04 February, 2014

Ukasyah - Hari pertama bersama pengasuh

Hari ni hari pertama aku hantar Ukasyah ke pengasuh. Ini juga pengalaman pertama aku menghantar anak ke pengasuh. Waktu si kinting dulu, aku hantar dia ke taska waktu umur dia dah 3 tahun maka lain perasaannya. Harapnya Ukasyah okay dengan si pengasuh dan sama juga sebaliknya. Kalut la aku nak siapkan bebarang dia pagi tadi, padahal petang semalam, beg baju & kelengkapan lain aku dah siapkan. Pagi ni cuma nak siapkan stok susunya aje tapi disebabkan kegabraan aku dengan pengalaman pertama ini, aku jadi 'blur' sekejap. Mana nak siapkan si kakak, nak prepare kelengkapan pam susu untuk dibawa ke pejabat, nak siapkan diri lagi...hahah. Baru anak dua je pun, kecohnya macam beranak 5..huhu.

Anyway, pengasuh ni aku dapat dari sepupu En.F. Sepupu En.F tu baru aje deliver awal Januari lepas. Dia yang dapat contact number pengasuh tu tapi tak jadi nak hantar sebab dia dapat pengasuh yang lagi dekat dengan rumah dia so dia passkan pada kami. Kebetulan pengasuh tu memang mengalu-alukan bayi untuk dijaga, so aku & En.F pergi la berjumpa dengan dia untuk merisik-risik. Dalam masa yang sama, boss aku ada bagi contact no. seorang pengasuh dekat area rumah aku pula. Aku pun ada call pengasuh tersebut untuk bertanya. Tak sangka dalam masa-masa kecederaan macam tu (cuti bersalin aku dah nak habis waktu tu), akhirnya ada pengasuh yang available tetapi setelah berbincang dan ditimbang-timbang, kami memilih pengasuh yang direcommendkan oleh sepupu En.F itu. Mungkinlah jauh sikit dari rumah jika nak dibandingkang dengan pengasuh yang satu lagi, tapi masih satu jalan dengan jalan untuk aku ke pejabat. Sebelum tu, aku dah riki-riki & dah dapat tempat kat taska sebab aku fikir memang kami dah takkan dapat cari pengasuh..huhu.

Kalau diikutkan, memang dari waktu aku mengandung, aku dah cuba cari pengasuh tapi tidaklah beria sangat. Tambahan pulak, adik aku bagitau yang dia sudah bookedkan tempat untuk anak aku dekat pengasuh anak dia. Jadi aku pun dah legalah, konon pencarian pengasuh dah settle. Tapi tak lama lepas tu, pengasuh tu cakap dia terpaksa tolak tempahan aku sebab dia taknak ambil risiko memandangkan banyak pula kes bayi tersedak susu di rumah pengasuh dalam Putrajaya ni. Maka aku pun akur. Lagipun masa tu aku baru masuk 3rd trimester, so macam ada masa lagi nak cari pengasuh lain. Kemudian, kami ada bertanya pada jiran selang sebuah rumah sama ada dia berminat untuk menjaga bayi tetapi dia tak berani bagi kata putus memandangkan kesihatan dia yang tak berapa stabil. Aku pun faham lah, tak mudah nak jaga anak kecil dalam keadaan yang sebegitu. Memang macam hopeless hendak mencari pengasuh sebab kebanyakkannya tak available dan tak ramai yang hendak jaga baby. Lepas pantang, aku mulakan pula operasi mencari taska. Malangnya semua taska dah fully-booked baik yang dekat area pejabat aku, Presint 9 & 11. Tapi akhirnya aku ketemu juga dengan satu taska di Presint 11. Aku tengok bebudak yang dijaga semua happy je & bila ditanya jumlah baby yang sedia ada dalam jagaan hanyalah 3 orang (itu termasuk anak aku jika aku berminat), maka aku pun letak lah duit pendahuluan RM 100 tapi since dah jumpa pengasuh, kira burn lah kan duit tu.

Sebab kenapa aku pilih pengasuh tu adalah kerana dia memang prefer jaga baby dan dia biasa handle baby yang minum ebm. Aku tak perlu nak bawa milk warmer bagai. Dia boleh jaga lebih masa dengan syarat aku sediakan susu & kelengkapan anak aku dengan secukupnya. Tengok dari keadaan rumah dia pula, dia nampak pembersih. Dan setakat dari perbincangan kami tempoh hari, dia cuma jaga Ukasyah. Kalau diikutkan dia memang nak jaga lagi sorang dua tapi yang toddler lah. Dia pun ada anak kecil berumur 2 tahun lebih. Apapun, petang ni aku nak tengok keadaan Ukasyah macam mana. Yelah, aku kena cuba dulu hantar & tengok keserasian anak aku kat rumah pengasuh tu. Kalau ok, boleh carry on. Kalau tak ok, aku kena bersiap siaga cari pengasuh/taska baru. Hurm..inilah dilema mak bapak berkerja kan? Kalaulah boleh jaga anak sambil bekerja. Huhu. Apapun, semoga anak-anak kita sentiasa dipelihara dan dilindungi oleh-Nya daripada perkara-perka yang tidak diingini sama ada di rumah pengasuh atau taska. Juga semoga anak-anak kita dikasihi dan disayangi selayaknya oleh penjaga yang telah kita amanahkan untuk menjaga anak-anak kita itu.

Haih, tak sabar nak balik, nak ambil Ukasyah.

2 comments:

  1. auntie pon hari pertama jugak hari ni kat tempat baru..
    boring gile la pulak dengan masalah parkingnya...

    adoi...

    ReplyDelete
  2. masuk hari kedua, dah ada kerja tapi lain pula dilemanya kan? sabar ye bebeh.
    lain padang, lain belalang. ko otai..satu hari nanti ada la yang datang minta tolong ko pula.

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)