28 February, 2014

Hand made crochet with love ~ by Natrah

Kawan aku ni memang halus-tangan (lawan kepada keras-tangan) orangnya. Reti menjahit, reti mengait. Ciri-ciri ibu mithali gitew. Sambil sembang-sembang, tau-tau siap kopiah sepasang. Sambil layan tv, tau-tau siap satu sarung tisu. Aku ni mampu kait tali air je le sepanjang-panjangnya, nak matikan tak reti..hahah. Anyway, anyhow..kawan aku ni ada ambil tempahan mengait, katakan apa saja yang korang nak minta dia kaitkan, insya Allah jadi. Nak tempah alas tv, alas peti meja, alas peti ais, sarung tisu, sarung henpon, mittens & booties, kopiah, sweater, topi, beanie, bib etc..sila la korang kaw tim. Jangan risau, kawan aku ni walaupun pemalu, ramah-tamah & baik hati orangnya. For more details, ini blog nya: Jarum Dan Benang

Aku tayang sikit hasil kerja tangan kawan aku ni ye.







Koleksi kerja tangan beliau juga boleh dilihat di sini

Yang paling special, hasil kerja tangan beliau untuk my domdimbob Ukasyah ("_,)

.... kostum mickey mouse, wiwiwi.

Whatsapp / SMS : Natrah Norlin +0196925074

Kek lapis nan hado

Alkisahnya, aku telah berkolaborasi dengan sepupu aku untuk menjual kek lapis Sarawak tapi bukanlah kami yang membuatnya. Kami rancang untuk ambil secara borong dekat pengusahanya. Aku setuju untuk berkolaborasi pun setelah merasa kek tersebut sewaktu jamuan hari jadi anak sepupu aku, di mana pada deria rasa aku adalah sedap. Maka kami pun beria lah promote dan ambil tempahan. Menurut kata tauke tu, tempahan boleh disiapkan dalam masa seminggu, tapi dia minta kami bagi dia tempoh dalam 2 minggu untuk siapkan to be safe since tempahan yang kami dapat boleh tahan banyak. Bila dah submit order, dia minta bayar deposit separuh, jadi kami pun bayar lah deposit yang diminta dan dia berjanji untuk siapkan order minggu ni (ini pun dah kira lewat sebab customer aku dah tunggu 2 minggu lebih), so aku dah bagitau kat customer aku i.e kengkawan yang mengorder berkenaan hal ni. Mujur dorang tak kisah. Tup-tup semalam sepupu aku inform ada 2,3 jenis kek dalam tempahan yang dia tak sempat nak buat, so minta tempoh sampai Isnin minggu depan. Maka kami pun nego dengan customer yang order kek-kek tersebut samada nak tunggu atau cancelkan order, so dorang pilih untuk cancel. Berapa lama lagi kan dorang nak tunggu. Segan la kami dengan customer bila jadi cenggini kan. Then aku ingatkan boleh la proceed dengan memana order yang ada tu tapi bila sepupu aku nego-nego dengan si tauke tu, last-last sepupu aku bagitau semua order cancel sebab katanya si tauke banyak cengkadak. Memula kata boleh hantar, kemudian kata tak boleh hantar. Kalau nak cepat kena ambil sendiri sebab si tauke tak ada masa nak hantarkan. Masa suruh submit order plus deposit tak menyempat-nyempat, tapi bila dah sampai waktu untuk customer dapatkan order, memacam pulak alasannya. Kononnya kek tak siap sebab dorang tak mau buat cincai-cincai lah, nak jaga kualiti lah, nak buat kek tu semua renyah lah apa lah. Tapi masa submit order dulu, dorang juga yang sanggup. Mana pergi janji-janji manismu wahai tauke? Nasib baiklah aku tak minta duit lagi kat customer. Kalau tak, lagilah malu-malu alah kat customer, sikit punya lama tunggu tapi nan hado. Mujur juga duit deposit dah dipulangkan selepas sepupu aku beramukkan dengan si tauke. Hurm, sekali ni ajelah kami deal dengan si tauke tu. Lepas ni kena cari pengusaha lain la gayanya. Kalau produk berkualiti sekalipun tapi perkhidmatan kepada pelanggan tak diambil perhatian, susah juga orang nak terus berurusniaga dengan kita kan? Ingatkan boleh la sesama bantu-membantu, tapi cenggini pulak ceritanya. Bak kata sepupu aku, dah takde rezeki nak berurusniaga dengan dia, kita cari orang lain pulak.

