21 February, 2014

Hulurkan tangan ringankan beban Adra Afieya

Si comel di bawah adalah Adra Afieya binti Adzriefaiz. Anakanda kepada pengacara Makan Angin TV9.

Beliau menghidap biliary atresia, di mana terdapat ketidak wujudan sistem hempedu luar yang menyebabkan penyakit jaundis berpanjangan dan memerlukan pembedahan pemindahan hati dengan kos yang sangat besar, mencecah RM 1 juta. Penjelasan lanjut adalah seperti di bawah (aku copy paste dari sini):

"Adra Afieya Binti Adzriefaiz 

Disini sy tulis sedikit information buat yang tanya cmna boleh jadi sakit tu,kenapa cost rawatan terlalu besar.dan banyak lagi persoalan yang tak mampu untuk kami ulas untuk kalian setiap seorang.secara ringkas sy bagi sedikit details ;

Baby adra start from jaundice since 3 days after birth. rawatan followup jaundice dekat kpj tapi tak dapat detect until her mummy sendiri tersedar perut adra makin membesar n besar. Then from there kpj refer pakar gastro at Pusat Perubatan Universiti Malaya. Doktor pakar mmg suspect Bliary Atresia. So doktor sarankan untuk operate selepas buat biopsy pada minggu lepas. Result after operation adra menghidap penyakit biliary atresia yg memerlukan operasi KASAI.

Rawatan KASAI telah dilakukan ke atas adra. Tapi untuk kes baby adra sbnarnya rawatan KASAI perlu dijalankan pada bayi yang berumur bawah 150hari. ADRA telah pun melebihi 150hari dan ini menyebabkan hati adra telah rosak.ya hati baby adra rosak. Oleh itu, percentage untuk adra fully recovered tidak diketahui.

Apa yang doktor cakap, once hati rosak dia x boleh utk pulih balik, tapi biopsy utk hati dia blom diterima jadi xsure baper percent dah damage n operation kasai ni bukan utk memulihkan tapi utk membantu baby fight lebih lama n in the end mana mana baby perlukan transplant cuma adra xtau bape lama bertahan sebelum buat transplant hati.

Doc nasihatkan cri funds ealier just in case coz baby punya liver transplant dilakukan di singapore.. the figure around 150k sin dolllar. That is only the operation cost.tak termasuk lagi ubat , wad, cost rawatan susulan dan sebagainya.

Kalo di Hosp Selayang waiting list ramai.. dan most of it mmg adult sahaja.

Allah itu maha besar,kita sebagai umatnya bantulah seadanya.ikhlas kita niat kita hanya Allah yang tahu.

Hanya Allah mampu membalas jasa kalian.Kamk paham banyak yang bertanya 'kenapa mahal', 'untuk apa', 'betul ke' dan kami paham kerana kalian tak melihat surat, keadaan baby adra sendiri."
Hati ibubapa mana yang tidak luluh melihat keadaan si anak sebegini. Semua ibubapa hendak anak-anaknya sihat walafiat, aktif dan dapat membesar dengan normal. Melihatkan senyuman si Adra yang tak mengerti akan penderitaan yang dialaminya, sebak rasa hati. Moga ibubapa Adra
 (Adzriefaiz & Suliza Ismail) diberi kekuatan, ketabahan & kesabaran dalam menghadapi dugaan ini. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan untuk Adra kembali sihat seperti biasa. Amin yarabbal alamin.
Sebarang sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akaun Maybank bapa Adra, AdzriefaizAdzlan : 562227327760
 Untuk maklumat terkini dan perkembangan Adra, boleh ke FB Page : DONATION FOR ADRA AFIEYA

3 comments:

  1. Pengacara Makan Angin tu yg mana ye? Yg Dap Dap tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dap..dap tu tagline pengacara tu ke? aku sebenarnya sekali dua je tengok rancangan makan angin tu..

      Delete
  2. Tak perlu kos jutaan ringgit utk pembedahan.Dah cuba rawatan secara holistik diPusat Rawatan Fitrah Healthcare Centre.Tak rugi mencuba kerana caj rawatan hanya RM70 shj.Masalah biliatary,G6PD,Jaundice pun boleh dirawat. 019 6676236 -Dr Wan

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)