12 February, 2014

Ukasyah : 3rd check up & basa basi

Anak bujang aku akan menginjak ke usia 4 bulan hujung minggu ini.  Baru pagi tadi dia mendapatkan dos suntikan untuk 3 bulan, boleh gitu? My bad. Sepatutnya temujanji untuk tujuan tersebut adalah pada 28/1 lepas tapi aku salah tengok hari. Aku ingatkan 28/1 jatuh pada hari Rabu, rupanya hari Selasa. Campur tolak cuti Tahun Baru Cina segala, maka terpaksalah aku reschedulekan temujanji yang tertangguh dekat 2 minggu T___T

Masa check-up 2 bulan, beratnya 6.7 kg. Untuk check-up 3 bulan, beratnya naik +/- 300 gm aje. Nak kata tak kuat menyusu, selera aje dia. Mungkin dia hendak meringankan badan agaknya. Belum dapat meniarap kan diri, baru mengiring sikit-sikit tapi kalau ditiarapkan, kepala dah tegak macam anak kura-kura..hihi. Kesukaan menyembang sentiasa ada. Kalau kita agah-agah atau ajak dia berborak, memang suka sangatlah dia. Kalau kita dah pegang/gendong dia, janganlah semena-mena nak baringkan dia, memang bergemalah tangisan anak bujangku itu. Kadang-kadang aku usik dia, buat suara macam garang, terus dia cemekkan muka, menangis dengan air mata bergenang-genang. Touching la tu. Berjiwa #halusss kah anak bujangku? Huhu. Sangat suka menghisap jari. Tak silap aku memang dari dalam pantang dah nampak dia menghisap jari dedemok dia tu tapi paling ketara masa dia 2 bulan onwards. Kekadang habis sepenumbuk dihisapnya. Ada orang kata tak elok biarkan anak hisap jari, nanti jadi tabiat, habis jari jadi kecut. Tapi menghisap jari tu kan salah satu daripada tindakan refleks bayi yang menyokong perkembangan deria mereka, dan itu adalah normal. Masa check-up tadi pun, nurse ada tanya sama ada Ukasyah ada hisap jari atau tak. Aku jawab ya dan dia catitkan dalam buku rekod Ukasyah. Maknanya ok lah tu kan, lagipun dari dalam kandungan baby-baby ni hisap jari, dah nature dia kan? Sementara hendak besar ni, let it come & go naturally.

As for si kakak, dah nampak dah sisi-sisi cemburunya ittew. Kalau aku atau En.F main-main dengan si adik, dia akan datang nak menyelit sekali. Nak pegang adiklah, nak buka/pakaikan baju adik lah, nak mandikan adik lah. Kalau kami larang dia cium/peluk adik kuat-kuat atau tegur dia dengan apa-apa perkara yang melibatkan si adik, mulalah dia cakap, "Ibu/Babah dah tak sayang Anim, eh?" Adehh, dia terasa rupanya. Jadi haruslah bagi explaination, ajak & libatkan dia sekali. Tapi bila selalu pula kena suruh, dia komplen pulak, "Asyik Anim aje yang kena buat." Ibu : "Anim kan kak long, mestilah Anim kena buat, tolong ibu." Tasnim : "Kalau macam tu, Anim takmo jadi kak long lah. Anim nak jadi kakak aje." (-_-)" Sama je portfolio kak long dengan kakak tu nak oii. Selain tu, si kakak dah pandai hendak buat perangai untuk tarik perhatian ibu babahnya. Memang kekadang keluar api lah kat hidung ibunya ni nak melayan karenah si kakak. Huhu. Tapi bila difikir-fikirkan, tahun depan si kakak dah 7 tahun, dah masuk sekolah, jadi lama mana lagilah dia suka hendak dipeluk-cium-gomol-diberi perhatian macam dia kekecik dulu kan?  Sayu pulak hati ibu.

Ok, cerita lain. Aku tak puas hati. Tak puas hati sebab baik si kinting mahupun si kecik, dedua ikut muka babah. Roman babah eh, kato oghang nogori.  Haih, mana aci!

2 comments:

  1. muka ko n en f lebih kurang..orang tua-tua kata serasi n jodoh panjang..amin..thats why muka anak-anak sama jer..ko try beranak lagik 5 kalau tak caya... (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. auww..sherashi lah shangat weols nih..ahah. erks, beranak lagi 5? *pingsan-bangun-pingsan balik* daku x mampu..dah nak senja nan merah dah usia..sorang dua lagi boleh la kot, eh! :))

      Delete

care to drop a comment? thanx! ;-)