26 February, 2014

My favourite foods katanya

Barisan makanan kegemaran si kinting. Ada durian, nasi, epal, oren, lobak, rambutan, anggur, kek, cupcake, cili, roti, honey star & susu, coklat, biskut dan telur. Aku tanya mana nasi? Si kinting tunjuk gambar bulat putih yang ada dotting panjang tu. Owh..oookaayyy. Cupcake? Yang segi-4 sebelah kek ada ceri tu. Yang sebelah cili, warna hijau kekuning itu adalah roti ye. Honey star adalah di dalam mangkuk dengan susu dalam kotak, siap ada anak panah yang menunjukkan susu perlu dituang ke dalam mangkuk untuk makan honey star. Aku tanya mana telur? Tuuuu, sebelah kek 3 tingkat. Aku tanya lagi? Betul ke tu telur? Si kinting jawab, yelah, telur tengah goreng dalam kuali bulat yang boleh pegang tu (read : frying pan). Motif lukis cili sedangkan diri sendiri bukan suka pedas. Dia kata, saja. Lobak tu, buat cukup syarat ada sayur je kot. Konon-konon je itu kegemaran dia, takde maknanyer. Tapi ada satu yang menjadi her most favourite food tapi takde dalam gambar, dia kata teacher tak bagi dia lukis. Aku tanya apa dia? Gula-gula (-_-)"

25 February, 2014

Kena kelepet kah?

Mula-mula, basikal Tasnim hilang.
Kemudian, skuter dia hilang.
Terbaru, selipar jepun kaler striking orange milik aku pun hilang.

Telahan aku, mungkin Tasnim main-main lalu basikal ditinggalkan di tepi jalan, kemudian ada lah bebudak mana nampak, ambil dan buat main.  Basikal itu pemberian ayah aku untuk si cucu waktu si cucu umur 2,3 tahun macam tu (kalau tak silap aku). Maka, dengan tumbesaran si kinting yang sangat jaya, memang nampak saiz tuannya sekali ganda besar dari saiz basikal.  Lagipun rupa paras basikal tersebut sudah sedikit buruk maka aku ada berkira-kira untuk belikan si kinting basikal yang baru, tapi tunggu dulu. Bila ditanyakan pada si kinting, mana basikal dia, dia kata 'tak tahu'. Bila ditanya sama ada dia tinggalkan basikal dia merata-rata, dia nafikan. Katanya dia simpan dekat tempat biasa. Hmmm. Anyway, benda dah tak ada. Bukan lagi rezeki si kinting untuk melenjan basikal itu.

Bila basikal hilang, aku keluarkan skuter, selalunya skuter tu si kinting main dalam rumah aje. Skuter itu pula pemberian adik aku buat anak-anak buahnya. Entah macam mana, satu hari aku perasan skuter pun dah tak ada. Haih. Peliks. Aku syak si kinting tinggalkan kat mana-mana la tu. Tapi sekali lagi dia nafikan. Dia sendiri tercari-cari akan skuter pink dia tu. Kesian dia dah 'patah kaki'. Sudahnya dia main penyapu lidi, main siram pokok (read : main air) & panjat grill pintu (kus mangat tak roboh je lagi grill tu).

Satu hari, masa mak aku datang bertandang ke rumah, dia sembang-sembang lah dengan jiran selang sebuah rumah aku. Terkeluarlah cerita tentang basikal & skuter hilang tu. Barulah jiran aku buka mulut, katanya dia ada nampak pekerja kontrak yang dok menyapu kawasan perumahan kami tu ada mengangkut basikal dari rumah aku. Dia ingat aku yang bagi atau pekerja tu kutip kat tepi tong sampah aku (dia assume aku dah buang basikal tu). Huhu. Tapi yang skuter tu dia tak pasti. Cuma dia cerita lah, ada juga jiran-jiran lain yang kehilangan, tapi mereka kehilangan kasut. Maknanya yang tukang ambil tu, akan ambil barang sesuka hati lah, tak kira apa, janji 'line clear'. Tup-tup seminggu dua lepas tu, aku perasan selipar aku pulak dah takde. Hai..takkan selipar murahan pun kena curi?
Memang nak kena komplen ni...isk!

21 February, 2014

Ikutkan hati, mati. Ikutkan rasa, binasa

Peringatan untuk diri ini yang masih jauh dari mengamalkan gaya hidup sihat, haih..juga untuk semua, semoga bermanfaat :-)




..which are:

1. Sleeping too late and waking up too late.

2. Not urinating in the morning.

3. Too much eating.

4. Skipping breakfast.

5. Consuming too much medication.

6. Consuming too much preservatives, additives, food coloring and artificial sweetener.

7. Consuming unhealthy cooking oil. As much as possible reduce cooking oil use when frying, which includes even the best cooking oils like olive oil. Do not consumes fried foods when you are tired, except if the body is very fit.

8. Consuming raw (overly done) food also add to the burden of liver. Fried veggies should be finished in one sitting, do not store. We should prevent this without necessarily spending more. We just have to adopt a good daily lifestyle and eating habits. Maintaining good eating habits and time condition are very important for our bodies to absorb and get rid of unnecessary chemicals according to 'schedule'.

9. Consumption of alcohol.

Untuk kakak dan adik manis

Buat kakak-akak dan adik-adik manis yang inginkan penampilan ringkas, selesa dan cantik, di sini terdapat beberapa koleksi yang mungkin menepati citarasa anda sekalian. 



Labuh dari bahu : 23.5"
Bukaan Lengan : 32 cm
Bahu : Fits from 13" - 15"
Dada : Fits from 32" - 36"
Pinggang : Fits from 24" - 26"
 
Sesuai untuk acara formal dan kasual, khen? Oh ye, materialnya polyester.


