21 September, 2015

Bukan tudung periuk, bukan tudung saji. Persoalannya, mana satu gaya tudungmu?



Masa Form 1 - Form 3, masih skema lagi, jadi aku pakai tudung sekolah ikut gaya no. 1, tapi part muncung tak berapa nak jadi sebab muka aku bulat tembam macam kuih pau.

Masa form 4 -5, gaya tudung adalah semberono, malas nak kemas-kemas dan konon nak nampakkan imej yang kononnya cool dan rebel, gaya tudung  no. 3 menjadi pilihan. Walaupun begitu, ketembaman pipi tidak mampu disorokkan sama sekali.

Gaya no. 8 adalah gaya yang diaplikasi sewaktu zaman kolej pada waktu-waktu darurat seperti waktu berjalan berseorangan dari kolej ke rumah sewa yang perlu melalui tepi jalan yang agak sunyi dan stesen LRT yang ramai warga negara asing lalu-lalang. Memang mereka akan menjauhi. 

No. 9 tu gaya tudung si kinting bila disuruh pakai tudung sendiri. Asal boleh je dia.


02 September, 2015

Belanja gambar




Permata sulung, Cik Kinting yang sudah menginjak usia ke 7 tahun. Makin tinggi, makin kurus sampai nenek Juli dengan Atuk Harun suspek cucunya tak cukup makan, huhu. Alhamdulillah Cik Kinting cukup ibu & babahnya bagi makan cuma tak tahulah kalau kadar metabolisma badannya tinggi ke hapa. Lagi satu, dia kuat bermain, bukti ada pada kasut & baju sekolahnya ye.





Anak bujang. Insya Allah Oktober ni genap umur dia 2 tahun. Filem kegemaran adalah Frozen "Let it go" & Big Hero 6. Peminat Upin Ipin & Boiboiboy juga. Selalu menjadi mangsa sakatan si kakak. Adik yang redho tetapi tak kena gaya, dia bangkit melawan..heheh.

27 August, 2015

Shy-shy cat


Cikgu Sejarah masa aku Form 2 dulu happened to be my neighbour masa keluarga aku duduk di Kuantan. Anak-anak dia adalah kawan-kawan kepada aku adik beradik. Dan semestinyalah cikgu aku ni jadi kawan mak aku. Aku ni adalah kategori pelajar yang kurang 'pick-up' subjek Sejarah. Pada aku, subjek ini mempunyai terlalu banyak fakta yang perlu diingat dimana aku adalah gagal untuk menghadam setiap tarikh, kejadian-kejadian dan insan-insan yang terlibat. Masa tu, cikgu Sejarah aku ni memang suka la petik nama aku dan dialah satu-satunya cikgu yang panggil aku Mastura. 

Actually aku tak sangka dia nak bagi komen macam kat atas sebab aku rasa beliau kerap panggil nama aku untuk jawab soalan-soalan yang beliau ajukan masa mengajar dulu sebab aku suka layan bersembang dengan kengkawan sebelah-menyebelah. Ya, even aku ni termasuk kategori pelajar yang pemalu, pendiam & low profile, kawan-kawan aku semua jenis ramah-tamah, havoc & happening. Aku pulak set-set budak tinggi, so tempat duduk pun belah-belah belakang, maka menjadi-jadilah ketidak-fokusan aku disitu. Kenangan zaman sekolah. Dan bila aku tatap gambar mak & bekas cikgu Sejarah aku tu, nostalgia datang menerpa-nerpa.

26 August, 2015

Kembali bersiaran

Selepas lebih setahun berlalu..

Tahun ini tahun pertama aku memulakan rutin sebagai ibu yang punya anak bersekolah dan aku mula ambil serius akan iklan pencuci pakaian.

Sehubungan itu, sudah lebih setengah tahun lah aku mengalami dilema kasut sekolah anak hilang, dua tiga bulan kemudian jumpa balik - tiga empat bulan kemudian hilang terus. Dilema menggantikan beg sekolah anak yang tak sampai setahun dah 5 buah beg dikerjakan. Bukan beli yang baru ye, aku selongkar & kitar semula beg-beg sekolah tadika si kinting dari tahun-tahun lepas. Dia bawak beg macam mana entah, tahu-tahu semuanya koyak rabak.  Bukannya dia bawa batu-bata pergi sekolah. Gamaknya kena bagi dia pakai beg guni baru dia kenal erti kehidupan. Itu belum kisah baju sekolah & baju KAFA yang kotor nauzubillah. Tudung sekolah digunting kawan. Kain sekolah berlubang-lubang. Haih..jalan mana ntah dia sagat sampai kain pun boleh berlubang-lubang. Kalau bab alat tulis tak usah cakaplah, memanjang aje ada yang hilang and the list goes on. Apapun, aku tahu i am not alone. Ini adalah dilema sejagat para ibu, kan? *breathe in, breathe out* Maka mari hadapi dengan senyuman dan bebelan serta amukan.