14 October, 2016

Insiden membeli-belah yang meninggalkan perasaan meh

1. Tengah pilih-pilih kasut cik kinting, (kasut yang dijual secara jualan murah, dilonggokkan di dalam satu tempat), maka terpandang akan satu pattern yang menarik hati, belek-belek tengok saiz, memang kena dengan saiz kaki cik kinting, maka aku pun minta dia cuba, dek kerana hendak mencuba cik kinting perlu buka dulu kasut yang dipakai sambil dibantu aku, kasut yang dah dipilih tu aku letak dekat dengan tempat kami berdiri, elok sahaja aku nak sarungkan kasut tu pada kaki cik kinting, tengok-tengok kasut tu dah diambil orang lain dengan selamba. Siap bagitahu itulah saiz yang dia cari dan bertanyakan kaunter untuk membayar. Kita ni dah susah-payah memilih, membelek nak cari pattern dan saiz diingini, dia senang-senang  aje 'cilok'. Bertuah badan kan?

2. Setiap minggu, di pejabat aku akan ada jualan. Aku bercadang nak cari barut bayi untuk diberi kepada kawan aku yang bakal melahirkan.  Kebetulan, ada satu gerai ni ada jual barut bayi. Aku pun bertanyakan harganya dan mula memilih. Konon nak cari corak yang comel-comel lah. Mana barut yang aku berkenan, aku dah susun, asingkan dan letak di bahagian tepi lalu terus memilih lagi. Tiba-tiba datang seorang wanita terus membelek barut yang aku dah asingkan tadi sambil memuji coraknya yang comel. Dia ambil dan bayar. Tinggallah aku terkebil-kebil. Sabar Sabariah ajelah.

3. Aku berdiri menunggu giliran untuk diambil order di sebuah gerai menjual makanan. Bila si penjual sudah selesai berurusan dengan pelanggan di hadapan aku, tiba-tiba ada suara dari barisan belakang tiba-tiba order, "Saya hendak popiah 2 bungkus ye!". Sangat meneladani konsep siapa cepat dia dapat kononnya. Mujurlah si peniaga mengambil order berdasarkan barisan dan meminta beliau menunggu giliran. Lain kali mohon jangan salah guna konsep siapa cepat dia dapat tu ye kak! Pfftt!

2 comments:

  1. Ujian yang hebat untuk orang yang hebat.. Allah tahu Cik Nina orang yang sabar dan tawaduk :D..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini pun dikira ujian juga kan..itulah, kena didik hati untuk lebih sabar, lebih redha, lebih tawaduk...huhu

      Delete

care to drop a comment? thanx! ;-)