Labuh dari bahu :53"/136 cm
Bahu : 12" - 15"
Dada : 32" - 42"
Pinggang : 24" - 33"
Pinggul : 34" - 46"
Saiz : Free size (S-XXL)
 
Material cotton, cantik digayakan bersama cardigan atau blazer. Wallah!


Labuh dari bahu : 52"
Bukaan lengan : 13"
Panjang lengan : 21"
Bahu : Fits until 15"
Dada : Fits until 36"
Pinggang :Fits until 30"
Pinggul : Fits until 38"
 
Material knitted cotton, selesa dan tidak panas. 


Labuh : 38"
Pinggang : Fits from 24" until 28"
Pinggul : Fits from 34" until 36"
 
Boleh dipakai bersama loose blouse seperti di bawah, atau peplum atau kebaya atau kemeja polos atau suka hati uols lah. Semua pun boleh, semua pun sesuai kaedahnya.


Labuh dari bahu (DEPAN) : 28"
Labuh dari bahu (BELAKANG) : 36"
Bahu : Fits from 14" - 16"
Armhole : Stretchable until 38 cm
Panjang Lengan : 53 cm
Dada : Fits from 36" - 40"
Pinggang : Fits from 28" - 34"
Pinggul : Fits from 36" - 42"
 
Sopan, manis dan tak kedap udara..ahaks.

Kos penghantaran PERCUMA!! :-)
Jangan segan, jangan malu, hubungi/sms/whatsapp 013-2770270.

Hulurkan tangan ringankan beban Adra Afieya

Si comel di bawah adalah Adra Afieya binti Adzriefaiz. Anakanda kepada pengacara Makan Angin TV9.

Beliau menghidap biliary atresia, di mana terdapat ketidak wujudan sistem hempedu luar yang menyebabkan penyakit jaundis berpanjangan dan memerlukan pembedahan pemindahan hati dengan kos yang sangat besar, mencecah RM 1 juta. Penjelasan lanjut adalah seperti di bawah (aku copy paste dari sini):

"Adra Afieya Binti Adzriefaiz 

Disini sy tulis sedikit information buat yang tanya cmna boleh jadi sakit tu,kenapa cost rawatan terlalu besar.dan banyak lagi persoalan yang tak mampu untuk kami ulas untuk kalian setiap seorang.secara ringkas sy bagi sedikit details ;

Baby adra start from jaundice since 3 days after birth. rawatan followup jaundice dekat kpj tapi tak dapat detect until her mummy sendiri tersedar perut adra makin membesar n besar. Then from there kpj refer pakar gastro at Pusat Perubatan Universiti Malaya. Doktor pakar mmg suspect Bliary Atresia. So doktor sarankan untuk operate selepas buat biopsy pada minggu lepas. Result after operation adra menghidap penyakit biliary atresia yg memerlukan operasi KASAI.

Rawatan KASAI telah dilakukan ke atas adra. Tapi untuk kes baby adra sbnarnya rawatan KASAI perlu dijalankan pada bayi yang berumur bawah 150hari. ADRA telah pun melebihi 150hari dan ini menyebabkan hati adra telah rosak.ya hati baby adra rosak. Oleh itu, percentage untuk adra fully recovered tidak diketahui.

Apa yang doktor cakap, once hati rosak dia x boleh utk pulih balik, tapi biopsy utk hati dia blom diterima jadi xsure baper percent dah damage n operation kasai ni bukan utk memulihkan tapi utk membantu baby fight lebih lama n in the end mana mana baby perlukan transplant cuma adra xtau bape lama bertahan sebelum buat transplant hati.

Doc nasihatkan cri funds ealier just in case coz baby punya liver transplant dilakukan di singapore.. the figure around 150k sin dolllar. That is only the operation cost.tak termasuk lagi ubat , wad, cost rawatan susulan dan sebagainya.

Kalo di Hosp Selayang waiting list ramai.. dan most of it mmg adult sahaja.

Allah itu maha besar,kita sebagai umatnya bantulah seadanya.ikhlas kita niat kita hanya Allah yang tahu.

Hanya Allah mampu membalas jasa kalian.Kamk paham banyak yang bertanya 'kenapa mahal', 'untuk apa', 'betul ke' dan kami paham kerana kalian tak melihat surat, keadaan baby adra sendiri."
Hati ibubapa mana yang tidak luluh melihat keadaan si anak sebegini. Semua ibubapa hendak anak-anaknya sihat walafiat, aktif dan dapat membesar dengan normal. Melihatkan senyuman si Adra yang tak mengerti akan penderitaan yang dialaminya, sebak rasa hati. Moga ibubapa Adra
 (Adzriefaiz & Suliza Ismail) diberi kekuatan, ketabahan & kesabaran dalam menghadapi dugaan ini. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan untuk Adra kembali sihat seperti biasa. Amin yarabbal alamin.
Sebarang sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akaun Maybank bapa Adra, AdzriefaizAdzlan : 562227327760
 Untuk maklumat terkini dan perkembangan Adra, boleh ke FB Page : DONATION FOR ADRA AFIEYA

Double Stemcell & Triple Stemcell In Action!!


