26 August, 2015

Kembali bersiaran

Selepas lebih setahun berlalu..

Tahun ini tahun pertama aku memulakan rutin sebagai ibu yang punya anak bersekolah dan aku mula ambil serius akan iklan pencuci pakaian.

Sehubungan itu, sudah lebih setengah tahun lah aku mengalami dilema kasut sekolah anak hilang, dua tiga bulan kemudian jumpa balik - tiga empat bulan kemudian hilang terus. Dilema menggantikan beg sekolah anak yang tak sampai setahun dah 5 buah beg dikerjakan. Bukan beli yang baru ye, aku selongkar & kitar semula beg-beg sekolah tadika si kinting dari tahun-tahun lepas. Dia bawak beg macam mana entah, tahu-tahu semuanya koyak rabak.  Bukannya dia bawa batu-bata pergi sekolah. Gamaknya kena bagi dia pakai beg guni baru dia kenal erti kehidupan. Itu belum kisah baju sekolah & baju KAFA yang kotor nauzubillah. Tudung sekolah digunting kawan. Kain sekolah berlubang-lubang. Haih..jalan mana ntah dia sagat sampai kain pun boleh berlubang-lubang. Kalau bab alat tulis tak usah cakaplah, memanjang aje ada yang hilang and the list goes on. Apapun, aku tahu i am not alone. Ini adalah dilema sejagat para ibu, kan? *breathe in, breathe out* Maka mari hadapi dengan senyuman dan bebelan serta amukan.

4 comments:

  1. ahahaha mak suka la baca sbb x der la rasa terbeban or stresss sorang2 wakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tu la anna, stress bertingkek-tingkek tau & tahun ni tetiba akak rasa sado sebab lengan berlemak makin berotot jadinya.

      Delete
  2. sabar la nina..mimpi ngeri ini akan berlalu 2 -3 tahun lagi ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. harapnya macam tu la, pingsan poket mak nyer semua benda nak beli baru je.

      Delete

care to drop a comment? thanx! ;-)