada hal..hahah. Okay, itu bukan isunya. Dalam kafe pejabat aku tu, ada satu gerai aje yang jual kuih-muih ni. Sesambil aku melihat-lihat kuih-muih yang berkenan nak di'ngap', ada la sorang lelaki ni sama naik memilih. "Kuih ni harga berapa?" soalnya sambil menunjuk kepada kuih karipap. "Empat posen", jawab si penjual. "Kuih ini pula?" tanya beliau lagi. "Empat posen juga", jawab si penjual lagi. Kemudian, lelaki tersebut menyepit sekeping french toast yang masih panas lalu bertanyakan harganya. Si penjual menjawab, "Ini seringgit sekeping." "Hah, seringgit? Boleh tahan ye harga dia." Respon si lelaki sambil meletakkan kembali french toast tersebut, lalu memilih 2 ketul kuih, bayar dan berlalu pergi. Berubah air muka si penjual. Pada aku, di sekitar Putrajaya ini, harga seketul kuih sebanyak 40 sen itu memang biasa. Kalau dapat 30 sen, rasa macam eh, murahnya dan teruja. Tetapi sangat jarang atau macam sudah tidak ada. Jadi 40 sen itu adalah acceptable walau tiada jamin sedap dari segi rasa. Saiz pun macam zaman harga kuih 20 - 25 sen dulu aje. Aku pernah beli kuih donat bersaiz sedang dengan harga 50 sen. Mahal lah aku rasa. Berapa sangat lah pun kos hendak membuatnya, salut dengan gula aje pun. Ker sebab hendak membuatnya sedikit leceh sampai hendak letak harga sebegitu? Aku mengaku, aku tak pernah buat donat. Tak ada rasa hendak buat tapi masa emak aku berniaga dulu, aku biasa tolong emak aku buat. Donat air tangan mak aku dulu, saiznya lebih kurang sebesar tapak tangan dewasa, dengan gebunya, lembutnya, gula pasir halus dikisar dan disalut sekata, 25 sen harganya. Tak pula diletakkan harga mahal sedikit dari kuih muih lain hanya kerana ciri-ciri yang aku sebutkan itu. Berbalik kepada  french toast seringgit, aku pun rasa macam itu bukan harga patut. Kalau seringgit, dengan sebuku roti Gardenia saiz pendek & beberapa biji telur, sudah berapa untungnya? Itu kalau pakai roti Gardenia lah. Telur pun bukan pakai sebiji telur untuk sekeping roti kan? Kalau letak susu pun, perlukah dijual sampai seringgit? Adeh. Harap-harap, si penjual boleh consider untuk kaji balik harga french toastnya yang obviously bukan dibuat di Perancis ittew.

No comments:

Post a Comment

care to drop a comment? thanx! ;-)