13 February, 2017

Sembang-sembang dengan si kinting

(i) Bila aku mempersoalkan si kinting yang tertinggalkan beg jalan (ada bekal susu, baju & lampin pakai buang si adik) Ukasyah di rumah sewaktu kami bertandang ke majlis kenduri saudara aku.

" Dah ibu tak ingatkan Anim suruh bawak. Anim kan alpa. Ibu kena la bagitahu. "

(ii) Bila dia mula bercerita tentang perihal kawan-kawan sekolahnya.

"Ibu, kawan Anim cakap Anim ni macam budak besar. Dia cakap, Tasnim nanti mesti awak cepat pakai b**. Ye ke ibu?"

Aku jawab, "Ye la kot", tak tahu nak gelak ke nak nangis. Huhu.

(iii) Bila dia bosan bermain dengan si adik.

"Adik pergi cakap dekat ibu, adik nak baby, cakap..ibu, nak baby. Kalau boleh nak baby girl".

Hahah. Main order aje ye.

No comments:

Post a Comment

care to drop a comment? thanx! ;-)