Phyto Science Double Stemcell adalah produk anti-penuaan dan kesihatan yang terhasil daripada gabungan sel-sel stem tumbuhan epal hijau dan anggur serta diperkayakan dengan beri acai dan beri biru untuk menyuburkan kulit dari dalam dengan kesan yang nyata lagi ketara. 

Uttwiler Spatlauber adalah sejenis epal dari Switzerland yang ditanam sejak kurun ke-18, di mana ia mempunyai keupayaan untuk menyembuhkan dirinya sendiri dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi berbanding jenis-jenis epal yang lain. Ini kerana epal ini mengandungi anti-oksidan yang tinggi sehinggakan sekiranya ia gugur dari pokok, epal ini tidak akan kecut atau membusuk untuk tempoh 4 hingga 6 bulan. Epal ini juga sangat masam dan kurang diminati tetapi sekumpulan saintis daripada Mibelle Biochemistry telah membuktikan bahawa 0.1% sel stem epal Uttwiler Spatlauber mampu meningkatkan 80% sel stem manusia. Terdapat 2%  sel stem epal Uttwiler Spatlauber di dalam Double Stemcell dan ini bermakna peratusan kandungan sel stem epal yang lebih tinggi mengalakkan penghasilan sel baru dengan lebih cepat. Dikhabarkan sel stem epal ini menjadi kegilaan selebriti untuk kelihatan awet muda seperti Michelle Obama, Jennifer Lopez & Helen Mirren.

Gamay Teinturier Freaux pula adalah sejenis anggur daripada daerah Burgundy, Perancis yang juga mempunyai kandungan anti-oksidan yang tinggi dimana ianya sangat berkesan sebagai penyingkir radikal bebas untuk perlindungan UV. Sel stem anggur ini juga merangsang pembaharuan yang berterusan dan memperbaiki struktur kulit untuk mengekalkan kelembapan kulit supaya ia terus lembut dan tegang. 

Double Stemcell membekalkan nutrient bagi membantu merangsang pertumbuhan dan pengantian sel-sel baru serta pembaikan sel lama (yang telah rosak/cedera) dalam darah, organ, kulit dan seluruh anggota badan. Dengan pengambilan teratur setiap hari akan membantu mencegah, merawat serta memperbetulkan masalah/penyakit, seterusnya meningkatkan tahap kesihatan badan. Manfaatnya akan terserlah pada kulit, wajah dan bentuk badan seseorang, merawat luaran & dalaman sekaligus. Badan akan sentiasa cergas dan penuh bertenaga untuk menjalani kehidupan harian. Sesuai untuk semua peringkat umur dan jantina.


Kebaikan Produk :
Membantu mengurangkan kedutan pada kulit terutamanya kulit wajah
Membantu menjadikan kulit gebu, halus, licin, anjal dan lembap agar kulit sentiasa segar dan bermaya
Membantu menguatkan sendi & tulang
Mengaktifkan sel-sel kulit dan badan
Membantu meningkat daya penyerapan kolagen oleh badan
Membantu merangsang badan bagi menghasilkan lebih banyak kolagen tersendiri
Melindungi kulit dari pancaran UV berlebihan 
Membantu membuang toksin dan menurunkan berat badan
Memudarkan jerawat, jeragat, parut dan strect marks serta lingkaran gelap bawah mata
Memulihkan luka dengan cepat 
Menegangkan payudara
Memberi tenaga dan mengurangkan rasa mengantuk
Menguatkan otot jantung, wajah dan faraj
Membantu pesakit tekanan darah tinggi, berpenyakit jantung, sembelit, buasir, diabetes, strok dan lain-lain
Mengurangkan risiko kanser , menstabil dan mengekalkan tahap kolesterol yang baik dalam badan


Harga:
RM 250 per pek (14 sachet), RM 500 2 pek (28 sachet)
PROMOSI!! 
RM 270 untuk 2 pek (automatik menjadi ahli) + RM 5 (kos pos)
Pesanan seterusnya RM 190 untuk 2 pek. 


BERBALOI-BALOI!!



 Phyto Science Triple Stemcell Miracle Intense Essence  


Untuk kegunaan luaran. Ianya sangat mudah digunakan dengan hanya menyemburnya di muka selepas mencuci. Juga boleh diaplikasi di bahagian anggota badan yang lain.  Sesuai unuk melindungi kulit dari sinar UV, masalah resdung dan alergi.
 
Harga : RM290/botol (100 ml)
PROMOSI!!
 RM 350 ( 2 pek Double Stemcell + 1 Miracle Essence) / RM 370 (untuk Sabah & Sarawak)


Phyto Science Triple Stemcell Triple Stemcell Shine Stem



Formula yang dipatenkan. Unik, kalis air dan anti peluh. Mengaktifkan sel pertumbuhan lapisan dalaman kulit. Melindungi kulit daripada kesan buruk sinaran matahari dengan memberi isolasi daripada tembusan sinaran UV. Mempunyai kelembapan anti-oksida semulajadi menjadikan kulit wajah awet muda. Ianya tidak melekit, berminyak atau mempunyai bahan silikon yang boleh menyebabkan liang roma tersumbat.

