25 April, 2014

Macam-macam penyakit ceritanya

Kisah Cik Kinting:

Sudah menjadi kebiasaan atuk Harun bila datang bertandang ke rumah aku untuk membelek-beleh tubuh badan si cucu sulung kesayangan. Nak tengok kot badan cucunya berkudis ke, beruam ke, lebam ke. Belek kuku, berpotong ke tidak. Belek kepala berkutu ke tidak, rambut panjang merimaskan ke tidak. Belek telinga, bertahi bernanah ke tidak. Huhu. Begitulah keprihatinan seorang datuk kaedahnya. Kalau ada yang tidak kena, maka masaklah aku mendengar omelan dan bebelan si atuk, bernanah la telinga anakandanya ini mendengarnya sambil membujuk hati supaya tidak jua bernanah hendaknya. Kang tak pepasal iols dapat label anak durhaka pulak. Hendak dijadikan cerita, 3 minggu lepas waktu dia menjalankan tugasan rutin seperti yang tersebut, beliau dapati telinga sebelah kanan cik kinting seperti ada tinggalan tahi telinga yang sudah mengeras. Maka beliau pun memulakan operasi untuk mengeluarkan tahi telinga tersebut sambil memberikan kata-kata 'pujangga' kepada aku. Siap pakai lampu suluh, siap titiskan air & minyak bayi dengan harapan tahi telinga yang mengeras itu dapat dilembutkan. Tetapi malangnya tahi telinga tersebut tidak dapat dikeluarkan. Dan seperti biasa dia akan mengeluarkan fakta-fakta worst case scenario nya dan aku mengambil langkah untuk diam sahaja. Tapi marah pula dia bila aku tak ambil 'pot' dengan bebelannya sampai merajuk-rajuk. Alahai. Rupanya dia nak provok aku dan-dan itu untuk bawa cik kinting ke klinik. Manalah anakanda beliau yang tak berapa nak mithali ni tahu. Itulah masalahnya bila terkadang kebendulan aku memakan diri. Sobs sobs. Sepemergian pulang mak bapak aku semula ke Kuantan, aku pun belilah ubat untuk mencairkan tahi telinga di farmasi. Elok 2,3 kali pakai, aku dapati tahi telinga cik kinting mencair tapi tidak banyak, tiada jua sebarang ketulan tahi telinga tetapi ada serpihan kecil styrofoam hitam yang keluar. Elok saja aku kuis keluar benda asing tersebut, terus cik kinting cakap, "Ibu, Anim rasa dah boleh dengar betul-betul lah ibu (dengan jelas)." Rupanya itulah ketulan 'keras dan hitam' yang dibisingkan oleh si atuk yang beliau sangkakan ketulan tahi telinga nan mengeras T__T. Macam mana benda asing tersebut boleh berada di dalam telinga cik kinting, adalah masih fuzzy kerana empunya diri juga tidak pasti akan sebab-musababnya walaupun sudah ditanya berkali-kali. Penjelasan beliau; "Mungkin kawan Anim main baling-baling, lepas tu benda tu termasuk sendiri dalam telinga Anim tapi Anim tak sedar." Hooookkkeyyy. Apapun, walaupun aku berbulu dileteri, ucapan terima kasih & terhutang budi harus diberi pada si atuk :-)

 Kisah Ukasyah:

Masuk minggu ni, sudah lebih seminggu My little gentleman ni kena sakit mata (konjunktivitis) di sebelah kanan. Hendak kata berjangkit dengan aku, 2 minggu sebelum tu aku dah baik dari sakit yang sama. Mungkin ya, mungkin juga beliau dijangkiti atas faktor-faktor lain. Sampai bengkak-bengkak lah mata kanan dia. Maka aku dengan En.F bergilirlah mengambil cuti. Bila bengkaknya dah surut & mata beliau dah tak berapa merah, aku hantarlah semula ke pengasuh semalam. Petangnya, sewaktu aku ambil dia dari pengasuh, nampak mata sebelah kiri pula dah mula merah. Haiyooh. Ubat makan - antibiotik dan tahan gatal, aku carry on bagi. Begitu juga ubat titis dan salap mata. Petua titikkan air susu ibu pun aku buat sama. Tapi memang bersilat la nak letakkan ubat titis & salap tu. Memang dia tak duduk diam. Pagi tadi, aku rasa agak lega sebab mata sebelah kiri nampak tak melarat tapi tetaplah aku bawa si kecik ni ke klinik untuk rawatan memandangkan mata sebelah kanan tu masih tak baik-baik kan. Tapi kali ni, aku pergi klinik lain. For second opinion lah konon. Masa doktor nak check tu, mulalah Ukasyah meronta-ronta. Agresif juga anak aku ni rupanya. Doktor cadangkan ubat titis digantikan dengan ubat salap sahaja & diletakkan pada mata dengan lebih kerap sebab ubat salap adalah lebih berkesan untuk mengurangkan jangkitan. Mujur juga, mata Ukasyah tak berselaput kerana menurut doktor, selaput putih yang terbentuk sewaktu jangkitan konjunktivitis boleh menghalang ubat daripada menyerap ke dalam mata untuk proses penyembuhan.

