14 March, 2014

Cekodok - my way, my style katanya

Gambar ihsan myresepi.com

Ini makanan kegemaran aku sekeluarga. Makna kata, kalau buntu tak tau hendak masak apa, buat sajalah cekodok, confirm selamat punya. Selalunya bila aku buat cekodok bilis, ikan bilisnya aku tumbuk sikit. Bukan apa, kang tengah syok-syok kunyah cekodok, terbegik pulak dek kehadiran ikan bilis di dalamnya. Nak-nak kalau pakai ikan bilis yang gred keras-kasar tu kan. Kalau nak 'mewah' sikit, aku letak udang yang dah siap dibuang kulit. Ada juga sesekali aku guna udang geragau kering. Sedap dan semerbak, menyelerakan bak kata anak aku (kononnyer).  Bahan-bahan lain adalah hirisan bawang atau bawang goreng, daun kucai, parutan lobak merah atau ubi kentang yang dipotong dadu. Tambah garam bersama serbuk kunyit, lada sulah atau lada hitam. Untuk mendapatkan cekodok yang lembut, aku tambahkan secawan air panas ke dalam adunan (ewah, dah macam hos rancangan masakan je bunyinyer). Btw, ada orang suka buat cekodok saiz comel-comel tapi aku prefer buat besar-besar. Bukan apa, senang keje. Cepat habis menggoreng, cepat kenyang dimakan kekdahnya. Kalau agak-agak tak senonoh sangat kebesarannya, aku potong-potong la. Untuk pencicah, it can be belen sambal sardin, kuah kari, kurma, masak lemak cili api. Kalau En.F, dia suka cicah dengan sos cili atau sos cili thai. Lepas tu, bukannya boleh cicah sesikit. Setengah botol sos tu boleh habis sekali makan cekodok kalau dilayan selera dia. Kekadang rasa macam nak suruh dia makan sos tu je..sebab yang tukang isikan sos tu aku, kekadang dia rela selet-selet sisa-sisa sos dalam piring tu dari tambahkan sos, even botol sosnya ada je depan mata...ggrrrr. Si kinting pulak, kalau ada hirisan cili dalam cekodok, memang dia reject even dia penggemar tegar cekodok. Tu pasal, hirisan cili tak termasuk dalam bahan pembuatan cekodok aku. Atuk Harun dia siap paksa lagi cucu dia yang satu ni makan pedas sebab cucu-cucu dia yang lain seme 'layan' pedas. Tapi dah taste bud si kinting gitu, paksa pun tak jalan jugeks khen. Mak aku pulak suka buat cekodok kosong. En.F kalau makan cekodok kosong ni, dia cakap macam makan tepung...pfftt. Ewah, kemain songeh lagi kan, dah memang tepung tu bahan utama memang ler makan tepung. Mak aku bukan apa, kalau buat cekodok kosong, boleh memasing pilih nak cicah dengan sos ker, kuah ker, gula ker etc. Si kinting kalau dapat cicah cekodok dengan gula, memang suka la..bukan cekodok cicah gula, tapi gula cicah cekodok dah gayanya. Aku pula suka cekodok kosong cicah gula merah. Kalau rasa nak makan cekodok manis-manis, aku suka buat cekodok dodol atau kurma. Dodol atau kurma tu disalutkan dengan adunan cekodok. Goreng garing..nak-nak bila makan cekodol dodol, cekodok jadi macam berinti, lemak masin manis gitu rasanya...memang ummpph lah.

Ok, inilah cerita cekodok; caraku gayaku. Sekian.*xde motif*

3 comments:

  1. Ada cekodok dodol eh. Boleh la aku terai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada..kalo boleh guna dodol yg kekeras tu..potong dadu salutkan ngan tepung cekodok kosong, nanti masa makan, jadi macam ala-ala choclairs..ahaks.

      Delete
  2. musim2 hujan ni sedap makan cekodok...

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)