Harga : RM300/botol (30 ml)

DISCLAIMER
Produk ini telah dihasilkan oleh Bioalpha International Sdn. Bhd dan dipasarkan oleh Phyto Science Sdn. Bhd.



BERMINAT?? ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK MENGHUBUNGI/SMS/WHATSAPP : 013-2770270 :-)

20 February, 2014

Hendak salahkan banyak urat putus ke?

Berat badan selepas bersalin : hendak kata sudah mendapat berat badan ideal, tidaklah tepat. jauh sekali mendapat berat badan idaman. Lelemak degil al babat masih belum tersisa, masih pejal dan terjal..huhu. Manakan tidak, diet tidak, mengamalkan pemakanan secara sihat pun tidak. Bila ada kawan tegur badan iols dah berisi, baru la tetiba perut jadi kenyang, sarapan lite-lite, lunch terus skip, dinner pun tak makan nasi. Tapi itu tahan untuk sehari ajelah. Kena selalu baca blog FillanieCik Epal bagi diri motivasi. Pada aku, dorang berdua ni memang komited jaga berat badan. Haruslah uols kenal ngan dorang kan?

Rambut gugur : Ya, sangat banyak. Bertaburan di seluruh pelusuk rumah. Lepas pantang, aku potong pendek. Tapi tetaplah ia gugur dengan banyak juga. Bahana ketidakstabilan hormon, mungkin? Atau kesan kewujudan ketombe yang luarbiasa? Atau kedua-duanya? Wuwuwuwu.

Sengal-sengal badan : Aku syak badan aku berangin ni. Bila bongkok/tunduk lelama, lengguh pinggang. Hujung-hujung jari tangan & kaki rasa bisa-bisa. Paling terasa sengal dan bisa adalah urat peranakan di peha kanan. Memang dari mengandung dulu dah terasa. Bila berurut waktu lepas bersalin, hilang lah kejap bisa & sengalnya tapi ni dah jadi balik. Badan pun lesu aje rasa. Patut cukup habis pantang hari tu, aku berurut lagi dengan mak aku. Tapi disebabkan mak aku sibuk mengurutkan orang, disambung pula dengan kejadian banjir yang memaksa emak aku mengerah tenaga, maka aku tak sampai hati nak minta dia urutkan. Sudahlah dia pun kejap-kejap terasa nak demam. Aku pula, elok habis pantang, aku makan minum macam biasa. Tak berapa nak pantang sangat bab yang satu ini (aku cuma kurangkan pengambilan ais & makanan berangin), so mendapat la kot. Itu yang ada waktu-waktu badan rasa dedar macam nak demam aje.

Pelupa : Aku keluar masuk bilik atau turun naik tangga 3,4 kali pun belum tentu apa yang aku plan nak buat/ambil akan dibuat/diambil. Kang ingat nak pakcing baju anak-anak, so pergi bilik belakang konon nak ambil baju dorang, dah sampai kat bilik belakang baru teringat, nak defreezekan ebm, so defreezekan ebm dulu, sesambil tu teringat pulak nak buat itu, nak buat ini, sudahnya kang ada aje lah yang tertinggal. Hari tu aku kemas beg Ukasyah, so aku keluarkan bekas toiletteries dia, konon dah masukkan baju segala nanti, baru nak masukkan bekas toiletteries tu. Sampai ke sudah tak masukkan. Kakak pengasuh tu pulak takde cakap apa-apa kat aku. Sudahnya, asal aku ambil Ukasyah, hari ni bau minyak kayu putih, esok bau macam minyak afiat, bau bedak pon berbeza-beza. Tapi dalam pada pelik-pelik pon, aku takde terasa nak bertanya sebab aku fikir mungkin akak tu saja pakaikan minyak/bedak anak dia. Boleh gitu? Rerupanya, semalam masa dok mengemas bilik belakang, baru perasan yang bekas toiletteries tu ada terletak elok kat tepi dinding. Haih..apa ke sengal ibu kamu ni Kasyah? Ini baru anak 2, belum masuk 3,4,5 udah gini gayanyer, guane..


19 February, 2014

MILF Malaysia FB Page? Whoaa!

Apa itu MILF? Haa..untuk maklumat lanjut, silalah cari sendiri ye. Yang pasti, page yang aku sebutkan tu adalah page penyumbaleweng yang menyalahgunakan gambar pemilik akaun FB berjantina wanita, berstatus ibu dan berumur 30 ke atas yang dirasakan 'hot' untuk tatapan lelaki-lelaki gersang mencuba nasib. Haa, itulah objektif page yang aku maksudkan.