Budak bulat sakit mata, masa ni baru kena belah kanan aje.


Kisah si ibu:

Semalam gigi geraham belakang belah atas aku telah selamat dicabut. Sebenarnya gigi tersebut telah berlubang dan menyebabkan aku diserang sakit gigi secara on & off sehinggalah 2 hari lepas, ia menjadi igauan ngeri yang 'mentally traumatized' kerana aku tidak boleh tidur & buat apa pun serba tak kena. Sebenarnya aku masih teringat-ingat akan kesakitan selepas mencabut gigi geraham bawah aku masa aku preggy dulu, jadi aku tidak bercadang untuk mencabut gigi walaupun sakitnya sudah menyucuk-nyucuk dan berdenyut-denyut. Cukup dengan tampalan sahaja untuk menghilangkan 'seksaan' yang dialami. Mulanya aku bercadang untuk dapatkan rawatan dengan Klinik Pergigian Izra, maka aku telefonlah untuk set temujanji, malangnya slot temujanji semua dah penuh. Hampa iols. Dedulu boleh walk-in je nak pegi klinik ni tapi sekarang nak buat appointment pon belum tentu dapat. Aku suka pergi klinik gigi ni sebab doktornya ramah & lembut masa merawat. Anyhow, iols idoklah sanggup nak tunggu sampai minggu depan. Udahlah tak ketahuan availability slot appointmentnya. Maka risik punya risik dengan Pakcik Google, aku jumpa satu lagi klinik gigi dalam jajahan Putrajaya ni yang bertempat di Presint 15. Klinik Gigi Bestari namanya. Bila aku call, katanya boleh terus datang kalau hendak buat rawatan. Fuhhh..syukur. Tunggu punya tunggu giliran nak dapatkan rawatan, sekali doktor tu cadangkan aku cabut sahaja sebab lubang pada gigi dah sampai ke akar. Kalau aku nak fikir dulu, dia akan bagi ubat penahan sakit & antibiotik tapi kesakitan tu tetap akan berulang. Aku ni pula bila dengar kena cabut terus rasa cuak. Siap tanya, kena belah gusi ke tak sebab selalunya kalau gigi geraham kena buat gitu. Doktor tu kata tak perlu pun, boleh cabut macam biasa then aku terus setuju. Sekejap je pun proses nak mencabut tu. Terus terbayang aku boleh tidur lena malam semalam. Doktor yang bertugas waktu tu adalah doktor lelaki India, muda lagi. Memula masuk tengok doktor lelaki aku dah rasa segan. Tapi bila dia sembang-sembang bagi penjelasan gitu-gini keseganan pun berkurangan. Dia bagitau selalunya bentuk akar gigi geraham ni macam pelik-pelik sikit. Oleh itu, kalau gigi geraham dah berlubang & lubangnya dalam, rawatan akar adalah kurang berkesan. Rawatan akar adalah applicable kepada selain daripada gigi-gigi molar seperti gigi kapak, gigi taring dan gigi geraham kecil. Dan yang paling mengembirakan aku, caj yang perlu aku bayar untuk cabutan gigi tersebut adalah RM90. Aku tak pastilah kalau ini memang kadar biasa yang dikenakan sebab bila sebut gigi geraham, aku membayangkan caj untuk cabutannya mesti atas RM100..huhu. Apapun, tiada kesakitan gigi, tiada igauan ngeri..hihu.

10 April, 2014

Binjo-binjo minyo-minyo

My binjo-binjo minyo-minyo domdimbobs agumgum

Si kakak sudah selamat menginjak ke usia 6 tahun pada 29 Mac lepas. Kebetulan pada tarikh yang sama, aku sekeluarga ada buat majlis aqiqah si adik, maka adalah sambutan hari jadinya secara kecil-kecilan. Cik kinting tersangatlah gembira kerana hajatnya untuk mendapatkan kek 'princess' as birthday cake tercapai. Kek tersebut aku tempah di sini. So far, dah 3 kali aku tempah kek dengan Mummy Zara a.k.a Fara ni. Memang puas hati dengan rasa dan deko keknya. Btw, rainbow cake buatan beliau adalah recommended, sedap uols!

