24 February, 2016

Bila kita diam

Bila kita diam
orang pijak kepala kita

Sedangkan kita diam kerana
tak mahu panjangkan cerita
tak mahu wujudkan sengketa
tak mahu ada hati yang terasa
tak mahu menambah dosa sedia ada

Kita rela menangkan mereka
kita rela biarkan mereka
nampak mereka yang betulnya
nampak mereka yang tahu segala

Bila kita diam
orang pijak kepala kita
seolah diam itu milik orang bodoh
seolah diam itu milik pesalah mutlaknya

Jangan bermain api dengan orang yang diam
kerana apa yang dipendam, sekali meledak
banyak yang akan rosak binasa


2 comments:

  1. sabaq la wei... meh aku pinjamkan bahu

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    itulah masalahnya...
    sabo lah ye

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)