Intro pun dah macam harems. If u know what i means - 'share experience' dow.

ini status kawan aku, the informer, bukan mangsa page sengal tu ye.
Ini status yang di'up' oleh member aku berkenaan page tu. Dari sini la aku tau kewujudan page sampah ni. Tak sangka ada kengkawan kami yang dah jadi mangsa. Mujur la gambar kawan aku yang jadi mangsa tu dah dikeluarkan selepas kawan aku hantar message pada admin page tersebut untuk buat report polis. Gambar-gambar mangsa yang lain pun dah dipadam, tinggal gambar retis internationale tu je. Tau plak si admin tu cuak. Bila semak tarikh akaun page tu dibuat, dah lama, tahun 2012 tapi aku tak pasti kalau sebelum ni takde sesiapa report. Maka dengan itu, sebelum lebih ramai menjadi mangsa, marilah kita ramai-ramai buat report pada Admin FB untuk tutup page ini. Selain tu, kepada yang belum privacykan akaun FB anda, sila privacykan terutama sekali akses kepada maklumat diri & gambar-gambar. Semak balik senarai kengkawan yang telah di add. Agak-agak yang tak berapa kenal atau mencurigakan tu, delete je la dari friend list sebab mana lah tahu ada penyumbaleweng sibuk jadi stalker kan. Dan sekiranya ada gambar-gambar yang dirasakan tak sesuai untuk dikongsi, better dont upload it into FB. Kadang-kadang tu, ada akaun, gambar profail kemain suci tapi bila baca info, status, gewdiks gersang semacam, rasa macam something wrong somewhere je. Rupanya ada orang salahgunakan untuk cari keseronokan sendiri. Tak pasal-pasal kan? Heii..seround-seround seeraaammm-seeraaammm.

14 February, 2014

Harga sekeping french toast

Alkisahnya semalam seperti biasa, pagi-pagi aku akan ke kafe pejabat mencari sarapan. Selalunya aku akan cari makanan berat plus kuih-muih. Kuih muih tu pula selalunya aku buat kudap-kudapan sementara nak tunggu waktu makan tengahari. Ohoho..banyak kan aku makan? Orang lain lepas bersalin makin lentik langsing, aku menambahkan babat. Apa ada hal..hahah. Okay, itu bukan isunya. Dalam kafe pejabat aku tu, ada satu gerai aje yang jual kuih-muih ni. Sesambil aku melihat-lihat kuih-muih yang berkenan nak di'ngap', ada la sorang lelaki ni sama naik memilih. "Kuih ni harga berapa?" soalnya sambil menunjuk kepada kuih karipap. "Empat posen", jawab si penjual. "Kuih ini pula?" tanya beliau lagi. "Empat posen juga", jawab si penjual lagi. Kemudian, lelaki tersebut menyepit sekeping french toast yang masih panas lalu bertanyakan harganya. Si penjual menjawab, "Ini seringgit sekeping." "Hah, seringgit? Boleh tahan ye harga dia." Respon si lelaki sambil meletakkan kembali french toast tersebut, lalu memilih 2 ketul kuih, bayar dan berlalu pergi. Berubah air muka si penjual. Pada aku, di sekitar Putrajaya ini, harga seketul kuih sebanyak 40 sen itu memang biasa. Kalau dapat 30 sen, rasa macam eh, murahnya dan teruja. Tetapi sangat jarang atau macam sudah tidak ada. Jadi 40 sen itu adalah acceptable walau tiada jamin sedap dari segi rasa. Saiz pun macam zaman harga kuih 20 - 25 sen dulu aje. Aku pernah beli kuih donat bersaiz sedang dengan harga 50 sen. Mahal lah aku rasa. Berapa sangat lah pun kos hendak membuatnya, salut dengan gula aje pun. Ker sebab hendak membuatnya sedikit leceh sampai hendak letak harga sebegitu? Aku mengaku, aku tak pernah buat donat. Tak ada rasa hendak buat tapi masa emak aku berniaga dulu, aku biasa tolong emak aku buat. Donat air tangan mak aku dulu, saiznya lebih kurang sebesar tapak tangan dewasa, dengan gebunya, lembutnya, gula pasir halus dikisar dan disalut sekata, 25 sen harganya. Tak pula diletakkan harga mahal sedikit dari kuih muih lain hanya kerana ciri-ciri yang aku sebutkan itu. Berbalik kepada  french toast seringgit, aku pun rasa macam itu bukan harga patut. Kalau seringgit, dengan sebuku roti Gardenia saiz pendek & beberapa biji telur, sudah berapa untungnya? Itu kalau pakai roti Gardenia lah. Telur pun bukan pakai sebiji telur untuk sekeping roti kan? Kalau letak susu pun, perlukah dijual sampai seringgit? Adeh. Harap-harap, si penjual boleh consider untuk kaji balik harga french toastnya yang obviously bukan dibuat di Perancis ittew.