As for perkembangan cik kinting, ada masa pandai bawa diri & berdikari, ada masa pulak dia mendegilkan diri. Aku rasa dia nakkan perhatian tu. Kadang-kadang tak terlayan, sebab waktu si ibunya ni tengah sibuk nak uruskan si adik, waktu itulah dia nak tunjuk itu ini, nak cerita itu ini, minta buatkan itu ini. Ada masa naik angin juga lah aku dengan dia, makin tinggi jugalah tahap kegarangan aku. Tapi bila ada masa bergomol dengan dia, rasa sayu pulak hati, rasa macam cepatnya cik kinting ni membesar. Rasa macam tak puas pulak tengok dia membesar depan mata. Oh, bagaimana masa berterbangan, kan? Sekarang beliau suka menonton rancangan Tanah Kubur & Fear Factor. Ada satu hari tu, dia nampak En.F pakai t-shirt Fear Factor, dengan terujanya dia bertanya, "Wah, babah pakai baju ni, babah masuk Fear Factor eh? Bila babah masuk? Beraninya babah!" Dan si babah pun menjawab, "Mestilah babah masuk. Terer tak babah?" Huh. Padahal baju tu dia beli dekat member dia je. Kesian cik kinting kena tipu dengan bapa sendiri. 
Ciri-ciri keperempuan pun dah makin menyerlah. Waktu tidur pun nak pakai kelip rambut. Siap bawa roll-on perfume pergi sekolah. Pernahlah sampai aku rasa pening-pening dek penangan dia menonyoh roll-on perfume tu secara over. Bila dia tengok anak jiran sebelah rumah dah potong rambut, dia datang kat aku & cakap, "Ibu, Aqil dah potong rambut lah. Handsomeeeeee!" Errrksss...manalah Aqil tak panggil kamu gedik nak oii, huhu. 2,3 hari lepas aku dengar dia bersembang dengan Aqil pasal isu MH370. Pergh, terkesima aku. Bebudak sekarang umur 6 tahun dah reti sembang hal ehwal semasa tu. Bak kata mak Aqil, bila sel-sel otak anak-anak berhubung, boleh mati sel-sel otak para ibu nak menjawab soalan anak-anak. Hihi.

Budak kecik si botak si bulat itu pulak sudah ligat berpusing & bergolek. Sangat suka dan pandai bermain dengan cik kinting. Badan sudah kurang mok-mok, mungkin disebabkan oleh dia sudah makin aktif bergerak. Juga disebabkan demam, selsema dan batuk yang datang secara on off. Sudah 3 kali pergi klinik, ubat pun silih berganti. Setakat ini, alhamdulillah nothing bad has been detected due to his sickness. Semoga proses pembinaan antibodi my little gentleman ini berjaya & mampu mengusir virus-virus itu. Dan sekarang, my little gentleman sudah selamat diberi makanan pejal pada usia 5 bulan 3 minggu which is puri avokado & pisang + ebm. So far, dia sukakannya. No negative reactions, berak pun maintain lawas, heheh. Lepas ni boleh continue dengan puri sayuran atau buahan yang lain pula. Kalau ikutkan si nenek, dia cadangkan aku berikan aje bijiran beras untuk si kecik tu. Tapi aku sengaja ambil step by step dulu lah. Masa si kinting dulu, dek kerana teruja sangat nak sediakan makanan pertama untuk si anak, aku terus buatkan bubur + lobak +kentang + ikan bilis sangai yang dikisar. Bajet sedap & seimbanglah konon. Tapi si kinting makan sesuap aje. Bila suakan sudu untuk suapan kedua, dia dah kemamkan mulut, tak suka lah tu  (padahal salah teknik pengenalan makanan kepada bayi sebenarnya). Masa ni memang tak cukup ilmu/info tentang pemakanan bayi, ikut pandai sendiri aje. Sudahnya, cik kinting makan bijirin beras segera dan makanan bayi yang seangkatan dengannya which is menyukarkan aku untuk didik dia makan sayur-sayuran & keadaan itu menjadikan dia seorang picky eater. Lesson learned di situ. Btw, mujur juga dia pengemar buah, dapatlah juga khasiat yang sepatutnya. Anyway, sebagai ibu, aku harap dapatlah aku menyumbang untuk memberi makanan yang lebih berkhasiat & sihat kepada anak-anak aku terutamanya kepada si kecik tu. *Mode : Berusahalahhhhhhhhh*

01 April, 2014

Tinggi


Tasnim : Macam ibu dengan babah lah.
Ibu : Kenapa?
Tasnim : Yelah, ibu tinggi. Babah pendek.
Ibu : Bertuah punya anak.