20 February, 2014

Hendak salahkan banyak urat putus ke?

Berat badan selepas bersalin : hendak kata sudah mendapat berat badan ideal, tidaklah tepat. jauh sekali mendapat berat badan idaman. Lelemak degil al babat masih belum tersisa, masih pejal dan terjal..huhu. Manakan tidak, diet tidak, mengamalkan pemakanan secara sihat pun tidak. Bila ada kawan tegur badan iols dah berisi, baru la tetiba perut jadi kenyang, sarapan lite-lite, lunch terus skip, dinner pun tak makan nasi. Tapi itu tahan untuk sehari ajelah. Kena selalu baca blog FillanieCik Epal bagi diri motivasi. Pada aku, dorang berdua ni memang komited jaga berat badan. Haruslah uols kenal ngan dorang kan?

Rambut gugur : Ya, sangat banyak. Bertaburan di seluruh pelusuk rumah. Lepas pantang, aku potong pendek. Tapi tetaplah ia gugur dengan banyak juga. Bahana ketidakstabilan hormon, mungkin? Atau kesan kewujudan ketombe yang luarbiasa? Atau kedua-duanya? Wuwuwuwu.

Sengal-sengal badan : Aku syak badan aku berangin ni. Bila bongkok/tunduk lelama, lengguh pinggang. Hujung-hujung jari tangan & kaki rasa bisa-bisa. Paling terasa sengal dan bisa adalah urat peranakan di peha kanan. Memang dari mengandung dulu dah terasa. Bila berurut waktu lepas bersalin, hilang lah kejap bisa & sengalnya tapi ni dah jadi balik. Badan pun lesu aje rasa. Patut cukup habis pantang hari tu, aku berurut lagi dengan mak aku. Tapi disebabkan mak aku sibuk mengurutkan orang, disambung pula dengan kejadian banjir yang memaksa emak aku mengerah tenaga, maka aku tak sampai hati nak minta dia urutkan. Sudahlah dia pun kejap-kejap terasa nak demam. Aku pula, elok habis pantang, aku makan minum macam biasa. Tak berapa nak pantang sangat bab yang satu ini (aku cuma kurangkan pengambilan ais & makanan berangin), so mendapat la kot. Itu yang ada waktu-waktu badan rasa dedar macam nak demam aje.

Pelupa : Aku keluar masuk bilik atau turun naik tangga 3,4 kali pun belum tentu apa yang aku plan nak buat/ambil akan dibuat/diambil. Kang ingat nak pakcing baju anak-anak, so pergi bilik belakang konon nak ambil baju dorang, dah sampai kat bilik belakang baru teringat, nak defreezekan ebm, so defreezekan ebm dulu, sesambil tu teringat pulak nak buat itu, nak buat ini, sudahnya kang ada aje lah yang tertinggal. Hari tu aku kemas beg Ukasyah, so aku keluarkan bekas toiletteries dia, konon dah masukkan baju segala nanti, baru nak masukkan bekas toiletteries tu. Sampai ke sudah tak masukkan. Kakak pengasuh tu pulak takde cakap apa-apa kat aku. Sudahnya, asal aku ambil Ukasyah, hari ni bau minyak kayu putih, esok bau macam minyak afiat, bau bedak pon berbeza-beza. Tapi dalam pada pelik-pelik pon, aku takde terasa nak bertanya sebab aku fikir mungkin akak tu saja pakaikan minyak/bedak anak dia. Boleh gitu? Rerupanya, semalam masa dok mengemas bilik belakang, baru perasan yang bekas toiletteries tu ada terletak elok kat tepi dinding. Haih..apa ke sengal ibu kamu ni Kasyah? Ini baru anak 2, belum masuk 3,4,5 udah gini gayanyer, guane..


4 comments:

  1. Time management boleh diperkemaskan lagi. Supaya lebih fokus. Fine aku pandai je ckp. Pdhal aku pong sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah Lyd, time management is the key..gini lah kan bila jadi ibu, seme kerja kena buat dengan tangkas, pantas, tuntas..huhu.

      Delete
  2. erm..aku mengalami simptom yang sama..ingat kan sebab operate masa lahirkan aisyah..tapi ko n yg bersalin normal sama kritikal simptomnya. apa yang aku boleh kongsi tu..time ko ingat ko kene terus buat.ko jangan tangguh atau buat keje lain.kalau tak kekdah nya memang ke laut sume...lain pikir..lain cakap ..lain buat...kronik :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul laling..kira ni masalah sejagat ibu-ibu la nat. certain bapak-bapak rileks lagi. *jeles*

      Delete

care to drop a comment? thanx! ;-)