12 February, 2014

Ukasyah : 3rd check up & basa basi

Anak bujang aku akan menginjak ke usia 4 bulan hujung minggu ini.  Baru pagi tadi dia mendapatkan dos suntikan untuk 3 bulan, boleh gitu? My bad. Sepatutnya temujanji untuk tujuan tersebut adalah pada 28/1 lepas tapi aku salah tengok hari. Aku ingatkan 28/1 jatuh pada hari Rabu, rupanya hari Selasa. Campur tolak cuti Tahun Baru Cina segala, maka terpaksalah aku reschedulekan temujanji yang tertangguh dekat 2 minggu T___T

Masa check-up 2 bulan, beratnya 6.7 kg. Untuk check-up 3 bulan, beratnya naik +/- 300 gm aje. Nak kata tak kuat menyusu, selera aje dia. Mungkin dia hendak meringankan badan agaknya. Belum dapat meniarap kan diri, baru mengiring sikit-sikit tapi kalau ditiarapkan, kepala dah tegak macam anak kura-kura..hihi. Kesukaan menyembang sentiasa ada. Kalau kita agah-agah atau ajak dia berborak, memang suka sangatlah dia. Kalau kita dah pegang/gendong dia, janganlah semena-mena nak baringkan dia, memang bergemalah tangisan anak bujangku itu. Kadang-kadang aku usik dia, buat suara macam garang, terus dia cemekkan muka, menangis dengan air mata bergenang-genang. Touching la tu. Berjiwa #halusss kah anak bujangku? Huhu. Sangat suka menghisap jari. Tak silap aku memang dari dalam pantang dah nampak dia menghisap jari dedemok dia tu tapi paling ketara masa dia 2 bulan onwards. Kekadang habis sepenumbuk dihisapnya. Ada orang kata tak elok biarkan anak hisap jari, nanti jadi tabiat, habis jari jadi kecut. Tapi menghisap jari tu kan salah satu daripada tindakan refleks bayi yang menyokong perkembangan deria mereka, dan itu adalah normal. Masa check-up tadi pun, nurse ada tanya sama ada Ukasyah ada hisap jari atau tak. Aku jawab ya dan dia catitkan dalam buku rekod Ukasyah. Maknanya ok lah tu kan, lagipun dari dalam kandungan baby-baby ni hisap jari, dah nature dia kan? Sementara hendak besar ni, let it come & go naturally.

As for si kakak, dah nampak dah sisi-sisi cemburunya ittew. Kalau aku atau En.F main-main dengan si adik, dia akan datang nak menyelit sekali. Nak pegang adiklah, nak buka/pakaikan baju adik lah, nak mandikan adik lah. Kalau kami larang dia cium/peluk adik kuat-kuat atau tegur dia dengan apa-apa perkara yang melibatkan si adik, mulalah dia cakap, "Ibu/Babah dah tak sayang Anim, eh?" Adehh, dia terasa rupanya. Jadi haruslah bagi explaination, ajak & libatkan dia sekali. Tapi bila selalu pula kena suruh, dia komplen pulak, "Asyik Anim aje yang kena buat." Ibu : "Anim kan kak long, mestilah Anim kena buat, tolong ibu." Tasnim : "Kalau macam tu, Anim takmo jadi kak long lah. Anim nak jadi kakak aje." (-_-)" Sama je portfolio kak long dengan kakak tu nak oii. Selain tu, si kakak dah pandai hendak buat perangai untuk tarik perhatian ibu babahnya. Memang kekadang keluar api lah kat hidung ibunya ni nak melayan karenah si kakak. Huhu. Tapi bila difikir-fikirkan, tahun depan si kakak dah 7 tahun, dah masuk sekolah, jadi lama mana lagilah dia suka hendak dipeluk-cium-gomol-diberi perhatian macam dia kekecik dulu kan?  Sayu pulak hati ibu.

Ok, cerita lain. Aku tak puas hati. Tak puas hati sebab baik si kinting mahupun si kecik, dedua ikut muka babah. Roman babah eh, kato oghang nogori.  Haih, mana aci!

11 February, 2014

Dua Februari

Februari. Bulan kedua dalam kalendar Masihi. Nombor dua. Tanpa aku sedari (sekarang dah sedar, tu yang nak tulis dalam entri ni), aku punya kaitan yang kuat dengan nombor 2. Hurm..dan kaitannya?
Aku punya 2 orang BFF yang lahir dalam bulan 2.
En. F dilahirkan dalam bulan 2.
Aku pernah ada 'crush gila-gila' dengan seorang mamat yang lahir dalam bulan 2 juga. (Jangan marah En.F, ini cerita zaman iols muda-muda ye..ahaks.)
Aku dapat pinjaman pelajaran selepas 2 kali mohon.
Aku dapat tawaran sambung belajar ke UiTM masa intake kedua.
Aku berjaya habiskan ijazah setelah dua kali masuk ke program yang sama dari dua U yang berbeza.
Aku diterima masuk bekerja juga masa intake kedua.
Aku kahwin selepas dua kali putus tunang.
Hinggakan emak aku pernah cakap, hidup aku akan sentiasa ada kedua kalinya. Kali kedua untuk mencuba. Kali kedua untuk berusaha. Kali kedua untuk diberi peluang.  Macam minyak masak Seri Murni, pemeringkatan dua kali..hahah.
Well, mungkin sudah suratan. Mungkin juga kebetulan.

