28 May, 2014

Sepetang bersama jurujual yang menggeramkan hati

Beberapa hari lepas, petang, sewaktu aku menghadiri satu pesta buku, aku telah didatangi oleh seorang jurujual lelaki sewaktu ingin melangkah masuk ke dalam dewan. Permintaan beliau untuk menerangkan tentang produk yang dijual aku tolak dengan baik dan beliau akur membiarkan aku berlalu masuk. Tujuan utama adalah untuk mendapatkan beberapa buah buku buat cik kinting. Disebabkan kami sampai di tempat kejadian agak lewat, maka tempoh untuk melihat-membelek-memilih buku-buku adalah terhad kerana aku perlu balik sebelum maghrib memandangkan En.F perlukan kereta untuk ke tempat kerja part-time nya. Anyway, hari itu aku hanya keluar berdua dengan si anak dara. Sedar tak sedar, sudah pukul 6 lebih dan aku bergegas untuk membayar harga beberapa buah buku yang berkenan di hati. Elok sahaja aku dan cik kinting hendak menghampiri kawasan lif, aku didatangi oleh 2 orang jurujual wanita pula. Salah seorang daripada mereka begitu beria-ia memujuk aku supaya melapangkan sedikit masa untuk menerima penerangan tentang produk pembelajaran yang dijual. Aku cuba menolak tetapi dek kerana cik kinting teruja dengan ajakan si jurujual yang peramah, aku pun mengalah dan si jurujual gigihlah menerangkan segala set pembelajaran yang ada. Sambil-sambil tu cik kinting dapatlah mencuba aktiviti-aktiviti yang disediakan. Seronoklah minah tu, dia tak tahu ibu dia dah serabut perut fikir nak balik sebab dah lewat. Sebenarnya aku agak 'familiar' dengan produk yang dijual sebab adik aku pun ada beli beberapa set untuk anak dia. Memang menarik & bagus. Habis bab produk itu ini, si jurujual tanya pendapat aku tentang produk tu. Aku jawablah produknya ok, bagus untuk stimulate otak anak-anak & penguasaan bahasa Inggeris. Tapi aku tak cakap aku nak beli pun. Kemudian, si jurujual pun masuklah bab bayaran bagai. Masa tu dia tak bagitahu jumlah harga sebenar lagi.  Katanya, aku boleh bayar deposit RM 3++, kalau tak dapat bayar deposit banyak tu, boleh bayar RM100 untuk booking. Bakinya akan dikutip kemudian. Duit booking tu pulak katanya, kalau tiba-tiba aku tak berminat, mereka akan pulangkan. Jadi aku pun cakaplah, "Okay, apa-apapun saya kena balik bincang dengan suami saya dulu." Masa ni lah darah aku dah mula nak menyirap bila si jurujual ni balas, katanya, "Puan, 90% yang beli produk ni adalah ibu-ibu, hanya 10% bapa-bapa yang belikan. Selalunya kalau isteri-isteri ni tanya dekat suami, mesti suami akan tanya harga produk tu, tanya berapa kena bayar tetiap bulan kalau nak buat ansuran, dan selalunya si suami akan end-up dengan jawapan not now. Pergi balik pergi balik nanti takde keputusan. Isteri nak tunggu suami, suami nak tunggu isteri. Sampai bila kan? Lagipun hari ni hari terakhir promosi. Puan takkan dapat lagi harga ni lain kali." Kemudian dia tanya aku pulak, "Kalau Puan nak bincang dengan suami Puan, apa yang Puan nak bincangkan sebenarnya, tentang harganya atau tentang produknya?" Aku jawablah, "Dua-dua". Dia senyum sinis. Dia kata ramai pelanggan dia especially ibu-ibu akan bayar dulu deposit, sebab mereka memang nakkan produk tu sebab produk tu bagus which is kalau tak ambil memang rugi. Seolah-olah kalau tak guna set pembelajaran tu, kecerdasan otak anak aku ni tak terangsang, tak bijak, tak dapat menguasai bahasa Inggeris. As if kalau tak ambil, aku telah menidakkan potensi IQ anak aku lah. Memang seboleh-boleh si jurujual tu minta aku letak booking. Isk..aku dah lah rimas ni, tadi konon nak ambil masa sekejap je, sudahnya setengah jam lebih aku dengar penerangan dia. Jam pun dah tunjuk pukul 7 malam, dengan nak memikir nak tapau makan malam lagi, nak meredah jalan ke parking yang agak jauh tu lagi (al fahamlah kalau Festival Belia ni macam mana keadaannya kan?). Kemudian, datang rakan sekerja si jurujual, memula dia duduk dekat meja sebelah, sekadar dengar-dengar si jurujual ini melobi. Bila dia tengok aku macam tak berminat nak letak duit booking tu, dan-dan dia tag-team dengan si jurujual tu untuk pujuk aku. Bila aku tolak nak bayar, diaorang buat muka tak puas hati. Itu cara-cara aku tolak secara baik tu. Aku bagitahu yang aku dah takde banyak masa, aku akan call si jurujual since dia ada bagi aku pamplet & waktu aku nak bangun, si jurujual tu kelam kabut minta nombor telefon & nama aku. Masih juga memujuk aku supaya closed the deal. Aku tetap tolak. Kemudian, kawan dia mencelah, "Tapi Puan ada je masa beli buku, takkan lah Puan takde masa sekarang ni." Okay, aku akui alasan nak cepat, takde masa, ada hal itu adalah lame excuse walaupun memang kebenaranya aku nak cepat. Grrr..memang sengaja minta maki aje lah gitu kan. Aku menjawab dengan suara yang tegas, "Disebabkan saya tak banyak masa lah saya tak dapat beli buku banyak-banyak. Kalau saya banyak masa, lagi banyak buku saya dapat beli tau (cess, sempat lagi nak berlagak tu..ahahah padahal itu ayat bakar line je). Saya memang betul-betul nak cepat ni. Memang saya berminat dengan produk ni, memang produk ni bagus tapi saya tak suka lah orang paksa-paksa saya." Terus berubah air muka diaorang berdua. Dalam hendak tak hendak, terus diaorang balas, "Erm oklah, Puan fikirlah dulu." Pada aku, kalau betul hendak promosikan produk, tak perlulah paksa-paksa potential customer dan walau apapun alasan potential customer, tak perlulah mereka hendak persoalkan/pertikaikan lebih-lebih. Walaupun skill berjual superb tapi kalau takde sense of empathy, tak berciri "connecting people" juga rasanya. Sebal betul rasa hati, huh.

3 comments:

  1. Erk aku juai medical card aritu rasanya takde pushing to the limit camni hahahahahaaaa.....

    ReplyDelete
  2. Kalo aku kena camni mungkin dah kena kaki salesman tu hahahahaaaa.... Aritu pun aku kena skali... bila tak nak beli masa tu trus tarik muka 40 kerat. Sib baik aku ada sabar sikit kalo takde sabar... penampar la dia dapat gamaknyaa... Mendidih je darah bila baju aku pun di tariknya hahahahahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah, pepandai la tengok respon orang macam mana kan. kalau x dapat komisen untuk hari itu, dorang still ada peluang in the future bila dia ada good liason dengan orang ramai. pendapat aku lah.

      Delete

care to drop a comment? thanx! ;-)