25 February, 2014

Kena kelepet kah?

Mula-mula, basikal Tasnim hilang.
Kemudian, skuter dia hilang.
Terbaru, selipar jepun kaler striking orange milik aku pun hilang.

Telahan aku, mungkin Tasnim main-main lalu basikal ditinggalkan di tepi jalan, kemudian ada lah bebudak mana nampak, ambil dan buat main.  Basikal itu pemberian ayah aku untuk si cucu waktu si cucu umur 2,3 tahun macam tu (kalau tak silap aku). Maka, dengan tumbesaran si kinting yang sangat jaya, memang nampak saiz tuannya sekali ganda besar dari saiz basikal.  Lagipun rupa paras basikal tersebut sudah sedikit buruk maka aku ada berkira-kira untuk belikan si kinting basikal yang baru, tapi tunggu dulu. Bila ditanyakan pada si kinting, mana basikal dia, dia kata 'tak tahu'. Bila ditanya sama ada dia tinggalkan basikal dia merata-rata, dia nafikan. Katanya dia simpan dekat tempat biasa. Hmmm. Anyway, benda dah tak ada. Bukan lagi rezeki si kinting untuk melenjan basikal itu.

Bila basikal hilang, aku keluarkan skuter, selalunya skuter tu si kinting main dalam rumah aje. Skuter itu pula pemberian adik aku buat anak-anak buahnya. Entah macam mana, satu hari aku perasan skuter pun dah tak ada. Haih. Peliks. Aku syak si kinting tinggalkan kat mana-mana la tu. Tapi sekali lagi dia nafikan. Dia sendiri tercari-cari akan skuter pink dia tu. Kesian dia dah 'patah kaki'. Sudahnya dia main penyapu lidi, main siram pokok (read : main air) & panjat grill pintu (kus mangat tak roboh je lagi grill tu).

Satu hari, masa mak aku datang bertandang ke rumah, dia sembang-sembang lah dengan jiran selang sebuah rumah aku. Terkeluarlah cerita tentang basikal & skuter hilang tu. Barulah jiran aku buka mulut, katanya dia ada nampak pekerja kontrak yang dok menyapu kawasan perumahan kami tu ada mengangkut basikal dari rumah aku. Dia ingat aku yang bagi atau pekerja tu kutip kat tepi tong sampah aku (dia assume aku dah buang basikal tu). Huhu. Tapi yang skuter tu dia tak pasti. Cuma dia cerita lah, ada juga jiran-jiran lain yang kehilangan, tapi mereka kehilangan kasut. Maknanya yang tukang ambil tu, akan ambil barang sesuka hati lah, tak kira apa, janji 'line clear'. Tup-tup seminggu dua lepas tu, aku perasan selipar aku pulak dah takde. Hai..takkan selipar murahan pun kena curi?
Memang nak kena komplen ni...isk!

2 comments:

care to drop a comment? thanx! ;-)