04 February, 2014

Ukasyah - Hari pertama bersama pengasuh

Hari ni hari pertama aku hantar Ukasyah ke pengasuh. Ini juga pengalaman pertama aku menghantar anak ke pengasuh. Waktu si kinting dulu, aku hantar dia ke taska waktu umur dia dah 3 tahun maka lain perasaannya. Harapnya Ukasyah okay dengan si pengasuh dan sama juga sebaliknya. Kalut la aku nak siapkan bebarang dia pagi tadi, padahal petang semalam, beg baju & kelengkapan lain aku dah siapkan. Pagi ni cuma nak siapkan stok susunya aje tapi disebabkan kegabraan aku dengan pengalaman pertama ini, aku jadi 'blur' sekejap. Mana nak siapkan si kakak, nak prepare kelengkapan pam susu untuk dibawa ke pejabat, nak siapkan diri lagi...hahah. Baru anak dua je pun, kecohnya macam beranak 5..huhu.

Anyway, pengasuh ni aku dapat dari sepupu En.F. Sepupu En.F tu baru aje deliver awal Januari lepas. Dia yang dapat contact number pengasuh tu tapi tak jadi nak hantar sebab dia dapat pengasuh yang lagi dekat dengan rumah dia so dia passkan pada kami. Kebetulan pengasuh tu memang mengalu-alukan bayi untuk dijaga, so aku & En.F pergi la berjumpa dengan dia untuk merisik-risik. Dalam masa yang sama, boss aku ada bagi contact no. seorang pengasuh dekat area rumah aku pula. Aku pun ada call pengasuh tersebut untuk bertanya. Tak sangka dalam masa-masa kecederaan macam tu (cuti bersalin aku dah nak habis waktu tu), akhirnya ada pengasuh yang available tetapi setelah berbincang dan ditimbang-timbang, kami memilih pengasuh yang direcommendkan oleh sepupu En.F itu. Mungkinlah jauh sikit dari rumah jika nak dibandingkang dengan pengasuh yang satu lagi, tapi masih satu jalan dengan jalan untuk aku ke pejabat. Sebelum tu, aku dah riki-riki & dah dapat tempat kat taska sebab aku fikir memang kami dah takkan dapat cari pengasuh..huhu.

Kalau diikutkan, memang dari waktu aku mengandung, aku dah cuba cari pengasuh tapi tidaklah beria sangat. Tambahan pulak, adik aku bagitau yang dia sudah bookedkan tempat untuk anak aku dekat pengasuh anak dia. Jadi aku pun dah legalah, konon pencarian pengasuh dah settle. Tapi tak lama lepas tu, pengasuh tu cakap dia terpaksa tolak tempahan aku sebab dia taknak ambil risiko memandangkan banyak pula kes bayi tersedak susu di rumah pengasuh dalam Putrajaya ni. Maka aku pun akur. Lagipun masa tu aku baru masuk 3rd trimester, so macam ada masa lagi nak cari pengasuh lain. Kemudian, kami ada bertanya pada jiran selang sebuah rumah sama ada dia berminat untuk menjaga bayi tetapi dia tak berani bagi kata putus memandangkan kesihatan dia yang tak berapa stabil. Aku pun faham lah, tak mudah nak jaga anak kecil dalam keadaan yang sebegitu. Memang macam hopeless hendak mencari pengasuh sebab kebanyakkannya tak available dan tak ramai yang hendak jaga baby. Lepas pantang, aku mulakan pula operasi mencari taska. Malangnya semua taska dah fully-booked baik yang dekat area pejabat aku, Presint 9 & 11. Tapi akhirnya aku ketemu juga dengan satu taska di Presint 11. Aku tengok bebudak yang dijaga semua happy je & bila ditanya jumlah baby yang sedia ada dalam jagaan hanyalah 3 orang (itu termasuk anak aku jika aku berminat), maka aku pun letak lah duit pendahuluan RM 100 tapi since dah jumpa pengasuh, kira burn lah kan duit tu.

Sebab kenapa aku pilih pengasuh tu adalah kerana dia memang prefer jaga baby dan dia biasa handle baby yang minum ebm. Aku tak perlu nak bawa milk warmer bagai. Dia boleh jaga lebih masa dengan syarat aku sediakan susu & kelengkapan anak aku dengan secukupnya. Tengok dari keadaan rumah dia pula, dia nampak pembersih. Dan setakat dari perbincangan kami tempoh hari, dia cuma jaga Ukasyah. Kalau diikutkan dia memang nak jaga lagi sorang dua tapi yang toddler lah. Dia pun ada anak kecil berumur 2 tahun lebih. Apapun, petang ni aku nak tengok keadaan Ukasyah macam mana. Yelah, aku kena cuba dulu hantar & tengok keserasian anak aku kat rumah pengasuh tu. Kalau ok, boleh carry on. Kalau tak ok, aku kena bersiap siaga cari pengasuh/taska baru. Hurm..inilah dilema mak bapak berkerja kan? Kalaulah boleh jaga anak sambil bekerja. Huhu. Apapun, semoga anak-anak kita sentiasa dipelihara dan dilindungi oleh-Nya daripada perkara-perka yang tidak diingini sama ada di rumah pengasuh atau taska. Juga semoga anak-anak kita dikasihi dan disayangi selayaknya oleh penjaga yang telah kita amanahkan untuk menjaga anak-anak kita itu.

Haih, tak sabar nak balik, nak ambil Ukasyah.